sumber > utusan <
Saling mencabar rahsia kejayaan kembar
KEPALA BATAS 24 Dis. - Sikap saling mencabar antara satu sama lain menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar sehingga mereka muncul sebagai antara pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini.Nur Fatehah Md. Shakur, 17, dan adiknya, Nur Faten Nadirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini masing-masing memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut.
Dikurniakan dengan kelebihan dan kecenderungan dalam mata pelajaran yang berbeza, Nur Fatehah dan Nur Faten Nadirah mengakui sering berlumba untuk memperoleh keputusan paling cemerlang.
Nur Fatehah dikenali rakan-rakannya sebagai 'genius' bagi mata pelajaran matematik manakala Nur Faten Nadirah pula terkenal dengan kehebatannya dalam subjek Sejarah.
''Sudah menjadi kebiasaan kami mencabar antara satu sama lain tetapi persaingan itu berlaku secara sihat dan kami tetap bantu membantu memandangkan kecenderungan serta minat kami berbeza-beza.
''Nampaknya persaingan itu memberi kemenangan kepada kami dua beradik kerana tiada yang menang dan tiada yang tewas. Masing-masing memperoleh 9A," kata Nur Fatehah ketika ditemui bersama adiknya di sekolah itu hari ini.
No comments:
Post a Comment