Dicopyrightkan disusun dan dibacakan di dalam
Mesyuarat PIBG SK Seri Taman Kluang
Barat kali ke 11
Oleh : Admin Aspirasidiri
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya
Allah
Kami berkumpul untuk mengisi
keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam Mesyuarat
Agong Persatuan Ibu bapa dan Guru
SK Seri Taman Kluang Barat keli ke-11tahun 2014.
اَللَّهُمَّ
يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Berkatilah usaha-usaha kami ,
mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang
cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
اَللَّهُمَّ
يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Perbaikilah segala kesilapan kami ,
jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami
dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga
ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
اَللَّهُمَّ
يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami
kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا
،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا
وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا
ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ
فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment