Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

13 March 2009

Sekitar Pengumuman SPM 2008

Nik Nur Madihah peroleh 20 A

KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.

Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.

Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.

Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan pada tahun itu.

Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual waktu yang tetap.

''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.

Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut

Pelajar pekak dapat 12 A

PUTRAJAYA 12 Mac - Seorang pelajar pekak, N. Aghilan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang, Selangor muncul pelajar cemerlang apabila mendapat keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Seorang pelajar rabun, Muhammad Shafiq Shahdon dari Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang pula berjaya mendapat 1A bagi semua sembilan mata pelajaran yang diambilnya.

Seramai 435 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan menduduki peperiksaan SPM 2008 dengan seramai 208 calon atau 47.8 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 189 calon pada 2007.

Demikian diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini

Tumpuan dalam kelas, ulang kaji berterusan

KUCHING 12 Mac - Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 membuktikan tanpa mengikuti kelas tuisyen, dia masih mampu memperoleh keputusan peperiksaan yang baik.

Nur Atiqah Arshad, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen di sini yang memperoleh 11 1A berkata, tumpuan dalam kelas dan mengulang kaji secara konsisten sudah mencukupi jika mahu cemerlang dalam peperiksaan.

Menurutnya, tiada petua istimewa untuk dia mencapai kejayaan itu kecuali belajar dengan tenang dan mengulang kaji dari awal secara berterusan.

''Saya akan memastikan saya betul-betul bersedia untuk membuka buku dan mengulang kaji pelajaran dan memerlukan suasana sunyi supaya apa yang dipelajari mudah diingati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, anak kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu berkata, mengulang kaji dari awal adalah penting kerana ia dapat mengelak daripada tekanan.

''Mengulang kaji dari awal dan dilakukan secara berulang-ulang adalah persiapan terbaik bagi saya untuk menghadapi apa sahaja peperiksaan termasuk SPM kerana tidak mahu pelajaran terganggu.

''Ia penting kerana saya juga bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan di sekolah, jadi dengan cara ini pelajaran saya tidak akan terganggu," tambahnya yang bercita-cita menjadi doktor.


Muneswaran turut skor 1A Tasawwur Islam

SUNGAI PETANI 12 Mac - Biarpun yakin memperoleh keputusan cemerlang, G. Muneswaran, 18, tidak menyangka keputusannya mengambil 15 subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan mencipta sejarah bagi negeri Kedah.

Lebih menarik, dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim turut melakar sejarah sendiri setelah menjadi pelajar bukan Islam pertama memperoleh 1A dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.

Pelajar itu mendapat 15 1A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil.

Muneswaran berkata, dia tidak menyangka dapat lulus dengan cemerlang terutama bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam.

"Saya cuba menguasai mata pelajaran Tasawwur Islam melalui panduan yang diberikan guru dalam kelas dan bergaul dengan rakan-rakan.

"Bagi mata pelajaran lain saya buat persediaan awal, menghadiri kelas tuisyen dan sentiasa mencari waktu untuk mengulang kaji di rumah.

"Akhirnya ia membuahkan hasil," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Ibrahim di sini hari ini.

Menurut Muneswaran, dia juga lebih suka belajar sendiri dan melakukan banyak latihan di rumah.

"Saya membahagikan masa mengikut kesesuaian. Ada kalanya, saya banyak menonton televisyen tetapi saya tidak abaikan ulang kaji pelajaran," katanya.

Ketika ditanya faktor dia turut mengambil subjek Tasawwur Islam, Muneswaran berkata, mata pelajaran tersebut mudah diikuti kerana melibatkan soal kehidupan masyarakat.

"Saya hanya perlu hafal hukum, sunat, makruh serta amalan kehidupan masyarakat Islam," katanya yang berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan atau sains tulen.


10 1A hadiah untuk ibu

ALOR SETAR 12 Mac - ''Kejayaan ini untuk ibu yang banyak berkorban demi kami sekeluarga.''

Itu luahan perasaan Nurul Aini Md. Isa, 18, yang berjaya memperoleh 10 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Nurul Aini yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma di sini menganggap kejayaan yang diperoleh adalah berkat doa ibunya, Mizah Hashim, 50.

"Ibu saya hanya pulang setahun sekali ke tanah air kerana bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.

"Malam ini dia akan kembali ke sana dan keputusan peperiksaan ini sekurang-kurangnya dapat membuatkan mama tersenyum untuk kembali bertugas di sana," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut pelajar cemerlang itu, pengorbanan ibunya yang sanggup bertugas di luar negara demi menambah pendapatan keluarga membuatkan dia berazam untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

"Ayah saya bekerja sebagai pemandu teksi dan sepanjang ketiadaan ibu, ayah yang membantu menguruskan keluarga kami.

"Jerih mereka untuk memastikan saya mendapat pendidikan sempurna amat dihargai," ujarnya.

Jelas Nurul Aini, dia berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan dan mahu bekerja sebumbung dengan ibunya.


Anak bekas pelarian pelajar terbaik Terengganu

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Anak seorang bekas pelarian Vietnam yang pernah mendapat perlindungan di Pulau Bidong, muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu apabila memperoleh 14 1A.

Khairina Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2008 yang diumumkan hari ini bersama seorang lagi rakannya yang turut mendapat 14 1A iaitu Lau Jia Cheng.

Mereka berdua merupakan antara 20 pelajar SMK Sultan Sulaiman yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Kesemua pelajar berkenaan kecuali Jia Cheng menerima slip keputusan SPM mereka daripada Pengarah Pendidikan negeri, Ariffin Embong pada satu majlis di sekolah itu hari ini.

Jia Cheng diwakili oleh bapanya, Lau Tiam Kwee, 50, kerana sedang mengikuti pengajian peringkat A Level di Victoria Junior College di Singapura.

Khairina ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu, rahsia kejayaan cemerlangnya adalah sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan gurunya.

Menurutnya, dia meluangkan masa selama dua jam pada waktu siang untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru manakala dua jam lagi mengulangkaji pada waktu malam.

''Saya beri perhatian terhadap semua kerja sekolah yang diberi guru kerana yakin mereka lebih mengetahui bentuk soalan yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya.

Selain itu, anak seorang peniaga dan pemilik butik pengantin itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

Keyakinan Khairina yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu terserlah apabila dia mengambil 14 mata pelajaran dalam SPM sedangkan rakan sekelas yang lain hanya mengambil 11 mata pelajaran.

Tiga mata pelajaran tambahan yang diambil Khairina berbanding rakan sekelas lain adalah Tasawwur Islam, Kesusasteraan Inggeris dan Ekonomi Asas.



Hidayah belajar guna kanta, teleskop

MELAKA 12 Mac - Walaupun terpaksa belajar menggunakan kanta dan teleskop sejak berusia lima tahun, ia tidak menghalang Nur Hidayah Daud, 17, memperoleh 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Anak sulung daripada lima beradik itu mengidap penyakit rabun silau yang serius atau dikenali nystagmus.

Ia sekali gus menjadi hadiah amat bermakna kepada ibu bapanya, Hanizah Mohammad, 42, dan Daud Ahmad, 43.

Menurut Hidayah, kejayaannya itu mungkin sukar dikecapi tanpa usaha dan dorongan ibu bapa selain rakan sekolah yang banyak membantu meminjamkan nota.

Tambahnya, walaupun terpaksa membaca menggunakan kanta dan teleskop khas di dalam kelas, dia bersyukur kerana rakan-rakan sekolah dapat menerima keadaannya itu.

"Saya terpaksa gunakan teleskop di dalam kelas untuk menyalin nota guru yang ditulis di papan hitam.

"Kalau tidak sempat salin, saya akan pinjam nota rakan dan akan menggunakan kanta atau cermin mata khas untuk membaca dan menulis," katanya kepada pemberita di Pejabat Pelajaran negeri di sini hari ini.

Hidayah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah, Jasin antara pelajar cemerlang SPM 2008 dan menerima surat penghargaan daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Isa Abu.

Dia memperoleh keputusan A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyah manakala A2 dalam Ekonomi Asas dan Sejarah.

Sementara itu, dalam dua mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi, Hidayah memperoleh B4 dan C5.

Bercerita lanjut, Hidayah berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangannya itu penyebab untuk menyisihkan diri daripada rakan sebaya.


Faiz terus cemerlang

IPOH 12 Mac - Walaupun belajar di salah sebuah sekolah Cina terbaik di negeri ini, ia tidak menghalang seorang pelajar Melayu, Muhammad Faiz Zulbadli mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Muhammad Faiz, 18, pelajar aliran Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet di sini memperoleh 11 1A dan satu 2A iaitu bagi subjek Bahasa Cina.

Anak kepada pasangan guru itu merupakan pelajar Melayu tunggal di sekolah tersebut yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu.

Kecemerlangan Muhammad Faiz sudah bermula dari sekolah rendah lagi apabila mencatatkan 7 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

''Saya cuma menumpukan perhatian dalam kelas, minta tunjuk ajar guru jika tidak faham dan mengulangkaji setiap kali ada waktu lapang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mimpi jadi realiti

KOTA KINABALU 12 Mac - Anak pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bessima Jamal, 18, tidak menyangka mimpi mendapat keputusan 14 A malam tadi, menjadi kenyataan hari ini.

"Saya sangat terkejut apabila melihat slip keputusan yang mencatatkan gred A dalam semua mata pelajaran.

"Tidak sangka mimpi saya mendapat 14 A malam tadi menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk di sini hari ini.

Dia mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Kimia, Biologi, Kesusasteraan Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan, Fizik dan Prinsip Akaun.

Anak bongsu daripada dua beradik itu juga mendapat 1A untuk subjek Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (EST).

Bessima yang merupakan salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Sabah 2008 memberitahu, dua bulan menjelang peperiksaan SPM, dia menyediakan jadual belajar yang ketat sebagai persiapan terakhir.


562 cemerlang STAM '08

PUTRAJAYA 12 Mac - Seramai 3,098 orang daripada keseluruhan 4,687 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sekurang-kurang gred Maqbul (lulus) dalam setiap mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 562 calon memperoleh gred Mumtaz (cemerlang) iaitu 12 peratus, manakala gred Jayyid Jiddan (kepujian) sebanyak 17.3 peratus dan Jayyid (baik), 21.2 peratus.

Beliau berkata, pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2007 apabila mencatatkan jumlah calon yang lulus sebanyak 3,098 orang atau 66.1 peratus, manakala calon memperoleh gred Rasib (gagal) meningkat kepada 33.8 peratus.

''Prestasi setiap mata pelajaran pada peringkat Mumtaz juga tinggi iaitu antara 6.2 peratus membabitkan subjek Insya dan Mutalaah hingga 22.6 peratus iaitu Hafzil Quran dan Tajwid.

''Majoriti calon mendapat pangkat Jayyid iaitu dengan peratusan antara 24 peratus membabitkan subjek Arudh dan Qafiah hingga 41.5 peratus iaitu Fikah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM 2008 di sini hari ini.

Sebanyak 10 subjek ditawarkan kepada calon STAM iaitu bidang bahasa membabitkan Nahu dan Sarf, Insya dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiah serta Balaghah.

Bidang syariah pula melibatkan subjek Fikah, Hadis dan Mustalah Hadis, manakala bidang usuluddin membabitkan Hafzil Quran, Tajwid, Tafsir dan Ulum Tafsir, Tauhid dan Mantiq.

STAM adalah bagi melayakkan pelajar agama negara ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar atau ke universiti-universiti di negara Asia Barat dengan syarat sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul bagi setiap mata pelajaran.

Alimuddin berkata, kerajaan bercadang untuk menaik taraf kedudukan STAM selaras dengan standard Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

''Ini bagi membolehkan semua calon sijil agama itu layak memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pada masa depan selain berpeluang ke Al-Azhar," katanya.

Kosmo

Rekod 19 A1, 1 A2 dari Nik Nur Madihah


NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.

Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.

"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.

"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.

Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


11 March 2009

Sekitar Pengumuman STPM 2008

11-3-2009 Utusan

Solat tahajud rahsia kejayaan 2 pelajar STPM


NOR Syamimi Mohd. (kiri) dan Nurul Huda Abdullah menunjukkan keputusan peperiksaan STPM masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, semalam.


BESUT 10 Mac - Mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran pada awal pagi antara rahsia kejayaan dua pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan hari ini.

Bagi dua sahabat karib, Nor Syamimi Mohd. dan Nurul Huda Abdullah, amalan yang dilakukan setiap kali sebelum menelaah pelajaran itu mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Nor Syamimi, anak kepada seorang buruh di Pejabat Hutan Besut memperoleh 5A dalam keputusan yang diumumkan hari ini bagi mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala 1A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Anak kedua daripada tujuh beradik kepada pasangan Mohd. Mat Saman dan Siti Khalijah Mohd. Yusof, seorang guru Kemahiran Hidup itu muncul salah seorang pelajar terbaik negeri Terengganu dalam STPM 2008 yang diumumkan hari ini.

Rakannya, Nurul Huda yang memperoleh 4A 1B iaitu A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala B dalam Bahasa Arab turut muncul antara lima pelajar terbaik STPM di negeri ini.

Kejayaan kedua-duanya juga menjadi kebanggaan warga sekolah tersebut.

Nor Syamimi yang bercita-cita menjadi pensyarah berkata, dia selalu memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar dalam kelas dan rajin bertanya jika ada masalah atau sukar memahami pelajaran.

Menurutnya, kumpulan belajar yang diwujudkan sesama pelajar di sekolah juga membantunya untuk menguasai banyak ilmu dan kemahiran belajar yang diperlukan.

Nurul Huda yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik kepada pesara Juruteknik Padi Beras Nasional (Bernas) juga mengamalkan perkara yang sama untuk memperoleh kejayaan tersebut.


Maisya pelajar Melayu terbaik Melaka


MAISYA Azila Ismaon menunjukkan slip keputusan cemerlang peperiksaan STPMnya di SMK Sultan Muhammad dengan memperoleh 5A di Batu Berendam Melaka, semalam.


MELAKA 10 Mac - Walaupun pernah kecewa gagal menyambung pelajaran di universiti, ia tidak menghalang Maisya Azila Ismaon, muncul satu-satunya pelajar Melayu di negeri ini yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008.

Maisya Azila, 19, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad, Batu Berendam di sini yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin dan Sejarah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 mata.

Pelajar yang bercita-cita menjadi pensyarah itu merupakan satu-satunya pelajar Melayu daripada 26 pelajar di 10 sekolah di negeri ini yang mendapat keputusan tersebut pada peperiksaan STPM tahun lalu.

Maisya Azila berkata, rahsia kejayaannya ialah memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu guru mengajar di dalam kelas dan belajar berkumpulan.

"Saya tidak pernah jemu menghadirkan diri mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh guru di sekolah dan pulang ke rumah sehingga lewat petang semata-mata mahu membaiki kelemahan dalam mata pelajaran Sejarah.

Sementara itu, seorang pelajar cacat spastik dari SMK Tinggi Melaka, R. Kuganesh, 19, mendapat keputusan 3A 1B dengan PGNK 3.75 mata.

Pelajar yang mengalami kecacatan tangan dan kaki kanannya itu memperoleh A dalam mata pelajaran Perakaunan, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan manakala B untuk Pengajian Am.

"Saya cacat sejak kecil namun ia tidak pernah menghalang saya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan malah saya sering mendapat bantuan dari keluarga, rakan dan para guru," katanya.



'Kemiskinan' rangsang Hafizueddin berjaya


MOHAMAD Hafizueddin Abdul Karim menunjukkan isyarat bagus selepas mendapat keputusan 4A dalam STPM 2008 di SMK Dato' Onn, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


BUTTERWORTH 10 Mac - Tekad mahu keluar daripada belenggu kemiskinan membakar semangat Mohamad Hafizueddin Abdul Karim (gambar), 19, untuk belajar bersungguh-sungguh membantunya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008.

Dia muncul sebagai pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Onn di sini apabila mendapat 4A dalam keputusan STPM yang umumkan hari ini.

"Syukur kerana dalam peperiksaan percubaan dulu keputusan saya cuma 2B 2C. Sebab itu saya tidak sangka dapat keputusan yang baik seperti ini," katanya ketika ditemui di SMK Dato' Onn di sini hari ini.

Kegembiraan Mohamad Hafizueddin turut dikongsi bersama adik kembarnya, Fatin Hazrah yang memperoleh 3B 1C.

Di sebalik kejayaannya itu terselit kisah sedih kehidupannya kerana ketika berusia 16 tahun, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sungai Petani, Kedah.

Ekoran kemalangan tersebut, dia kehilangan bapa tersayang dan dirinya pula terlantar di hospital kerana kecederaan teruk di lehernya yang menyebabkan dia kini tidak mampu membuat kerja-kerja berat.

Keperitan hidup tersebut, kata Hafizueddin, membuatkan ibunya, Zarina Ishak terpaksa berniaga di pasar malam.

Katanya, bagi meringankan beban keluarga, beliau terpaksa bekerja di kedai serbaneka 24 jam untuk mencari duit poket dan pada masa yang sama perlu menelaah buku-buku untuk menghadapi peperiksaan STPM.

"Selepas waktu sekolah, saya bekerja sambilan di kedai serbaneka dari pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam.

"Sebelum ke tempat kerja, saya akan singgah di perpustakaan membuat ulang kaji dan ketika di tempat kerja, pengurus memberi kelonggaran kepada saya untuk mengulang kaji pelajaran," katanya.

Mengakui sukar mengimbangi antara pelajaran dan kerja sambilan, namun katanya, beliau tidak mengaku kalah kerana ilmu pengetahuan kunci bagi dirinya dan keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih senang pada masa akan datang


Kehidupan sukar beri semangat Nor Anita


NOR Anita Mustafa menerima ciuman tahniah daripada ibunya, Asmah Ismail selepas menerima keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 10 Mac - Kehidupan sukar telah memberi semangat baru kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 di sini, Nor Anita Mustafa, 20, untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Nor Anita juga berjaya membuktikan bahawa dia mampu bangkit seperti pelajar lain walaupun hampir gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.

Anak kepada pasangan penoreh getah yang tinggal di Kampung Kok Batu, Rantau Panjang dekat sini menyifatkan kejayaannya hari ini adalah hasil dorongan serta bantuan daripada keluarga terutama ibu bapa dan guru-guru.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga tambahan pula dua abang saya juga tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kemiskinan. Saya berasa amat perit kerana kami sekeluarga terpaksa melalui hidup yang agak sukar sebelum dua abang saya mendapat pekerjaan sebagai guru dan kerani.

"Saya juga terdorong menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana terbayang keadaan ibu, Asmah Ismail, 60, dan ayah, Mustafa Seman, 54, yang sentiasa berkerja untuk membiayai perbelanjaan persekolahan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada peperiksaan tersebut anak ketiga daripada empat beradik itu mencatatkan keputusan lima prinsipal iaitu 1A dalam mata pelajaran Sejarah dan 4B untuk Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi dan Ekonomi.

Dia merupakan antara 17 pelajar SMK Zainab 1 yang memperoleh 5P dalam keputusan STPM 2008.

Nor Anita berkata, dia meluangkan masa antara tiga hingga empat jam sehari mengulang kaji kerana ingin mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding keputusan peperiksaan SPM 2006.

"Semasa SPM, saya memperoleh 3A, 2B dan 5C, ini yang membuatkan saya berazam untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam STPM.

"Kini harapan saya adalah untuk mendapat tempat di universiti seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan," ujarnya.


Cemerlang walau sibuk urus bapa


SITI Nor Akilah Hasri dari SMK Sultan Ismail bersama sijil penghargaannya di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Mac - Kesibukan mengurus bapa yang menghidap penyakit angin ahmar dan buah pinggang tidak menghalang, Siti Nor Akilah Hasri, 20, mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru itu memperoleh 4A dalam Pengajian Am, Geografi, Sejarah dan Ekonomi.

Anak kedua daripada empat beradik yang tidak mempunyai jadual belajar tetap itu memberitahu, setiap kali guru mengajar di kelas, dia akan memberi tumpuan penuh.

"Saya harus memberi fokus 100 peratus sewaktu guru mengajar kerana tidak berpeluang untuk mengikuti tuisyen seperti rakan lain kerana tidak mampu. Tuisyen saya hanyalah kelas tambahan yang diadakan di sekolah," katanya.

Siti Nor Akilah berkata, setiap bulan dia hanya dibekalkan wang RM100 oleh ibu yang bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel.

"Dengan wang itulah saya guna untuk bayar tambang bas sekolah RM60 sebulan dan selebihnya untuk belanja. Nasib baik saya jarang makan pagi, wang itu cukuplah untuk sebulan.

"Sejak dulu saya mohon biasiswa tetapi tidak pernah dapat. Saya harap sangat selepas ini apabila sambung belajar akan dapat biasiswa, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu," katanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi.

Sementara itu, rakannya, Foong Siao Thong, 20, turut sedih dengan kejayaan yang diperoleh kerana tidak berpeluang berkongsi dengan bapanya yang telah menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Siao Thong yang mendapat 4A juga enggan bercerita lanjut tentang perkara berkenaan dan kejayaannya itu adalah hadiah untuk ibunya, Chan Lan May, 46.

"Saya kasihan tengok ibu yang terpaksa bekerja kuat dan begitu juga dengan abang yang bekerja kilang di Singapura.

"Semoga kejayaan saya ini menggembirakan mereka yang banyak berkorban untuk saya," katanya.


Aisyatul: Buta bukan halangan


NUR AISYATUL RADIAH ALIDANIAH


KUALA LUMPUR 10 Mac - Seminggu selepas mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lima tahun lalu, Nur Aisyatul Radiah Alidaniah, 20, tiba-tiba hilang penglihatan sewaktu terjaga dari tidurnya.

Aisyatul pada masa itu tidak dapat menerima hakikat nikmat penglihatannya 'ditarik' tuhan tiga tahun lebih awal daripada jangkaan pakar mata, akibat masalah pada saraf optik yang dihidapinya.

"Kerana tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya telah buta yang dijangka menimpa saya pada umur 18 tahun, saya merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga.

"Tetapi selepas seminggu menahan sebak, luluh di hati dan hilang punca kerana menjadi buta, akhirnya saya memberitahu ibu perkara sebenar," katanya.

Dia ditemui pada majlis pengumuman dan penyampaian anugerah cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 di sini hari ini dengan ditemani ibunya, Halimah Othman, 43.

Nyata masalah cacat penglihatan pada dirinya tidak menghalang beliau daripada dipilih sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2008 bagi Kategori Pelajar Calon Istimewa (Kategori Buta) selepas mencatat keputusan 4 Prinsipal (P) dalam semua mata pelajaran diambilnya.

Dia yang merupakan calon aliran sastera mendapat A dalam mata pelajaran Sejarah dan B dalam Bahasa Malaysia, Pengajian Am serta Ekonomi.

Aisyatul yang bercita-cita menjadi ahli astronomi sejak kecil, terpaksa 'menukar' impian kepada pendidik bagi menabur kembali bakti kepada masyarakat, khususnya buat golongan pelajar kurang upaya (OKU).

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin di Tuaran, Sabah itu menceritakan, antara kepayahan beliau menuntut ilmu selepas mengalami cacat penglihatan termasuklah kurang bahan rujukan.

"Adakalanya, saya terpaksa meminta bantuan rakan membacakan sesebuah bahan rujukan sambil saya menulisnya kembali dalam bentuk Braille dan mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, guru-guru dan rakan seperjuangan.

"Tidak semua buku rujukan untuk STPM ada dalam bentuk Braille dan saya bercita-cita mengubah situasi ini apabila bergelar pendidik nanti, Insya-Allah," ujarnya.

Seorang lagi penerima kategori serupa (Spastik), Hashim Mohamad, 20, memberitahu, beliau mendapat inspirasi untuk berjaya selepas menyaksikan dua kakaknya menjadi jurutera, selain seorang lagi sedang menuntut di Republik Czech dalam jurusan perubatan.

''Kecacatan tidak menghalang saya untuk bercita-cita menjadi peguam atau penasihat undang-undang suatu hari nanti," kata anak penoreh getah bekas pelajar SMK Kuala Krai, Kelantan itu.

Hashim yang juga calon aliran sastera mendapat A dalam mata pelajaran Pengajian Am; Bahasa Malaysia (A-), Kesusasteraan Melayu (B), Sejarah (B-) dan Geografi (B).

Seorang lagi pelajar dari SMK Pendidikan Khas Setapak di sini, Chai Wei Xiong, 21, turut dipilih sebagai pelajar cemerlang dalam kategori sama (Pekak/Bisu).

"Saya berbangga dapat keputusan dua B+, satu B dan satu C dalam keempat-empat mata pelajaran yang diambil (Sejarah, Bahasa Malaysia, Pengajian Am dan Ekonomi),'' jelasnya melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan gurunya, Cheang Seok Chin.

Usaha gigih 'azimat' Ku Hartini




SUNGAI PETANI 10 Mac - Anak seorang juruteknik Jabatan Bekalan Air (JBA), Ku Hartini Ku Halim (gambar), 19, muncul sebagai pelajar terbaik negeri Kedah apabila berjaya memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008.

Ku Hartini dari Taman Ria Murni, dekat sini membukti-kan usaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat menjadi 'azimat' beliau untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim itu memperoleh A penuh dalam Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi.

Menurut Ku Hartini, dia mengamal kaedah belajar dengan mengulang kaji pelajaran setiap awal pagi sebelum pergi ke sekolah.

"Saya bangun kira-kira pukul 3 pagi dan membaca buku hingga masuk waktu sembahyang subuh.

"Selepas itu saya terus ke sekolah dan pulang berehat pada waktu petang. Inilah rutin saya sepanjang tempoh setahun berada di tingkatan enam atas," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolahnya di sini hari ini.

Ditanya tentang kehidupan sehariannya, beliau berkata, walaupun gemar menonton drama televisyen, dia akan memastikan hobi itu tidak mengganggu prestasinya dalam peperiksaan tersebut.

"Tiada apa yang boleh saya kongsi, yang penting kita mesti rajin menelaah dan belajar secara bijak," katanya.

Selain Ku Hartini, empat lagi pelajar SMK Ibrahim iaitu Cheah Zhi Quan; Thalitha Naidu; Wan Hazirah Othman dan Leo Hao Han juga memperoleh 4A.


Anak buruh pelajar cemerlang STPM


NURUL Faatihah Md. Hassan (kiri) dan Nur Ain Syuhada Atam menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 10 Mac - Dua anak buruh merupakan antara lima calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 di negeri ini yang lulus cemerlang dalam semua pelajaran.

Kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, Nurul Faatihah Md. Hassan, 20, dan Nur Ain Syuhada Atam, 20, masing-masing memperoleh keputusan 4A.

Nurul Faatihah mendapat 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah dan Ekonomi manakala Nur Ain Syuhada pula lulus cemerlang dalam Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Geografi dan Ekonomi.

Menurut Nurul Faatihah, ketekunan mengulangkaji pelajaran selama dua jam setiap hari pada setiap malam membantunya memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Saya tekun belajar kerana mahu membuktikan saya mampu mencatat keputusan cemerlang walaupun tidak menerima sebarang tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.

"Saya juga mahu mendapat kerja yang baik kerana tidak mahu keluarga terus hidup susah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Anak sulung daripada lapan beradik itu berkata, dia berhasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membolehkannya mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.

Nur Ain Syuhada pula berkata, dia berusaha keras mendapat keputusan cemerlang kerana ingin menjadi inspirasi kepada lapan adiknya untuk berjaya dalam hidup.

"Saya belajar seperti biasa dengan memberi tumpuan dalam kelas dan mengikuti program-program yang diadakan oleh sekolah dan Jabatan Pelajaran negeri," katanya.

Selain mereka berdua, dua calon SMKA Nurul Ittifaq di Besut, Nor Syamimi Mohd. memperoleh keputusan 5A dan Nurul Huda Abdullah 4A 1B manakala calon SMK Tengku Ampuan Intan di Hulu Terengganu, Siti Nabila Huda Rashid memperoleh 4A.

Kosmo


DZULKIFLI (kanan) menyampaikan replika cek kepada pelajar-pelajar cemerlang STPM 2008 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar cemerlang yang mendapat 5A berkurangan sedikit dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan semalam.

BHarian

PENGERUSI Majlis Peperiksaan, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (kanan) beramah mesra dengan pelajar-pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM dan Anugerah pelajar cemerlang STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. Daripada senarai pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang 13 calon mendapat gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil, lima calon adalah daripada pelajar aliran sains, empat pelajar daripada kategori calon istimewa dan seorang pelajar cemerlng kategori pelajar luar bandar. Kesemua pelajar menerima penghargaan khas daripada Majlis Peperiksaan Malaysia berupa wang tunai RM1000 dan sebuah plak. - Foto Bernama

31 December 2008

Sekitar Pengumuman PMR 2008

Tahniah Kepada Calon Yang Berjaya Menggenggam 8A dalam PMR 2008 .....admin. Kepada Yang Tidak Berjaya Mencapai Matlamat Yang Di Sasarkan.. Ini Bukanlah Penghujung Kepada Usaha Anda..SPM sedang Menanti Di Hadapan..


PMR 2008 cemerlang


SYUKUR... Walaupun SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, pernah digemparkan dengan kejadian histeria yang berlarutan lebih dua bulan, ramai pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Utusan 31-12-2008

*Sebanyak 472,060 calon menduduki PMR 2008. 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran.

*Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Komunikasi mencatat kenaikan tertinggi iaitu 3.6 peratus.

*Peratus kelulusan calon mendapat sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 dan calon memperoleh

semua E seramai

440 (0.10 peratus).

*Pelajar yang menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris meningkat kepada 51.2 peratus berbanding 21.5 peratus pada 2007, manakala Matematik naik 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus pada 2007.

*Jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin menge

Peratus semua A PMR naik

PUTRAJAYA 30 Dis. - Pencapaian calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini sangat membanggakan apabila 26,378 atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon yang mendapat 9A pada tahun ini ialah seramai 3,396 (11.54 peratus), 8A 17,969 (5.11 peratus) dan 7A 5,013 (8.11 peratus).

Menurutnya, berbanding tahun lalu, pelajar yang meraih semua A adalah seramai 24,744 (5.65 peratus); 20,213 (2006) dan 20,101 pada 2005.

Kata beliau, peratusan murid yang menguasai kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

''Bagi mata pelajaran Sains, daripada 456,795 calon, sejumlah 235,510 (51.2 peratus) orang menjawab dalam bahasa Inggeris, 141,658 (30.8 peratus) dalam bahasa Melayu manakala 82,627 (18.0 peratus) menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

''Sementara bagi Matematik, daripada 462,051 calon, seramai 124,209 (26.9 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris, 91,955 (19.9 peratus) bahasa Melayu dan 245,887 (53,2 peratus) menjawab dalam bahasa Melayu dan Inggeris," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada tahun ini, seramai 472,060 calon mendaftar menduduki PMR dan daripada jumlah itu, sebanyak 442,791 adalah pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan.

Calon PMR tahun ini merupakan kohort keempat yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari tingkatan satu hingga tiga.

Alimuddin berkata, bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris, calon masih dibenarkan sama ada menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu atau bercampur-campur.

Beliau seterusnya memberitahu, pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 peratus berbanding 63.53 peratus tahun lalu manakala E ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 orang (0.13 peratus) pada 2007.

''Jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

''Secara keseluruhannya, pencapaian murid di luar bandar menunjukkan peningkatan bagi pencapaian cemerlang dan melepasi tahap penguasaan minimum berbanding murid di bandar dalam semua mata pelajaran," katanya.

Ditanya sama ada calon PMR 2009 masih dibenarkan menjawab soalan dalam dwibahasa berikutan kerajaan masih belum memutuskan kedudukan PPSMI, beliau berkata, mereka masih boleh berbuat demikian tahun depan.


Dasar PPSMI: Guru jangan tergesa-gesa

PUTRAJAYA 30 Dis. - Kementerian Pelajaran menasihatkan 350,000 guru yang bernaung di bawah 25 kesatuan jangan tergesa-gesa membuat kenyataan melulu berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom sebaliknya meminta mereka bersabar dan memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat kajian terhadap dasar itu.

Tegas beliau, sesuatu dasar memerlukan penelitian terperinci sebelum keputusan dapat dilaksanakan.

''Setakat ini lima persidangan meja bulat membincangkan dasar ini telah diadakan. Tak baik tergesa-gesa sebab kita perlu fikir masa depan anak-anak, kerajaan tahu apa yang hendak dan perlu dibuat.

''Segala maklumat, surat, memorandum dan e-mel telah dihantar dan disampaikan terus kepada menteri untuk beliau buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alimuddin mengulas kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan/Persatuan Guru Kementerian Pelajaran semalam yang sudah mengemukakan memorandum rasmi sebulat suara menolak pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah.

Pengerusi majlis permuafakatan itu, Jemale Paiman berkata, mereka mahu kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran berkenaan masing-masing di sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Kesatuan dan persatuan berpendapat, PPSMI hanya wajar dilaksanakan mulai pendidikan menengah selepas murid mendapat pendedahan, pemahaman serta penguasaan asas yang kukuh dua subjek itu melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin menyifatkan cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu agar nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail diabadikan dalam bentuk anugerah atau nama institusi pengajian tinggi (IPT), sebagai sangat baik.

''Kita akan pertimbangkan secara mendalam kerana kita tahu ketokohan Allahyarham dalam bidang pendidikan," katanya.

Autisme tidak halang dapat 8A

Kosmo


Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.

"Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.

"Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

"Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing," ujarnya.



Pasangan kembar cerita rahsia kejayaan PMR peroleh 8A


SURAYA NABILAH (kiri) dan Suraya Nadzirah menunjukkan slip keputusan PMR mereka
di Seremban semalam.


SEREMBAN - "Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas."

Demikian petua pasangan kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Suraya Nadzirah berkata, dia dan adik kembarnya mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

"Kami sentiasa mengulangkaji pelajaran bersama-sama malah mengikuti kelas tuisyen untuk memastikan setiap pelajaran dapat diikuti dengan sempurna," katanya yang ingin menjadi doktor satu hari nanti.

Seramai 102 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V daripada keseluruhan 204 penuntut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.



Anak gemilang ceria terima keputusan PMR


Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.


Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan kejayaan selepas mendapat 8A semalam.


Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.


PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.


Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.


BI makin mantap

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my


SEBAHAGIAN daripada 127 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas memperoleh 8A menunjukkan isyarat bagus sambil menunjukkan slip peperiksaan masing-masing. Sekolah itu memperoleh keputusan terbaik peringkat negeri dengan 46 peratus daripada 276 calonnya memperoleh 8A.

Penguasaan bahasa Inggeris dalam Matematik, Sains meningkat

PUTRAJAYA: Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang diumumkan semalam, sekali lagi membuktikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam subjek berkenaan.

Malah, prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).

Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.

Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).


Ketika mengumumkan keputusan PMR pada sidang media di sini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut meningkat.

Seramai 235,510 pelajar atau 51.2 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, 82,627 pelajar (18 peratus) dalam dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), manakala 124,209 pelajar (26.9 peratus) menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 245,887 pelajar (53.2 peratus) menggunakan kedua-dua bahasa.

Beliau berkata, pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar juga semakin mengecil, terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar, manakala GPMP subjek Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

"Kementerian bangga dengan keputusan ini, terutama bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, sekali gus menunjukkan dasar PPSMI berjaya," katanya.

Alimuddin berkata, prestasi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR tahun ini juga meningkat, kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi, tetapi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi, iaitu 3.6 peratus.

Katanya, 74.8 peratus pelajar yang mengambil bahasa Inggeris tahun ini berjaya melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD) berbanding purata 71.2 peratus dari 2005 hingga 2007.

"Prestasi cemerlang gred A bagi mata pelajaran berkenaan meningkat kepada 16.4 peratus daripada 15.3 peratus purata tiga tahun sebelumnya, naik 1.2 peratus," katanya.

Beliau berkata, semua 16 mata pelajaran turut menunjukkan prestasi cemerlang gred A melebihi 15 peratus dengan bahasa Melayu, bahasa Arab Komunikasi, bahasa Cina, bahasa Punjabi, bahasa Iban, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga serta Perdagangan dan Keusahawanan melebihi 20 peratus.

"GPMP pula menunjukkan enam mata pelajaran meningkat dengan ketara, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Punjabi, Pendidikan Islam dan Matematik," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, 278,767 pelajar atau 63.3 peratus mendapat minimum gred D, menurun 0.36 peratus berbanding purata 63.3 peratus bagi keputusan tiga tahun lalu.

Jumlah pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum juga berkurangan apabila hanya 440 pelajar atau 0.10 peratus mendapat gred E dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 559 pelajar (0.13 peratus) pada 2007, 524 pelajar (2006) dan 569 pelajar (2005).

"Secara keseluruhan keputusan PMR tahun ini lebih baik daripada tiga tahun sebelumnya. Ini selaras dengan peningkatan kedudukan negara dalam Global Monitoring Index yang menunjukkan pembangunan pendidikan kita meningkat daripada tempat ke-56 tahun lalu ke-45 daripada 129 negara tahun ini," katanya.

