Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

29 June 2011

aspirasidiri : Sayangi Hidup Elakkan Dadah Selamanya (SHIELDS)


Alhamdulillah Program Kerohanian Sayangi Hidup Elakkan Dadah Selamanya Telah Dapat Dilalui Dengan Jayanya
Pengisian Berkisar mengenai Mengenali Diri dan Mengetahui Tanggungjawab Dikaitkan dengan menentukan semula halatuju dalam hidup. Solat berjamaah, solat taubat dan solat hajat menjadi rutin utama setiap peserta selepas solat fardu maghrib. Beberapa orang peserta diarahkan mandi wajib terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti berikutnya. Program selama 4H3M juga memberikan penumpuan terhadap diri sebagai hamba Allah, anak kepada ayahanda dan bonda. Kesedaran sebegini penting bagi memastikan ianya benar-benar menjadi panduan agar tidak tersasar jauh dari hidup seorang insan. Penerapan dan pemantapan akidah yang teguh diberi perhatian. Segala amalan baik buruk mempunyai natijahnya di akhirat. Doa saya kepada para peserta agar daat menjadi remaja yang tinggi budi pekerti. Terima kasih pihak AADK & PPD Kluang kerana memberi peluang untuk saya terlibat di dalam program ini.

27 June 2011

aspirasidiri : Barangsiapa Yang Menginginkan Dunia, Maka Hendaknya Menuntut Ilmu Dan ............... Ungkapan Atau Hadis ?

 Semasa mencari bahan untuk menyampaikan kuliah berkaitan pentingnya ilmu. Menjalani hidup di dunia dan mempersiapkan diri untuk akhirat semuanya berkaitan perlunya ilmu. Lantas kucari di dalam kitab sirus salikin dalam bab pada menyatakan  kelebihan ilmu yang mengandungi beberapa fasal (sirus salikin ms 3)  sehingga  ms 13...... namun takdir belum kutemukan yang bisaku dengar kuliah para ustaz mengatakan barang siapa inginkan dunia dengan ilmu, barang siapa ingin akhirat dengan ilmu (berbeza penyampai, berbeza pula ungkapannya)
Kebanyakkannya mengatakan ianya hadis. Namun guruku telah memberi tahuku bahawa ianya bukan hadis dan memintaku mencarinya di alam kitab sirus salikin juz 1. Sewaktu aku membaca kitab tersebut selembaran demi selembaran  terasa letih pula rasanya. Aku rehat sebentar dan meneruskan carian di internet... dan inilah hasilnya...

 Sumber Carian

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.
Perkataan ini bukanlah sabda Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- sebagaimana yang biasa disebutkan oleh sebagian khathib ketika dia menyebutkan keutamaan menuntut ilmu. Ucapan ini hanyalah berasal dari Imam  Asy-Syafi’i -rahimahullah-, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi -rahimahullah- dalam kitab beliau Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab (1/30) dan dalam Tahdzibul Asma` (1/74).

Harap ustaz yang membaca tampalan ini beri dapat  penjelasan............

25 June 2011

aspirasidiri : Sketsa Seorang Aku_Cikgu Bodoh (Update)

Pagi semalam Jumaat, 24.06.2011  cukup ceria. Para guru sedang bersiap-sedia menunggu para ibu bapa penjaga hadir. Hari tersebut adalah hari terbuka sekolah. Aku seperti biasa berada di pejabatku menjalankan tugas rutin. 
Pagi semalam aku telah memanggil murid yang ayahnya telah memarahiku petang kelmarin (Khamis-Hari Sukan 2011). 

Sesi Jumaat, Jam 8.30 pagi, 24.06.2011 : 
Semalam sebelah petang ayah awak pergi mana. Ayah saya pergi ambik abang kat sm vokasional. Bila ayah awak jumpa awak di rumah ada apa-apa di cakap dengan awak. Terdiam seketika .....tak.... dia sebat saya dengan rotan. ... jawabya ringkas. Saya telah memberitahunya....ayah awak telah mengatakan sayani cikgu bodoh. Cikgu yang bodoh.
Wajahnya biasa sahaja, kelihatan tersengih. Aku memintanya balik ke kelas semula. Aku tidak membuat sebarang penjelasan kepadanya. Dia tidak tahu apa-apa. Dia pulang lewat petang kerana telah singgah di rumah kawannya. Dalam masa yang sama....takdir Allah petang itu selepas  acara sukan tamat, hujan telah turun dengan lebat diselangi dengan dentuman petir.
Aku meneruskan tugasku pagi ini, menyantuni tetamu yang hadir sempena hari terbuka sekolah. Ibu bapa penjaga sekolah ini mengambil peluang untuk bertemu dengan para guru untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak masing-masing. Namun...... pakcik yang mamarahiku petang 23.06.2011 tidak hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas anaknya...... emmm 

23 June 2011

aspirasidiri : Sketsa Seorang Aku_Cikgu Bodoh

Cikgu B***H........ ?

Aku pulang ke sekolah setelah menjalankan tugas sebagai peniup wisel. Itulah pengalaman pertama ku dalam bidang sukan di sekolah. Ke garisan... sedia...... pritttt....  Dengan memaklumkan SU Sukan  aku pulang agak awal....... tak tolong mengemas peralatan ...... dengan izin beb....
Hujan baru seriat (cakap luar.... teduh cakap Johor). Alhamdulillah Sukan pun dah beres. Laporan LDP Online perluku bereskan sebelum jam 5. Aku masih di sofa rotan terus mencari acsess internet....emmmm un limited acsess ... Jam telah melewati angka 2 .....lebih kurang jam 210 petang. 
Seorang pakcik datang dari arah tangga kanan pejabat .. nampaknya agak tergesa-gesa telah menyapaku Cikgu ke.. ya jawabku. Kenapa anak saya sampai sekarang belum sampai rumah ? Dengan nada yang agak tinggi. Rumah saya dengan stadium bukan jauh sangat, tegasnya lagi. Mana anak saya ?...... Takkan cikgu tak tau?......Tambahnya lagi. Soalan yang cukup mendesak.... cukup menekan.... Mana saya tau... terpacul dari mulutku, jawab ku sepontan. Barangkali itulah jawapan yang dipinta waktu itu.Tak payah masuk dalam, tak de siapa di dalam tu, kataku... beberapa detik kemudian... ha yang kat dalam tu siapa .. monyet ke. (Yang berada di dalam hanyalah seorang kerani kewangan, beberapa minit  masuk sebelum pakcikni datang, GB, GPK masing-masing telah pulang sejak tadi setelah habis  acara sukaneka acara guru dan ibubapa di stadium) Dia bagus dia cakap baik-baik dengan saya, sambil tangannya menunjuk ke arah dalam pejabat.....patutnya cikgu cakaplah baik-baik dengan saya, masuk ke dalam duluke,,, kita bincang ke.... ni jawab mana saya tau.... macamtuke jawapan yang patut.. inike cara layanan cikgu, sambil menampar tangan beberapa kali hanya berapa jengkal sahaja jaraknya dariku, cukup  hampir,  seolah-olah mahu sahaja tangannya singgah ke mukaku, namun aku masih mampu tenang menghadapi situasi ini., tidak berganjak .........dengan mata yang tajam merenung dan menerjah  kepadaku....menzahirkan kegarangannya., kemerahannya, ketidakpuasan hatinya sekaligus kebenciannya kepadaku.... terlalu marah agaknya.. apalah punya cikgu.... siapa nama cikgu  ... ha apa (barangkali tidak cukup kuat jawapanku atau kurang dengar) tak pe saya taulah nak buat cikgu macam mana... nanti taulah cikgu..  jerkahnya lagi, kali ini dengan ugutan laksana seoang pahlawan di tengah gelangang. Waktu itu aku masih tercegat berdiri berhadapan dengannya seorang diri, aku masih mampu mengawal perasaan , walaupun telah dibentak berulang kali. Sekarang saya nak tau mana anak saya ? Sekali lagi berdesing telingaku mendengar  lontaran yang cukup membingitkan, cukup untuk didengari oleh orang yang berada jauh dari kawasan perkarangan pejabat. Carilahjawabku !  Sekali jawapan yang kuberi secara sepontan. Barangkali aku tidak bertemu dengan jawapan yang lebih sesuai. Ni saya carilah..... sebabtu saya datang sini. Tadi cakap tak tau, ni suruh cari pulak... apa punya cikguni... kita cari sama-sama jawabku ... pakcik terus berlalu (barangkali dalam keadaan  bertambah berang bijimatanya kulihat agak merah, dengusan nafasnya tidak terkawal), .... terdengar bunyi  deruman enjin kereta agak tinggi...mungkin pedal minyak ditekan begitu kuat... nak cepat rasanya.... Aku meneruskan usahaku untuk mengisi borang LDP.... belumpun sempurna....  (beberapa minit kemudian) Jam hampir 230 petang.... pakcik tersebut datang sekali lagi.... kali ini langkahnya semakin laju, hentakkan kakinya di atas tangga tadi jelas kedengaran. Aku tidak menyapa... semasa lalu bersebelahanku..  sekalilagi...matanya agak tajam memandangku... pakcik terus meluru masuk ke dalam pejabat dan menepuk meja kerani dengan kuat.... saya lihat pakcik tersebut telah meninjau ke luar sekolah dari tingkap pejabat... aku agak ia ingin mengetahui kalau-kalau anaknya kelihatan ada di hujung jalan  berhampiran rumahnya.... kemudian terus keluar... . Mana anak saya cikgu ? Sekali lagi saya telah diterjah. Saya tak pasti adakah soalan yang sama akan ditanya kepada orang lain jika ia bertemu pada waktu itu..... saya mengatakan kita cari sama-sama ....  kali ini nada  suara jawapan ku semakin rendah..... kami berjalan. Saya di depan ..... pakcik berjalan di belakang. Tadi  pakcik masuk sekolah ada jumpa jaga..... mana ada jaga jawabnya....... (pakcik ni.. parkir  kereta di tempat parkir guru besar)  Sampai di lobi ...sapa nama anak... ha baru nak tanya anak...   sekarang baru nak tanya ..... saya di jerkah.... dengan nada yang tinggi...  saya tak demasani ..... nak ambil anak di sm vokasional ni..... bodoh punya cikgu....cikgu ni memang bodoh.... (diulanginya beberapa kali, tapi tak pasti berapa kali) ya lah pakcik saya memang bodoh...jawabku... dahlah salah tak mintak maaf. sambungnya lagi.... seorang rakan yang ada di situ menyampuk kan tadi cikgu dah minta maaf... mana ada jawab.. pakcik... saya minta maaflah saya salah..... marilah kita cari sama-sama.... saya tak de masa ni.... sapa nama pakcik tanya ku  ... d**  jawabnya. Beginilah pakcik beri no hp pada saya, nanti kalau ada apa-apa saya terus beritahu.    Pak cik terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan perkarangan sekolah... Saya bersendirian terus ke Stadium untuk meninjau kalau-kalau anak pakcik d** ada di sana.... Jam menunjukkan hampir pukul 3 ptg. Sampai di perkarangan stadium saya terus berjumpa petugas stadium sedang membuat kerja-kerja pembersihan.  Jawab en K****, tadi lagi budak-budak dah balik....Ada apa cikgu... niha saya cari budak-budak saya....tadi ada seorang pakcik datang sekolah katanya anaknya tak sampai rumah lagi....Ohhh tadi.. memang ada kereta warna hijau bukan main laju lagi... takberehentipun... takpalah saya gi dulu... dalam perjalanan dari stadium, saya telah menghubungi PK Ko... beliau yang baru sampai rumah...(beliau adalah orang terakhir meninggalkan stadium, setelah memastikan semua murid telah pulang ke rumah masing-masing) berpatah balik ke sekolah untuk mengetahui keadaan sebenar. Setelah berbincang , saya, PK Ko dan makcik jaga terus ke rumah pak cik tersebut untuk melakukan tinjauan kalau-kalau anaknya telah sampai  di rumah.. Sesampainya di simpang ke 2 sebelum sampai rumah pakcik  ...tu ha budaknya.... mak cik jaga memberi tahu... kami bergerak ke arahnya....  awak dari mana... saya dari rumah dia (rakan yang bersama dengannya) Siapa nama ayah awak ? S*******n jawabnya. Masa lepas sukan  awak pergi mana ? Saya pergi rumah dia.  Dah balik rumah ke ? dah ...tadi jawabnya. Masa awak balik, ayah awak nampak ? Tak katanya...  Oooo begitu... Mana rumah awak .... sanatu jawabnnya sepontan. PK Ko telah bertanya namanya, nama ayah dan tahun.... Awak ada bawak balik surat hari sukan tak ? Ada jawabya ringkas. Beri pada sapa? Emak ,... jawabnya..... kami meminta supaya beliau balik ke rumah....tetapi beliau telah mengajak kawannya tadi menemaninya pulang ke rumah. Saya terus pulang ke sekolah. Dengan bantuan pembantu Tadbir akhirnya saya dapat menghantar laporan LDP lebih kurang jam 330 petang. Aku terus turun dan duduk di sofa di hadapan bilik kaunseling . Emmmm membuat refleksi ... sepanjang hari... ada yang membuatku tersenyum........ bila teringatkan peristiwa tadi..... aku sebenarnya sedang melalui proses ..... ujian..... kesabaran dan kematangan diri. Ini baru sikit.....Terima Kasih Ya ...Allah.... Jam 7  pagi aku datang...jam 415 aku pulang..... semunya keranamu.... wahai intan payungku sayang...... apa yangku dapat hari ini.... suatu yang tiada siapa ingin dengar....bodoh punya cikgu....cikgu memang bodoh...

16 June 2011

aspirasidiri : Menjana Aspirasi Diri_SK Seri Kampung Tengah, Kluang


Program Menjana Aspirasi Diri Tahun5
 Alhamdulillah Calon UPSR 2012 telah melangkah lebih awal.
Slot Explorasi Diri selama 1 jam 30 minit
Murid dibawa mengimbau semula sejarah kejadian dan tanggung jawab diri
Sebagai seorang insan kita perlu merasa diri beragama agar perjalanan hidup memenuhi perintah Allah.
Pendedahan awal memang perlu agar kematangan sebagai seorang murid terserlah menjangkau 2012
Walaupun Program Motivasi perlu namun ada segelintir pihak
berpendapat program seperti ini tidak reliven sudah tidak sesuai. Yang paling teruk "apalah program ini tiada kerja lain asyik ceramah, ceramah...... berubahnya tidak...
Emmmmm hari ini menangis bukan main ..... esok balik perangai asal...
Sebenarnya tidak adil pendapat sedemikian ... berat sebelah.... kita bukannya perlukan pujian.... yang kita perlu ialah memahami bahawa manusia perlu sering diberi ingatan... semangat sentiasa perlu dibugar....  memang semangat manusia ada masanya pasang dan ada masanya surut.... 
Yang perlu ialah usaha berterusan..... tidak putus-putus..... iltizam dan istiqomah...
Insya Allah... siapa yang berusaha sekarang.... natijahnya pada masa akan datang.... jika tidak hari ini esok...


UPSR 2012



Memang Fokus
Ada Semangat Yang Kental
Tahniah
Cikgu Taha Guru Bimbingan
SK Seri Kampung Tengah.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri