sumber > utusan <
Cacat: Ahmad Fajrul buktikan dapat 5A
PASIR MAS 24 Dis. - Pencapaian 5A, 1B dan 1E dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 sudah cukup besar maknanya bagi Ahmad Fajrul Adha Mohamad Kamil, 15, jika melihat pada keterbatasan fizikal dan kesihatannya.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu itu berdepan dengan kesukaran menjalani kehidupan harian termasuk bagi mengikuti pelajaran ekoran penyakit tulang rapuh sejak lahir yang tidak membolehkannya berjalan.
Bagi Ahmad Fajrul, pencapaiannya dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini banyak terjejas kerana sukar untuk menulis ekoran tangan kanannya sudah tidak boleh berfungsi.
''Saya bersyukur memperoleh keputusan tersebut, mengatasi pencapaian sebilangan pelajar lain setelah memberi tumpuan pada pelajaran sejak dari awal.
''Saya berazam memperoleh 8A, tetapi 5A juga cukup menggembirakan dan semua itu kerana dorongan dan bantuan semua pihak," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
No comments:
Post a Comment