14 November 2008

SK Ulu Penggeli Kekalkan Pencapaian (10 Orang 5A) UPSR 2008




Kebanggaan SK Felda lu Penggeli 2008



12-11-2008

Alhamdulillah Akhirnya Impian Menjadi Kenyataan
Berdiri Belakang (Sutinah-5A, Siti Kalsum 5A,Nur Atika 5A, Nurshafira 5A, Nur Aqilah 5A, Nor Dalilah 4A1B, Nur Najihah 5A, Syahidah 5A, Siti Dhabitah 5A)
Baris Bawah (Izzad Rasyidi 4A1B, Mohd Asnursyakir 5A, Muhd Azhar 5A, Mohd Salehuddin 4A1A)

utusan

Pelajar Melayu sekolah Cina dapat 6A


Juani Ayasy menunjukkan slip keputusan UPSR ketika mengunjungi Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Walaupun belajar di sekolah aliran Cina tetapi ia tidak menghalang Julian Juani Ayasy Mohd, Salehhuddin menempa kejayaan cemerlang dengan memperoleh 6A dan 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Desa Jaya 1, Gombak itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman) dan penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina (penulisan) dan PEKA (Penaksiran Kerja Amali Sains).

Julian yang merupakan antara lima murid Melayu tahun enam di sekolah itu mendapat B dalam subjek Bahasa Cina (pemahaman) manakala lulus subjek Perkara Asas Fardhu Ain.

Ketika ditemui di Ibu Pejabat Utusan Melayu di sini, Julian yang ditemani bapanya, Mohd. Salehhuddin Mekah berkata, kejayaannya itu adalah atas tunjuk ajar dan sokongan ibu bapa dan guru-guru.

Mohd. Salehhuddin adalah seorang pengarah eksekutif syarikat reka bentuk dalaman turut belajar di sekolah aliran Cina sebelum ini.

Abang Julian, Irfan Daniel yang kini belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara turut menempa kejayaan cemerlang memperoleh 5A 2B di sekolah yang sama. Adiknya, Krisya Yamani pula berada di tahun dua di SJKC Desa Jaya 2.

Ditanya mengenai formula kejayaannya, Julian berkata, dia tidak menjadi ulat buku semata-mata tetapi memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas.

''Selain itu, saya berjoging dan terlibat dalam sukan badminton, taekwondo, silat serta bola keranjang pada waktu lapang untuk merehatkan minda,'' katanya yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.


SK Permatang Tok Jaya terus cemerlang

TASEK GELUGOR 14 Nov. - Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Jaya di sini terus cemerlang selepas mencatatkan keputusan 100 peratus lulus peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk empat tahun berturut-turut.

Dalam keputusan UPSR yang diumumkan semalam, semua 41 murid dari sekolah tersebut lulus dalam mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu bagi kertas Penulisan dan Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains.

Pengetuanya, Jamilah Salim berkata, keputusan itu amat membanggakan kerana rekod cemerlang UPSR berjaya dikekalkan sejak sekolah itu dikategorikan sebagai sekolah model khas pada tahun 2002.

''Dalam peperiksaan UPSR bagi tahun ini, sebanyak sembilan murid dari sekolah ini mencatatkan keputusan 5A dan semuanya adalah murid perempuan.

''Walaupun jumlah itu menurun berbanding 17 pelajar 5A tahun lalu, tetapi secara keseluruhannya prestasi tersebut masih membanggakan," katanya ketika ditemui di sekolah itu semalam.

Jamilah yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya berkata, keputusan itu adalah munasabah jika mengambil kira perubahan pada format peperiksaan.

Menurut beliau, pihaknya amat menghargai komitmen para guru yang bersungguh-sungguh mewujudkan inisiatif pembelajaran bagi memastikan rekod kecemerlangan murid sekolah itu dapat dikekalkan.

''Ia bukan sahaja membabitkan pengwujudan kelas-kelas tambahan tetapi juga program-program menambah baik potensi pelajar yang diadakan dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang sekolah itu, Nor Syafiqah Zainuddin, 12, berkata, memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar menjadi amalan yang banyak mendorong kejayaannya.

''Saya meluangkan masa kira-kira dua jam setiap hari hari untuk mengulang kaji pelajaran selain membaca sebanyak mungkin buku untuk meningkatkan kebolehan menulis," katanya.

Rakannya, Nurul Nadiah Zatira, 12, pula memberitahu, corak hidup di asrama yang menekankan sistem pembelajaran lebih tersusun meningkatkan motivasinya untuk belajar bersungguh-sungguh.

''Walaupun tidak tinggal bersama keluarga, mak dan ayah selalu datang bertanya khabar dan memberi dorongan semangat untuk berjaya," katanya

Kembar lima jadi kebanggaan keluarga


LIMA beradik kembar (dari kiri) Alya Zulaika, Muhammad Azhar, Muhammad Azfar, Muhammad Azzam dan Alya Su'aidah meraikan kejayaan mereka dalam UPSR di Melaka semalam.


MELAKA - Biarpun memiliki rupa paras berbeza, lima beradik kembar tidak seiras tetap berkongsi kepintaran yang sama.

Ini terbukti apabila tiga daripada mereka, Alya Zulaikha, Muhammad Azfar dan Muhammad Azhar Nuradlan memperoleh 5A dalam UPSR 2008 yang diumumkan semalam.

Dua lagi beradik kembar itu, Muhammad Azzam dan Alya Su'aidah pula mendapat 4A dan 1B.

Walaupun kembar, mereka lebih cenderung belajar bersendirian daripada secara berkumpulan.

"Cuma apabila ada perkara tidak faham, kami rujuk antara satu sama lain," kata Alya Zulaikha ketika ditemui selepas menerima slip keputusan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang di sini semalam.

Alya Zulaikha dan dua lagi adik kembarnya, Muhammad Azfar dan Muhammad Azhar adalah antara 56 murid sekolah itu yang memperoleh 5A.


UPSR 2008 lebih baik - Ramai pelajar pilih jawab soalan dalam bahasa Inggeris

PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini lebih baik berbanding lima tahun kebelakangan ini dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Malah, satu perkembangan yang menarik ialah lebih ramai memilih untuk menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

"Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding hanya 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya semalam.

Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

bharian

Timur: Murid jawab UPSR dengan kaki bukti mampu bersaing

Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my

GUA MUSANG: Ketiadaan kedua-dua tangan sejak lahir tidak menghalang seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Aring yang terletak di pedalaman Kelantan, memperoleh keputusan 2A, 1B dan 2C dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin.

Walaupun terpaksa menjawab soalan UPSR dengan menggunakan kaki, Mohd Zulkifli Nordin, 12, dari Rancangan Tanah Felda Aring Satu, gembira dengan pencapaian itu sekali gus menyaingi rakan sekolahnya yang cukup sifat.

Mohd Zulkifli memperoleh A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan, B bagi subjek Sains dan C bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.


“Saya tidak pernah kecewa dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, malah kekurangan ini mendorong saya tabah menghadapi dugaan dan berazam mencapai kejayaan dalam pelajaran dan seterusnya mencapai cita-cita sebagai peguam dan berbakti kepada masyarakat.

“Saya bersyukur...walaupun tidak mendapat 5A dalam UPSR, tetapi saya puas kerana sudah berusaha bersungguh-sungguh," katanya sambil disambut dengan rasa gembira ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Mohd Zulkifli berkata, kejayaan itu turut diperoleh hasil dorongan keluarga, khususnya ibu bapa yang tidak pernah jemu memberi sokongan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan dirinya mampu berjaya seperti rakan seusianya yang lain.

Bagaimanapun, beliau turut berasa hiba memikirkan nasibnya apabila melangkah ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Ciku, Januari depan kerana tidak lagi ditemani kedua ibu bapa.

“Selama ini saya mendapat bantuan ibu bapa yang mengurus diri saya termasuk mandi, memakai pakaian dan menghantar ke sekolah, tetapi apabila melangkah ke sekolah menengah yang terletak 15 Kilometer dari rumah, banyak perkara yang perlu saya uruskan sendiri,” katanya anak ketujuh dari lapan beradik itu.

Ibunya, Latifah Isa, 50, berkata anaknya itu selalu meluahkan rasa rendah diri kerana memikirkan masa depannya tetapi beliau tetap memberi semangat supaya terus berusaha hingga melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Ketika di rumah dia tidak banyak masa untuk bermain, sebaliknya mengulang kaji pelajaran kerana ingin mengejar cita-cita menjadi seorang yang berjaya serta bertakwa,” katanya.


Keputusan UPSR lebih baik


Hishammuddin Tun Hussien (kiri) beramah mesra dengan sebahagian murid-murid yang hadir pada majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di Kota Bharu, semalam.– Bernama


PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007.

‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).

Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.

‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.

‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.

Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.

Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.

‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.

‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.

‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.

‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.


Tak jejas prestasi UPSR

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my


SERAMAI 19 pelajar Tahun Enam yang mendapat 5A dalam UPSR menerima habuan wang tunai RM100 daripada pihak sekolah dan PIBG SK Sultan Ismail IV Kota Bharu, semalam.

Selepas enam tahun Matematik, Sains diajar dalam bahasa Inggeris halang calon

KOTA BHARU: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan semalam membuktikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003, tidak menjejaskan prestasi murid.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata daripada 511,875 sampel calon, 159,234 pelajar atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, berbanding 1,324 pelajar (2007) dan 1,035 pelajar (2006), manakala 108,842 pelajar (21.3 peratus) menggunakan campuran bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

Seramai 238,153 pelajar atau 46.6 peratus pula menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 39,570 pelajar atau 7.7 peratus menggunakan bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.

“Walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A dalam UPSR kali ini menurun, mereka yang memperoleh 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. Secara keseluruhannya, keputusan UPSR tahun ini OK.

“Tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius, sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan PPSMI, ia tidak menjejaskan prestasi murid," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng di sini, semalam.

Seramai 518,616 calon menduduki UPSR tahun ini dan mereka adalah kumpulan pertama yang terbabit dalam PPSMI sejak Tahun Satu.

Hishammuddin berkata, sebelum ini sekolah yang gagal biasanya di pedalaman atau luar bandar serta daif, tetapi tahun ini sekolah di kawasan berkenaan turut mencatat kejayaan.

“Ini menunjukkan agenda merapatkan jurang digital tercapai, sekali gus menjayakan matlamat saya untuk ‘meratakan padang permainan’ tadi,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, sama ada PPSMI akan terus dilaksanakan bukan semata-mata bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana ia memerlukan perbincangan dan kajian menyeluruh.

"Kementerian sedang meneliti keputusan UPSR dan akan dibentangkan ke mesyuarat meja bulat sebelum sebarang kata putus dibuat. Kita mengambil pendekatan yang realistik dengan mendengar pandangan semua pihak, antaranya ahli akademik serta ahli politik termasuk pembangkang.

"Saya tidak mahu bersandarkan kepada emosi atau rasional yang tidak berpijak di bumi nyata dalam membuat keputusan mengenai PPSMI kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak kita nanti," katanya.

bharian

Utara: Pelajar tabah hadapi kematian ibu catat 5A UPSR


ARAU: Kehilangan ibu kandung sebulan sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak menghalang Massayu Amirah Abdul Karim, 12, mencatat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan itu.

Malah, pemergian ibunya, Roshida Din, pada 21 Julai lalu, akibat jangkitan kuman pada paru-paru menjadi pendorong utama pelajar Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Jelempok itu untuk terus berusaha sekali gus muncul antara 423 calon UPSR yang memperoleh keputusan 5A seluruh Perlis.

Massayu, ketika ditemui, kelmarin, mengaku banyak tertekan ketika menduduki UPSR, terutama sepanjang tempoh sebulan sebelum menduduki peperiksaan itu, Ogos lalu.


Bagaimanapun, katanya, ingatan dan nasihat ibu supaya tekun belajar sehingga cemerlang dalam UPSR, untuk menjamin masa depan sekeluarga, sentiasa terngiang-ngiang di telinganya, selain menjadi pendorong untuk terus berusaha.

"Sebelum meninggal, arwah ibu sentiasa berpesan untuk belajar bersungguh-sungguh dan dapat 5A, kerana katanya hanya melalui pendidikan nasib kami sekeluarga dapat berubah.

"Justeru, keputusan cemerlang ini, saya tujukan khas buat arwah ibu dan saya pasti dia gembira melihatnya, walaupun sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga," katanya sambil menitiskan air mata.

Difahamkan, selepas kematian ibu, Massayu, anak kedua daripada tiga beradik tinggal bersama bapanya yang kini bekerja sebagai pemandu lori, selain kakak dan adiknya masing-masing berusia 18 dan empat tahun serta nenek yang sudah uzur.

Mengenai cara pembelajaran, Massayu yang bercita-cita menjadi seorang pendidik, berkata selain tumpuan sepenuhnya ketika di kelas, dia turut memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat, berkata 423 daripada 4,838 calon keseluruhan UPSR di Perlis tahun ini mencatat keputusan cemerlang iaitu 5A dengan pencapaian cemerlang 8.74 peratus atau Gred Purata Sekolah (GPS) 2.44.


bharian


Timur: Pelajar istimewa pertama dapat 5A


KUALA TERENGGANU: Penyakit autisme yang dihidapinya sejak berusia tiga tahun tidak sedikitpun menjadi halangan kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran, di sini, Muhammad Danial Zainuddin, 13, untuk memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Malah, lebih menggembirakan ibu bapa kanak-kanak istimewa ini, selain Muhammad Danial yang menjadi murid istimewa pertama di negeri ini memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR, adiknya, Nurul Diana, 12, yang juga belajar di sekolah sama turut meraih 5A dalam keputusan UPSR tahun ini.

Ibu dua murid cemerlang ini, Rozna Md Ikram, 43, berkata walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusia lain, Muhammad Danial memang istimewa kerana mempunyai sikap suka bersaing dan sentiasa mahu mendahului orang lain, terutama adiknya khususnya dalam bidang pelajaran.


"Muhammad Danial disahkan menghidap autisme sejak berusia tiga tahun selepas membuat pemeriksaan di Jabatan Psikiatrik Kuala Terengganu dan hanya mula pandai bercakap sejak usianya tujuh tahun. Sejak disahkan menghidap penyakit itu, saya berhenti kerja untuk memberi sepenuh tumpuan kepadanya.

"Sebelum ini dia belajar di kelas khas di Sekolah Semangat Maju di Taiping, Perak. Tetapi sejak darjah tiga dia mula memasuki kelas di sekolah aliran perdana selepas perkembangannya semakin baik dan sesuai untuk bercampur dengan murid normal lain. Dia memang rajin belajar dan suka bersaing serta tidak suka melihat orang lebih daripadanya.

"Di rumah, dia jenis yang suka menyendiri dan suka membaca. Jika diberikan buku kepadanya sebelum tidur, dia tidak akan tidur selagi tidak habis membaca. Mungkin sikapnya yang sentiasa taksub terhadap sesuatu perkara membolehkan dia meraih kejayaan ini walaupun ada kekurangan dalam dirinya," katanya ketika ditemui selepas menemani dua anaknya mengambil keputusan UPSR di SK Padang Hiliran di sini, semalam.

Sementara itu, Guru Besar SK Padang Hiliran, Md Sidek Besar berkata, Muhammad Danial bukan saja menunjukkan prestasi akademik cemerlang sejak darjah empat dan menjadi antara pelajar terbaik di kelas, malah dilantik menjadi pengawas sekolah.

12 November 2008

SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM 2008

Calon OKU tekad capai kecemerlangan


sebahagian pelajar cacat penglihatan menduduki SPM dengan menjawab soalan menggunakan Braille di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 11 Nov. - Lima calon orang kurang upaya (OKU) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, bermula hari ini, bertekad memperoleh kejayaan cemerlang.

Tiga daripada mereka mengalami cacat penglihatan, manakala dua lagi rabun.

Biarpun mengakui kekurangan diri, mereka seperti calon-calon normal yang lain turut berhasrat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan selama ini.

Seorang calon yang cacat penglihatan, Mohd. Nazri Yacob, 18, berkata, dia sering berdoa semoga dorongan dan sokongan keluarga, guru-guru serta usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil yang terbaik.

Menurutnya, kejayaan yang diimpikan itu kelak akan digunakan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-cita menjadi seorang peguam.

"Semoga doa saya dimakbulkan. Peperiksaan hari ini merupakan langkah pertama untuk mencapai cita-cita berkenaan," katanya yang mengalami cacat penglihatan ketika berusia lima tahun akibat pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak.

Mohd. Nazri berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk mengulang kaji pelajaran kerana sudah biasa menggunakan sistem braille, malah dia akan mengulang kaji selama empat jam sehari.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu lebih selesa mengulang kaji bersendirian kerana baginya adalah mudah merangka jadual sendiri.

Bagi N. Tanamala, 18, yang mengalami rabun tahap B2, dia menghadapi masalah ketika belajar di dalam kelas kerana tidak begitu nampak apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.

Bagaimanapun, atas bantuan rakan-rakan, dia berjaya memahami apa yang diajar selain mengulang kaji pada waktu malam.

"Dalam banyak-banyak subjek, saya paling suka Sejarah biarpun ia sedikit susah," katanya yang berhasrat menjadi guru Sejarah suatu hari nanti.

Kelima-lima sahabat ini merupakan antara 229 calon yang menduduki SPM di sekolah berkenaan pada tahun ini.


SLE bukan halangan


NUR Hafiza Basri tekun menjawab soalan SPM di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 11 Nov. - Keinginan mengejar kejayaan tidak akan terhenti walaupun diduga dengan pelbagai cubaan dan rintangan.

Itulah kata-kata yang menggambarkan kecekalan hati calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Hafiza Basri, 18, dalam usahanya mencapai kejayaan walaupun menderita penyakit kronik, Systemik Lupus Erythematosus (SLE).

SLE adalah gangguan pada sistem imunisasi atau pertahanan dalam badan manusia sehingga mewujudkan keadaan tubuh mengeluarkan antibodi berlebihan dan menyerang organnya sendiri seperti kulit, jantung atau otak.

Penyakit itu juga boleh menyerang dan merebak ke beberapa bahagian tubuh seperti sendi, buah pinggang, paru-paru dan saluran darah.

Kegagalan menduduki SPM tahun lalu kerana keadaan kesihatan yang membimbangkan termasuk sakit sendi dan kencing manis tidak mematahkan semangat Nor Hafiza untuk menduduki peperiksaan itu di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini hari ini.

Walaupun dinasihatkan supaya berhenti sekolah bagi menumpukan usaha merawat penyakitnya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn itu bertekad meneruskan pelajaran demi mengejar cita-cita menjadi seorang guru.

Derita anak kedua dari tiga beradik itu bermula selepas disahkan menghidap SLE sewaktu berusia 12 tahun ketika dalam persiapan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kecekalan Nur Hafiza terbukti apabila berjaya memperoleh 3A dan 2B dalam UPSR walaupun hanya bersekolah selama 20 hari dalam tahun enam kerana menghabiskan banyak masa di wad hospital.

''Saya masih kuat dan saya yakin boleh berjaya dan balas jasa keluarga yang menyokong saya selama sakit begini," katanya ketika ditemui selepas menduduki peperiksaan kertas 1 Bahasa Melayu di HSJ.

Nur Hafiza yang terpaksa menelan 30 biji ubat setiap hari bagi mengurangkan kesan penyakitnya berkata, kesempatan berada di wad hospital digunakan untuk mengulangkaji pelajaran selain menelefon rakan sekelas jika tidak memahami sesuatu tajuk.

Selain itu katanya, pihak sekolah turut membantu sepanjang dia tidak hadir mengikuti pelajaran dengan menghantar soalan-soalan latihan peperiksaan.

''Selain keluarga, mereka (rakan-rakan dan guru) nampaknya mahu tengok saya berjaya dan ia membuat saya lebih bersemangat," katanya.

Sementara itu, bapanya, Basri Yaakop, 58, menyifatkan anaknya itu memiliki kesungguhan yang luar biasa walaupun menderita pelbagai penyakit seperti kencing manis, sakit sendi, darah tinggi dan gastrik gara-gara SLE.

''Kami pernah tanya kalau dia mahu berhenti (sekolah) kerana sakitnya amat membimbangkan tetapi dia masih mahu meneruskan pelajarannya," katanya sebak menceritakan kesungguhan Nur Hafiza.

Basri berkata, akibat banyak bergantung kepada pemakanan banyak ubat setiap hari, keadaan fizikal anaknya banyak berubah terutamanya muka yang membengkak dan pembesaran yang jelas terbantu

442,936 duduki SPM hari ini

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seramai 442,936 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 10,331 calon adalah dari sekolah swasta dan 28,507 lagi merupakan calon persendirian perseorangan.

Menurut beliau, seramai 388,079 atau 87.6 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran dan sekolah kerajaan negeri manakala 16,019 calon (3.6 peratus) lagi terdiri daripada calon tajaan badan tertentu.

''Sebanyak 3,939 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara untuk calon-calon menduduki peperiksaan SPM tahun ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, segala maklumat mengenai masa peperiksaan, peringatan kepada calon dan arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan telah pun diedarkan melalui jadual waktu peperiksaan kepada setiap calon.

Beliau mengingatkan calon-calon supaya membawa bersama kad pengenalan masing-masing pada setiap masa peperiksaan dijalankan untuk memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

''Semua calon seharusnya membuat persediaan awal untuk mengelakkan berlaku keadaan atau kejadian yang tidak diingini sehingga boleh menghalang mereka sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual," katanya.

''Di sini saya juga ingin mengingatkan para pelajar supaya tidak terpedaya dengan penyebaran soalan bocor yang dihebahkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),'' tambahnya.

Katanya, sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir atau kebakaran, sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan dan perubahan pusat peperiksaan akan berlaku melalui hebahan media massa.



53,633 calon duduki STPM mulai 12 Nov.

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seramai 53,633 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 751 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 12 November hingga 4 Disember 2008.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, daripada jumlah tersebut, 46,325 orang adalah calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (1,723 orang), calon persendirian individu (5,123 orang) dan calon sekolah kerajaan negeri (462 orang).

Beliau menasihatkan supaya calon-calon sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang peperiksaan berlangsung.

Menurutnya, jika berlaku sebarang bencana alam seperti banjir dan calon sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.

Katanya, calon yang masih tidak menerima, kehilangan atau ada sebarang kesulitan tentang LPKC boleh melayari laman web MPM http://mpm.edu.my


Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri