Kekurangan bukan alasan |
Utusan Online
Calon cerebral palsy mahu jadi profesor
KOTA BHARU 21 Sept. - Dengan menolak pensil yang diselitkan di celah jari tangan kirinya menggunakan dagu, Ahmad Faiz Ibrahim tekun menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.
Calon UPSR dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 itu terpaksa menolak pensil menggunakan dagu untuk menulis kerana menghidap cerebral palsy sejak lahir iaitu sejenis kekacauan atau gangguan kendalian terhadap fungsi motorik disebabkan oleh kerosakan pada otak yang sedang berkembang sehingga mengekang pergerakannya.
Ahmad Faiz, 12, merupakan salah seorang daripada 219 calon UPSR yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah itu dan dia diletakkan di bilik berasingan untuk memudahkannya menjawab soalan.
Walaupun cacat, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Pengkalan Demit itu merupakan salah seorang pelajar harapan sekolahnya berikutan pencapaian 4A 1B yang dicatatnya dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.
Malah, Ahmad menanam cita-cita untuk menjadi seorang profesor dalam bidang sains satu hari nanti.
Ketika ditemui di sekolah itu hari ini, murid itu yakin mampu mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.
"Alhamdulillah, soalan-soalannya macam yang biasa saya buat dalam kelas. Saya berharap dapat 'mengalahkan' murid lain yang lebih pandai. Saya sudah bersedia sepenuhnya dan banyak belajar di rumah dengan bantuan ibu," katanya.
Anak kepada seorang guru, Ibrahim Yunus, 42, dan suri rumah, Zarina Mohd. Kassim, 36, itu ternyata mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi walaupun memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak disebabkan kecacatan itu.
Ketika di sekolah, dia terpaksa menggunakan kerusi roda yang ditolak oleh rakan-rakannya sebelum dipindahkan ke kerusi khas bagi menampung postur tubuhnya.
Sementara itu Zarina berkata, setiap dua minggu sekali dia dan suaminya akan membawa Ahmad Faiz ke hospital untuk latihan fisioterapi selain mendapatkan ubat-ubatan bagi menguatkan sistem saraf tubuhnya.
"Selain menghantarnya terus ke tempat duduk di dalam kelas setiap hari, saya juga pergi ke sekolah pada waktu rehat untuk menyuapkan makanannya.
"Saya melahirkan Ahmad Faiz ketika masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dan sejak itu saya menumpukan sepenuh masa menjaga anak sulung saya daripada empat beradik ini," ujarnya.
BHarian
Murid istimewa tetap semangat masuk bilik ujian
2010/09/22
KUALA LUMPUR: Pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, 12, yang sebelum ini dilahirkan dalam keadaan bercantum dari dada hingga punggung dan mendapat liputan meluas media tempatan serta antarabangsa semalam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 27-2 Shah Alam, Selangor itu memasuki bilik peperiksaan dengan penuh bersemangat walaupun menggunakan tongkat bagi menduduki kertas Bahasa Melayu dan Matematik. Bapa mereka, Rosli Abdul Rahim, berkata kedua-dua anaknya itu sangat rajin mengulangi pelajaran selain sering belajar dan berkongsi ilmu . Guru serta rakan juga banyak membantu mereka dalam pelajaran sebagai persiapan untuk UPSR memandangkan kedua-dua anak saya ini tidak pernah menghadiri kelas tuisyen.
Ahmad amat meminati seni lukis, manakala Muhammad bijak menggunakan komputer. Saya juga sering mengingatkan mereka supaya rajin bersembahyang, katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui, semalam.
Kedua beradik itu menjalani pembedahan pemisahan yang berlangsung hampir 23 jam pada September 2002 di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh.
Di KOTA BHARU, Kecacatan kekal akibat `selebral palsi, bukan penghalang kepada murid Tahun Enam, Ahmad Faiz Ibrahim, menduduki UPSR walaupun terpaksa menulis dengan pensil disepit pada dua jari yang ditolak dengan dagu.
Anak sulung kepada empat beradik itu yang menduduki UPSR di SK Kubang Kerian 1, kelihatan tenang menjawab soalan, walaupun hakikatnya beliau berdepan kesukaran menggerakkan pensil yang digunakan.
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan begini, saya berazam untuk mengalahkan murid lain yang lebih pintar di sekolah ini dalam pelajaran. Sebab itu saya belajar bersungguh-sungguh sejak Tahun Satu lagi, katanya yang berazam mencatatkan keputusan 5A dalam UPSR supaya menjadi contoh kepada adik-adiknya dalam pelajaran.
Ahmad Faiz antara 37,759 calon UPSR di seluruh Kelantan yang mula menduduki peperiksaan mulai semalam dengan kertas pertama Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman bermula jam 9.45 hingga 11 pagi.
Di ALOR GAJAH, Kecacatan tidak menghalang seorang murid OKU, SK Masjid Tanah dekat sini, Syazril Hafiz Azahar, 12, yang mengalami penyakit Osteogenesis iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang sejak berusia lapan mengambil peperiksaan UPSR di Hospital Alor Gajah, di sini.
Penyakit berkenaan menyebabkan kedua-dua kakinya mudah mengalami kepatahan teruk walaupun hanya tersentuh.
Syazril mengakui terpaksa menanggung kesakitan namun soalan peperiksaan tetap dijawab dengan bersemangat dan tekun disamping berharap beliau memperoleh keputusan yang cemerlang.
Di KUALA TERENGGANU, Seramai tujuh calon UPSR terpaksa menduduki peperiksaan awam itu di tiga hospital di negeri ini.
Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohd Zuber Embong, berkata tiga calon menduduki UPSR di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dua di Hospital Dungun sementara dua lagi di Hospital Kemaman.
Beliau berkata, di HSNZ masing-masing dua calon adalah perempuan dan seorang lelaki terpaksa menduduki peperiksaan di Wad 4 kerana demam dan terbabit kemalangan jalan raya.
Katanya, seramai 23,533 calon UPSR di negeri ini menduduki peperiksaan awam itu di 371 pusat peperiksaan seluruh negeri
No comments:
Post a Comment