sumber > utusan <
Petua elak makanan ringan
PULAU PINANG 24 Dis. - Seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George di sini percaya amalannya yang mengelak mengambil makanan ringan seperti keropok menjadi antara 'resipi' kejayaannya memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.Nur Najaa Mastura Mohamad Jamil berkata, hampir setahun dia mengelak mengambil makanan ringan walaupun ia menjadi kegemarannya sebelum ini.
''Emak saya selalu mengingatkan makanan itu tidak bagus untuk otak terutama bagi mengingati pelajaran.
''Alhamdulillah pengorbanan saya ternyata berbaloi dan tidak sangka mampu memperoleh 8A dalam PMR kerana semasa peperiksaan percubaan dahulu, saya hanya memperoleh 6A," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.
Menurut anak keempat pasangan Mohamad Jamil Yahaya, 50, dan Nor Anisah Mohd. Ramli, 46, itu, dia juga tidak pernah lupa untuk mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya tiga jam setiap hari.
Kata Nur Najaa Mastura, harapan daripada keluarga yang mahu melihatnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu juga dijadikan pendorong untuknya berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment