Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

27 December 2011

aspirasidiri : bimbingan online

Terima kasih kepada semua tetamu saya kerana telah sudi berinteraksi dengan saya secara online . Setakat ini jumlah interaksi secara online adalah sebanyak 37 kali. Kebanyakkan mereka yang berinteraksi dengan saya adalah terdiri dari pelbagai latar belakang dengan pelbagai isu. Apa yang ingin saya kemukakan di sini ialah bagaimana pentingnya interaksi secara online. Ini adalah bentuk baru manusia bekomunikasi. Interaksi secara online ada risikonya. Kita sering didedahkan di media bagaimana ada yang tertipu sehinggakan kerugian beribu-ribu ringgit tergadai marwah, terpenjara dan pelbagai pendedahan lagi. 
Di aspirasidiri interaksi berlaku berkonsepkan "on praising people to succsess" semangat seruan "haiya alal falah" bertolong bantu dalam perkara kebaikkan dan jangan bertolong bantu di dalam perkara fasad. Ianya sudah pasti berdiri dan menjunjung tinggi di atas dasar TAQWA kepada Allah. Konsep interaksi secara online adalah tanpa prasangka. Saya tidak pernah mempersoalkan adakah tetamu yang berinteraksi dengan saya hanya untuk tujuan untuk menduga atau menguji kemampuan saya atau apa sahaja tujuan. Saya mohon perlindungan dari Allah dari mereka yang mempunyai niat sedemikian. 

Siapa yang pernah berinteraksi dengan saya secara online ?
1. Ibu bapa
2. Siswa & siswi di IPT.
3. Lepasan SPM
4. Lepasan PMR
5. Bakal Calon PMR, SPM
6. Rakan sejawat.

Isu-isu yang dibincangkan.
1. Perkembangan anak-anak.
2. Bagai mana ingin cemerlang di IPT,
3. Pemilihan bidang akademik
4. Teknik belajar
5. Masalah pelajar dengan guru
6. Isu berkaitan hidup beragama.
7. Isu remaja
8. Aduan.

Bagaimanaproses interaksi ?
1. Mengenalpasti persoalan yang dikemukan
2. Mencadangakan alternatif
3. Meminta maklum balas

Apakah respon yang saya perolehi ?
Setakat ini kebanyakannya adalah membina dan positif, Alhamdulillah dengan Izin Allah.

Antara interaksi para tetamu aspirasidiri yang dihantar melalui ruangan bimbingan secara online : Paparan ini bukanlah berniat untuk melanggar etika interaksi yang berpegang kepada konsep kerahsiaan. Ianya hanyalah bukti kemenjadian dalam interaksi secara online.

1. Saya berumur 14 tahun .tahun 2012 nanti saya akan ambil PMR.masalah saya ialah saya mudah sangat hilang fokus ketika sedang belajar,saya juga merasa segan untuk bertanya dengan guru apabila tidak faham,sebab cikgu saya tu suka sangat memaki hamun pelajarnya,jadi saya rasa malu jika cikgu tu akan memaki saya kat depan kawan2.Nak belajar kat rumah pula bising dengan adik2..saya nak sangat berjaya dalam pelajaran tapi tak tahu nak capai cara 

2. saya merupakan seorang mahasiswa islam. tapi saya mempunyai masalah dengan kawalan nafsu saya. sy mcm dah ketagih denagn pornorafi seinggakan hubungan saya dgn tunang terputus. semua nya gara2 saya tidak dpt mengawal nafsu. sminggu paling kurang 3 kali sy akan bermasturbasi. sy ingin berubah tetapi dan pernah cube untuk berubag tapi tak samapi sebulan sy dapat bertahan.
sy memerluka seseorg untuk berbicara dan berbincang teteapi bagi saya hal ini adalah amat sulit.


3.  assalamualaikum,anak sulung saya ,lelaki akan menduduki peperiksaan pmr,masalah saya beliau tidak menampakkan kesungguhan dalam pelajarannya ..keputusan sederhana sejak tingkatan 1..bila balik bercuti kerumah akan menghabiskan masa bermain game..kerja sekolah diibuat sambil lewa sahaja..puas diberi nasihat tapi masih belum berhasil..di asrama pernah ditangkap kesalahan main game di cc ...bagaimana nak lahirkan minat dan tekun belajar,,sering tidur dalam kelas dan tiada bersungguh-sungguh..

4.  Saya ada seorang anak berumur 8tahun.Masalahnya sekarang ialah anak saya tidak mahu mengulangkaji pelajarannya di rumah.Cikgu tidak memberikan kerja rumah dan dia tidak mahu membuat latihan-latihan yang saya berikan.Dia juga ada masalah dalam membaca dan tidak mahu membaca walaupun saya telah membelikan buku-buku cerita.Yang peliknya dia faham soalan dan tahu jawapan walaupun dia tidak membaca.Saya risau dengan keadaannya.Saya perhatikan dia tidak suka jika saya yang mengajar dia.Saya harap masalah saya ini akan dapat diselesaikan memandangkan dia baru darjah 2,mungkin rutin tersebut dapat diperbaiki atau anda boleh selesaikan masalah saya. Terima Kasih.

5.  Sy ingin minta pendapat saudara untuk memberi saya langkah atau tindakan yang harus saya ambil untuk menyelesaikan masalah sy ini.Sy mempunyai masalh dalm subjek Add Math.Masalah itu berterusan drpd sy ting 4 hinggalah sy berada di Tingkatan 6 skrg.
Kesilapan sy dahulu ialah sy tidak mahu cuba mendalami atau menyelesaikan maslah kesukaran sy untk memahami subjek tersebut.Saya tinggalkn ketidakfahaman saya itu sehinggalah ke Ting 5.Saya x buat ulangkaji sepenuhnya.Dan sudah tentu setiap kali ujian atau peperiksaan saya akan gagal.Sampai satu tahap saya sudah berputus asa dan langsung tidak ada hati untuk mendalami subjek ini walaupun peperiksaan SPM sudah semakin hampir.Saya cuba belajar, di saat akhir, tetapi tidak boleh faham dengan sepenuhnya kerana tidak mempunyai asas add math yg kuat di ting 4.Keputusan SPM sy sama juga seperti ujian-ujian yg lepas.Saya GAGAL untuk Add math.Skrg sy b'ada di ting 6, aliran sains.Ada subjek yg memerlukn sy mempunyai STRONG BASIC dalam add math.Jadi apa yg mampu sy lakukan hanya melihat cg mengajar, hanya sedikit sahaja sy faham apabila melibatkn math moden.Mcm mna sy nk survive? Sy lemah add math! Sy ingin jg jadi seperti rakan-rakan yg lain yg cemerlang add math.Sy harap saudara/i dapat membantu saya, apa yang harus saya lakukan untuk cemerlang dalam add math, mahupun dalam subjek2 yang lain.Dan juga bagaimana caranya untuk membuang rasa berputus asa dan malas dalm diri.



Alhamdulillah saya menjemput anda untuk berinteraksi dengan saya. Insya Allah, dengan izin Allah saya akan membantu.



24 December 2011

aspirasidiri : Belajar Dari Kejayaan, Ambil Iktibar Dari Kegagalan, Pengumuman PMR 2011

Tahniah di atas mereka  yang menempa kejayaan. Banyakkan sabar di atas kegagalan buat mereka yang berusaha gigih. Kita perlu mempelajari kegigihan rakan-rakan kita yang berjaya. Ada dalam kalangan kita semacam tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bukankah apa yang berlaku di sekeliling kita dapat membantu kita memehami strategi untuk menggengam kejayaan ? Bagaimana pula dengan kegagalan. Sebagai seorang pelajar kita juga sering didedahkan dengan maklumat berkaitan faktor-faktor kegagalan. Apakah sikap kita terhadap isu ini. Memanglah kecemerlangan dalam akademik bukan satu-satunya penentu kejayaan seseorang tetapi sikap kita akan menentukan pencapaian kita di masa depan di dalam bidang yang bakal kita ceburi nanti dengan izin Allah. Ya, apabila kita dewasa kelak. Apa pilihan kerjaya kita ?  Tidak semua kerjaya bergantung sepenuhnya kepada akademik. Jika kita telah memaklumi bahawa kita seorang yang agak rendah pencapaian dalam akademik, dan lebih berminat kepada bidang berkaitan teknikal, atau bidang lain, jangan ada keraguan lagi, beri tumpuan kepada bidang tersebut. Itulah tujuan antara lain kita membuat kajian terhadap kecenderungan diri kita. Adakah kecenderungan kita menjurus kepada bidang akademi, agama, teknikal atau sukan ? Semuanya ini penting untuk difikirkan. Selepas PMR kita masih ada masa lagi untuk menentukan hala tuju kita. Mintalah kepada Allah S.W.T untuk kita memilih hala tuju kita selepas PMR. Agar keputusan yang kita pilih tidak dari hawa nafsu kita semata-mata. 
(dalam gambar di atas) Muhammad Hadi Darus, 15, seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai tangan dan hanya menulis menggunakan kaki, tidak memerlukan masa tambahan untuk menjawab soalan ketika peperiksaan PMR lalu dan mendapat keputusan cemerlang 9A. Tahniah buat adik Hadi. 
PENDANG: “Saya tidak berasa sebarang kekurangan pada diri dan saya tahu saya boleh berjaya,” kata Muhammad Hadi Darus, 15, pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam, walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan selain terpaksa menulis dengan kaki.
Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang, di sini, memperoleh A dalam sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Geografi, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekali gus menjadikannya antara pelajar terbaik di sekolah berkenaan dan Kedah.

Selain tidak memiliki tangan, Muhammad Hadi juga tidak boleh berjalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda sepanjang masa. Pelajar istimewa dari Felda Sungai Tiang, di sini, itu juga diberi ‘keistimewaan’ di sekolah berkenaan apabila menggunakan meja khas yang diubah suai selain hanya boleh memasuki kelas di tingkat paling bawah sekolah berkenaan.
Muhammad Hadi ketika ditemui, berkata dia tidak mempunyai sebarang formula dalam mengulang kaji pelajaran sebaliknya lebih gemar mengulang kaji pelajaran bersendirian pada waktu malam selain menghadiri tuisyen setiap hari di sekolahnya.

“Saya lebih selesa mengulang kaji seorang diri dan selalunya saya memperuntukkan kira-kira dua jam sehari untuk belajar. Selain itu, ibu bapa dan guru juga banyak membantu,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Katanya, kekurangan pada dirinya juga menjadi pendorong untuk dia mencatat kejayaan cemerlang.
Sekali pandang, kekurangan fizikal yang dialami anak pasangan Darus Dariman, 51, dan Halimah Che Pa, 49, ini memang menyukarkannya, namun ia bukanlah penghalang buat Muhammad Hadi untuk berjaya terutama dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah.

CEMERLANG… Pelajar Sekoleh Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek yang juga merupakan seorang autisme, Muhammad Danial Zainuddin,16, membandingkan keputusan PMR dengan adik perempuannya, Nurul Diana, 15. Mereka mendapat keputusan cemerlang 9A pada peperiksaan tersebut dan Muhammad Danial turut diumumkan sebagai pelajar terbaik ‘pendidikan khas’ Terengganu.

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Biarpun mengalami masalah autisme, ia tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Danial Zainuddin, 16, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini.
Lebih membanggakan, dia bukan sahaja memperoleh keputusan 9A malah diumumkan pelajar autisme pertama di negara mendapat kejayaan seumpamanya.
Muhammad Danial mula dikesan mengalami autisme ketika usianya dua tahun apabila sukar berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran selain bersifat hiperaktif.
Muhammad Danial ketika ditemui di sini hari ini memberitahu, dia gembira kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang itu biarpun dia tidak normal seperti rakan-rakan lain.
"Memang saya pelajar autisme tetapi saya juga suka belajar seperti pelajar lain dan setiap hari hanya satu mata pelajaran saya mampu mengulang kaji dan setiap kali habis menelaah saya akan ingat semua apa yang dibaca dengan mudah.
"Saya sangat gembira mendapat keputusan ini dan sudah tentu ibu, bapa dan guru juga gembira," katanya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan satu-satunya pelajar pendidikan khas yang mengambil peperiksaan tersebut di sekolah tersebut dan dia juga pernah menerima anugerah Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dalam pada itu, ibu bapa pelajar autisme tersebut, Ruzina Mohd. Ikram, 46, dan Zainuddin Muhamad, 46, meraikan kegembiraan berganda apabila seorang lagi anak mereka yang juga adik kepada Muhammad Danial, Nurul Diana, 15, yang menduduki peperiksaan itu juga memperoleh keputusan cemerlang yang sama.


Nurhaslina Jusoh buktikan anak petani mampu cemerlang


Nurhaslina bersama bapanya, Jusoh menunjukkan keputusan 8A diraihnya dalam PMR 2011 di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 22 Dis. - Menjadi sebahagian daripada 144 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa bukanlah semudah disangka dan ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.
Itulah yang dibuktikan oleh anak seorang petani dari Pasir Puteh, Nurhaslina Jusoh, 15, apabila mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Kejayaan tersebut membuktikan latar belakang keluarga bukan suatu halangan, sebaliknya mencetuskan kesedaran mendalam kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membela nasib keluarga melalui kecemerlangan akademik.
"Sebab itulah saya tiada pilihan, selain belajar bersungguh-sungguh. Saya bertekad membantu ayah kelak tetapi saya mesti bermula dengan kecemerlangan dalam pelajaran.
"Alhamdulillah, harapan ayah hendak melihat saya berjaya dalam PMR tercapai. Insya-Allah saya akan teruskan kesungguhan dalam peperiksaan selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengambil keputusan peperiksaan itu di sekolahnya dekat sini hari ini.
Berkongsi resipi kejayaan, anak keempat daripada lapan beradik itu berkata, tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran dalam kelas dan kaedah ulang kaji secara bersistematik serta solat hajat secara berterusan merupakan kunci kejayaan dirinya.
"Bagi saya, fokus dalam kelas cukup penting kerana ia akan memastikan apa yang diajar oleh guru dapat difahami atau tidak bagi memudahkan proses mengulang kaji pelajaran.
"Selain itu faktor kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan kakak sulung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi azimat untuk mengulangi kejayaan tersebut," ujarnya
Nurhaslina memberitahu, kejayaannya dalam PMR bukan kegembiraan peribadi sebaliknya turut dikongsi dengan adik-adiknya yang kini mendapat motivasi bahawa latar belakang keluarga mereka tidak boleh dijadikan penghalang untuk berjaya.









15 December 2011

aspirasidiri : Ratib Al-Atas

 Dengan Izin Allah satu lagi perkongsian.
Download  Ratib Al-Atas
Rahsia Menuju Allah demikianlah yang tercatat di kulit luar kitab ini. Kitab kecil ini merupakan perhimpunan selawat dan wirid. Antara yang terkandung di dalam kitab ini adalah Ratib Al-Atas, Dicetak pada tahun 1989. Berusia 22 tahun. Amalan mendidik hati yang di ijazahkan oleh Yang Mulia Al-Habib Hassan bin Muhammad bin Salim di Maktab Perguruan Mohd Khalid Tahun 1982 dengan sanad yang sahih hingga sampai kepada Ulamak-uiamak yang menyusun Ratib dan Zikir ini sehingga kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bacaan ratib Al-Atas dilaksanakan pada setiap malam Rabu di surau MPMK. Sesekali aku diberi peluang untuk memimpin ratib Al-Atas sewaktu beliau ada bersama. Pada waktu ketiadaannya (terlalu jarang) dengan sebab ada perkara yang tidak dapat dielakkan, aku akan memimpin bacaan Ratib Al-Altas. Biasanya kami akan memulakannya dengan bacaan Surah Yasin dan diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Atas. Ingatan ku masih segar bagaimana air mata yang mengalir membasahi pipi dengan nada suara yang amat menyusuk kalbu disebabkan kesahduan ketika beliau memimpin bacaan Ratib Al-Atas terutama ketika menyebut kalimah Allah hu Allah. Kami pada waktu itu amat terkesan. Melalui bersalam tangan dengan lafaz kalimah Syahadah yang kuulangi dari lisan beliau ratib Al-Atas Ini telah diijazahkan kpadaku oleh Tn Guru Hj Abd Ghani b Abd Samad di surau MPMK pada tahun 1992 (aku tidak ingat bila tarikhnya) beberapa bulan sebelum aku meninggalkan MPMK. Pesannya (buatku dan semua rakan) jangan tinggalkan amalan membaca Ratib-Al-Atas. Ajarkanlah kepada orang lain agar amalan ini berterusan. Semoga Allah sentiasa memberkati beliau. Al-Fatihah


Download Ratib Al-Atas

11 December 2011

aspirasidiri : Solat Sunat Gerhana Bulan 10-12-2011

                                 
Maha Suci Allah yang berkuasa menjadikan apa sahaja kejadian sebagai tanda KebesaranNya. Sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah kita hendaklah menyedari bahawa kehidupan kita adalah tertakluk dan wajib tunduk dengan ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita tidak boleh memilih jalan kita sendiri di dalam mengatur kehidupan. Jika kita dilahirkan dalam keadaan Islam, kita membesar dewasa dan seterusnya mati di dalam menjunjung tinggi peraturan yang telah diteapkan oleh Allah. Janganlah kita hidup di dalam sangkaan kita sahaja. Kita menyangka atau "saya rasa saya tak salah ikut cara ini"  dan menganggap kita hidup telah mengikut jalan yang betul. Kerana kita memilih jalan "kita sangka", "kita rasa" tetapi rupanya jalan yang kita pilih itu bukan mengikut perintah Allah tetapi mengikut sangkaan kita sahaja.
Sekiranya kita memilih jalan Taat atau derhaka ianya tidak memberi bekas kepada Allah. Yang bakal merasainya apabila kita berhadapan dengan Rabbul Jalil ketika kita diperhitung segala amalan di Padang Mahsyar kelak. Apakah pada ketika itu baru kita menyesal. Waktu itu..... waktu yang sudah terlambat.



 Fenomena ini boleh dilihat di sini Gerhana Bulan 

Dalam memahami fenomena berlakunya gerhana ini janganlah pula kita mengaitkannya dengan perkara khurafat. Mengaitkan sesuatu kejadian yang berlaku dengan kejadian gerhana. Ianya adalah dilarang. Begitu juga jika dikaitkan dengan kehidupan. Janganlah kita menolak peraturan Islam yang telah diwajibkan kepada kita. Sebesar-besar khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik jika mengatakan kita boleh memilih peraturan lain untuk kita hidup lebih sejahtera dan sempurna dengan meninggalkan peraturan Islam.

Ada pun kaifiyat Solat Sunat Gerhana ini kita boleh rujuk kepada kitab Mutalbadrin. Karangan Al Marhum Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani. Bahasa yang digunakan agak menarik untuk kita pelajari.
Dengan Nama Allah saya tuliskan semula seperti di bawah ini 


Bab Solatul Khasuf.
Ini satu bab pada menyatakan sembahyang gerhana matahari dan bulan (bermula) keduanya sunat muakad bagi yang mukim dan musfir dan yang merdeka dan sahya dan bagi dan lelaki dan perempuan dan berjamaah dan seorang diri (maka masuk) waktu tetakala nyata gerhananya dan habis waktu sembahyang gerhana matahari dengan hilang gerhananya dan dengan jatuh matahari dengan jatuhnya (dan) habislah waktu sembahyang gerhana bulan dengan hilang gerhananya dan dengan naik matahari tiada dengan naik fajar dan tiada dengan jatuhnya pada malam dengan gerhananya (maka lafaz) niatnya pada matahari ( sila rujuk di atas ) sahaja ku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala Allahhu Akbar (dan pada) gerhana bulan ( sila rujuk di atas ) Sahajaku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala Allahhu Akbar ( maka sekurang-kurangnya) sembahyang dua rakaan seperti sunat Zohor jua (dan yang) Akmal  sedikit disembahyangkandia dua roko' dan dua qiam pada tiap-tiap rakat dengan tiada dipanjangkan bacaannya pada
Keduanya (dan yang terlebih) akmalnya bahawa disembahyangkandia dua rakaat dengan dua roko' dan dua qiam pada tiap-tiap rakaat dan dipanjangkan bacaan pada keduanya (dan yaitu) hendaklah ia Takbirratulihram dan membaca doa Iftitah dan A'uzubillah dan Fatihah dan Surah Al-Baqarah kemudian maka roko' dan membaca tasbih di dalam roko'nya kadar seratus ayat daripada Suratul Baqarah (kemudian) maka diangkatkan kepalanya daripada roko' dan I'tidal dan membaca Fatihah pula maka dibaca (9) Suratul Ali-Imran (kemudian) ia roko' pula dan membaca tasbih padanya dengan kadar delapan puluh ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) ia i'tidal pula kemudian maka sujud dan (10) membaca tasbih padanya kadar seratus ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) ia bangkit duduk daripada duduk antara dua sujud kadar tomakninah (kemudian) maka ia sujud yang kedua dan membaca tasbih pada kadar delapan puluh darpada Surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia bangkit bagi rakaat yang keduanya maka membaca Fatihah dan surah An-Nisa' kemudian ia roko' dan membaca tasbih pada roko'nya kadar tujuh puluh ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia i'tidal dan membaca Fatihah pula maka kemudian ia baca surah Al-Maidah (kemudian) maka ia i'tidal kemudian sujud dan membaca tasbih padanya pada kadar tujuh puluh ayat daripada surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia bangkit duduk antara dua sujud kemudian ia sujud yang keduanya membaca tasbih padanya kadar lima puluh ayat daripada surah Al-Baqarah  (kemudian) maka ia bangkit tasyahud dan memberi salam inilah akmalnya (dan sunat) dibaca dua khutbah kemudian daripada sembahyang tiap-tiap dua gerhana itu dan jika kemudian daripada hilang gerhananya maka khutbahnya seperti khutbah hari raya (tetapi) tiada sunat takbir pada keduanya kerana tiada warid ia dan menyusul pada khutbah itu akan taubat dan bersedekah dan merdeka dan puasa dan lainnya.

Dengan Izin Allah, demikianlah kutuliskan semula dalam rumi. Mudah-mudahan ada Manfaatnya. 

Semoga pengarang kitab ini sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Al-Fatihah


PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( ( مؤكدة
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
1
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :


3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
2
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( .(جهر
 

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. 
sumber :  Panduan Solat Gerhana

08 December 2011

aspirasidiri : Kitab Himpunan Selawat Berijazah Susunan Kiyayi Hj Samsuddin (Al_Marhum)

 
Denga Izin Allah S.W.T
Perkongsian Kitab Himpunan Selawat

Semoga Allah SWT Memberkati dan Mencucuri Rahmat
Ke Atas Roh Kiyayi Hj Samsuddin b Hj Ridwan
(ayahanda mufti kerajaan Johor sekarang YB Ust Mohd Tahrir)
 Al-Fatihah


Keberkatan Juga Dipohon  Dari Allah kepada
Cikgu Safaat b Hashim
Pemilik Asal Kitab Ini









06 December 2011

aspirasidiri : Manzil

Adapun posting ini untuk perkongsian.  Berkongsi dalam perkara kebaikan. Kerana teks asal amat sukar diperolehi.
Download di sini Manzil
Dengan Izin Allah, Kita berdoa agar Penulis  Dan Penerbit Kitab Manzil dan Sesiapa Sahaja Yang Berkaitan dengannya diberi keberkatan oleh Allah di Dunia dan di Akhirat.

Muqadimah Penulis Manzil.

SURAT DARI MAULANA MUHAMMAD TALHA ANAK SHEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA(RAH) MENGENAT "MANZIL"
Ayat-ayat Al-Qur'an yang terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai "Manzil". Alim-ulama dalam keturunan kami
telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk meiatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat "Manzil". Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal. Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim' ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Amalan membaca "Manzil" ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab 'Al-Qaulul Jarnil" dan "Behisti Zewar ". Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah tclah menulis dalam kitabnya 'AI-QauIuI Jamil", bahawa, "Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Di samping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain." Maulana'Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya "Behisthi Zewar", " Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat.ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir didalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah". Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripada al-Qur'an yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara  asing!. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat "Manzil" sebagai sebuah buku kecil. Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Ma'nzil" ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT)' Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat' Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi.
(Syaaban 23,1399.)

01 December 2011

aspirasidiri : Kelas Tambahan Waktu Cuti Sekolah

Tahniah kepada adik-adik yang aktif hadir ke kelas tambahan anjuran sekolah. Di saat rakan-rakan lain bercuti sekolah memenuhi masa terluang dengan melancong atau menzirahi nenek dan datuk di kampung ada dalam kalangan mereka yang hadir ke kelas tambahan. Apakah kelas tambahan ini terlalu penting ?. Apakah kelas sepanjang tahun 2011 yang lalu tidak mencukupi ?. Ya, inilah salah satu ciri-ciri kecemerlangan. Mengorbankan keselesaan diri demi kecemerlangan. Kita perlu melihat di sebalik penganjuran kelas tambahan itu. Siapa penganjurnya ? jawapannya jelas, tentulah para guru yang dedikasi. Begitu juga ibu bapa. Para guru dan ibu bapa mengorbankan masa mereka demi kecemerlangan anak didik dan anak-anak mereka. Inilah yang perlu difahami. Bukan murid sahaja yang berkorban keselesaan. Guru, ibu bapa adalah pihak yang patut disanjung tinggi. Dari sudut psikologi, di dalam jangka panjang kelas tambahan ini boleh dilihat sebgai satu usaha untuk menanamkan motivasi yang tinggi. Mengekalkan mementum kerajinan bukan satu perkara yang mudah. Perasaan jemu, malas, bosan (antara contoh) sentiasa menghambat pada setiap orang. Ianya juga boleh dianggap sebagai satu latihan jangka panjang bagi membiasakan diri dengan situasi sebenar apabila musim peperiksaan semakin hampir. Janganlah kita pula memandang mereka ini sebagai tindakan yang tidak tepat kerana mengejar kecemerlangan semata-mata tanpa menghiraukan yang lain-lain. Bukankah persiapan awal itu penting. Ada dalam kalangan mereka yang sanggup datang dari daerah lain hanya semata-mata untuk hadir ke sekolah lain yang ada menganjurkan kelas ini. Tambahan pula ianya bersifat percuma. Yang perlu  ialah hadir.  Ya, hadir bagi meningkatkan sikap kendiri agar lebih positif.  Bagi yang tidak hadir, tidak  dapat hadir, tidak mahu hadir,  akan adalah alasan masing-masing. Tahniah kepada para guru, murid yang sanggup hadir, para ibu bapa yang berkorban demi kecemerlangan anak-anak. Demikianlah kita yang tinggal di luar bandar. Barangkali inilah parktik kepada pemahaman kepada makna HIJRAH.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri