KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL.
DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI
(Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)
بسم الله الرحمن الرحيم
Matan:
Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN
kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan
akan dia iman.
Syarah MH
Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:-
عن
عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه
وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى
عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه
وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: ” يا محمد أخبرني عن الإسلام
“.فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا
إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة
وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ،
يسأله ويصدقه ؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : صدقت .قال : فأخبرني عن الإحسان
.قال : ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال :
فأخبرني عن الساعة .قال : “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل “قال : فأخبرني
عن أماراتها .قال : ” أن تلد الأم ربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة
رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :” يا عمر
أتدري من السائل ؟”قلت : “الله ورسوله أعلم “.قال : فإنه جبريل ، اتاكم
يعلمكم دينكم “رواه مسلم [ رقم 8 ].
Maksudnya:-
Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk
disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari,
tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih
bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda
perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya
sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lantas ia berkata: Wahai Muhammad,
khabarkan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu
mendirikan sembahyang, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa
dibulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu
berkemampuan pergi kepadanya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Maka
kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula
yang membenarkannya.
Lelaki itu bertanya lagi: Maka
khabarkan kepadaku tentanh iman. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya,
kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada
kadar baik dan burukNya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Lelaki itu
bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal ihsan. Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah
kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak
melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu bertanya
lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat. Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih
tahu daripada yang ditanya. Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan
kepadaku mengenai tanda-tandanya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan
tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak
berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan
binaan. Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Umar, tahukah
kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya
yg lebih mengetahui. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:
Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan
agama kamu. (Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab
al-Iman. Hadith nombor 8 )
Tok
guru kata, IMAN itu amalan dalam yakni hati. Kenapakah perkara akidah
dipanggil sebagai amalan hati. Ianya adalah kerana termasuk dalam
kategori TAKWA juga. MH rujuk kitab karangan Dr. Jahid Sidek bertajuk
Syeikh Dalam Tareqah. Dr Jahid mengatakan bahawa salah satu daropada
ciri-ciri orang TAKWA ialah benar IKTIKADnya. Jadi ia adalah amalan
hati. Kita tak nampak dalam hati seseorang itu, tapi sesiapa yang betul
akidahnya, bererti di sedang beramal batin. Oleh sebab itulah tok guru
kata AMALAN HATI.
No comments:
Post a Comment