Top Menu
Didikan Rohani Dengan Ibadah.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Perkhidmatan
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Teknik DETER
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri
29 September 2010
aspirasidiri : Gelisah dalam Diri
Gelisah terjadi apabila wujudnya pelbagai konflik dalam jiwa manusia menerusi sumber otak kerana tiada keupayaan untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Untuk menghindari konflik dalam diri manusia perlu mendekatkan diri dengan Allah. Hubungan yang baik akan meningkatkan kepintaran seseorang bagi menghindari konflik. dari sudut pandangan Islam konflik berlaku apabila ajaran Islam tidak dipatuhi sepenuhnya. Konflik juga akan timbul apabila seseorang itu tidak mengawal nafsunya. Semakin jauh seorang Islam dari agamanya, semakin bertambah konflik dalam dirinya. Konflik akan timbul apabila seseorang Islam itu banyak melakukan banyak maksiat zahir dan batin.
Maksiat batin :
1. Maksiat perut : makan makanan dari yang haram
2. Maksiat mata : Suka melihat benda yang haram
3. Maksiat lidah : Suka bercakap perkara yang berkaitan perkara haram
4. Maksiat kemaluan : Melakukan hubungan luar nikah.
5. Maksiat tangan : Mencuri, menyeleweng dan tidak amanah terhadap harta.
6. Maksiat kaki : Sentiasa mengunjungi tempat-tempat haram
7. Maksiat telinga : Suka mendengar perkara yang diharamkan
Maksiat zahir :
1. Bercakap banyak
2. bakil
3. Hasad dengki
4. Suka marah-marah
5. suka bermegah-megah
6. Sombong dan takabur dengan diri sendiri
7. Cinta dunia
8. suka menfitnah
9.Ujub
10 Riak
Hanya sanya dengan mengigati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang.
aspirasidiri : Gelisah
Gelisah ? Perasaan bercampurbaur yang dialami oleh seseorang sehinggakan ianya menggangu kekhusyukkan dalam beribadah kepada Allah. Tidak dapat memberi tumpuan ketika belajar. Gelisah jika boleh dianggap sebagai satu penyakit, ianya tidak pernah memilih samada orang itu ibu, bapa, seorang anak, seorang murid, atau siapa sahaja kita, tentu pernah mengalami fenomena gelisah.Gelisah ketika melalui sesuatu
Tanda-tanda seseorang yang sedang gelisah
1. Pernafasan semakin laju
2. Kadar degypan jantung dan tekenan darah meningkat
3. Penghadaman makanan menjadi perlahan
4. Kadar keringat / berpeluh semakin meningkat
5. Otot-otot menjadi tegang
6. Gula dan lemak di dalam tubuh dilepaskan
peristiwa atau sedang menanti sesuatu keputusan peperiksaan.
Tanda-tanda seseorang yang sedang gelisah
1. Pernafasan semakin laju
2. Kadar degypan jantung dan tekenan darah meningkat
3. Penghadaman makanan menjadi perlahan
4. Kadar keringat / berpeluh semakin meningkat
5. Otot-otot menjadi tegang
6. Gula dan lemak di dalam tubuh dilepaskan
23 September 2010
aspirasidiri : Azam dan Cita-cita agung Mengatasi Keterbatasan Diri
Kekurangan bukan alasan |
Utusan Online
Calon cerebral palsy mahu jadi profesor
KOTA BHARU 21 Sept. - Dengan menolak pensil yang diselitkan di celah jari tangan kirinya menggunakan dagu, Ahmad Faiz Ibrahim tekun menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.
Calon UPSR dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 itu terpaksa menolak pensil menggunakan dagu untuk menulis kerana menghidap cerebral palsy sejak lahir iaitu sejenis kekacauan atau gangguan kendalian terhadap fungsi motorik disebabkan oleh kerosakan pada otak yang sedang berkembang sehingga mengekang pergerakannya.
Ahmad Faiz, 12, merupakan salah seorang daripada 219 calon UPSR yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah itu dan dia diletakkan di bilik berasingan untuk memudahkannya menjawab soalan.
Walaupun cacat, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Pengkalan Demit itu merupakan salah seorang pelajar harapan sekolahnya berikutan pencapaian 4A 1B yang dicatatnya dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.
Malah, Ahmad menanam cita-cita untuk menjadi seorang profesor dalam bidang sains satu hari nanti.
Ketika ditemui di sekolah itu hari ini, murid itu yakin mampu mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.
"Alhamdulillah, soalan-soalannya macam yang biasa saya buat dalam kelas. Saya berharap dapat 'mengalahkan' murid lain yang lebih pandai. Saya sudah bersedia sepenuhnya dan banyak belajar di rumah dengan bantuan ibu," katanya.
Anak kepada seorang guru, Ibrahim Yunus, 42, dan suri rumah, Zarina Mohd. Kassim, 36, itu ternyata mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi walaupun memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak disebabkan kecacatan itu.
Ketika di sekolah, dia terpaksa menggunakan kerusi roda yang ditolak oleh rakan-rakannya sebelum dipindahkan ke kerusi khas bagi menampung postur tubuhnya.
Sementara itu Zarina berkata, setiap dua minggu sekali dia dan suaminya akan membawa Ahmad Faiz ke hospital untuk latihan fisioterapi selain mendapatkan ubat-ubatan bagi menguatkan sistem saraf tubuhnya.
"Selain menghantarnya terus ke tempat duduk di dalam kelas setiap hari, saya juga pergi ke sekolah pada waktu rehat untuk menyuapkan makanannya.
"Saya melahirkan Ahmad Faiz ketika masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dan sejak itu saya menumpukan sepenuh masa menjaga anak sulung saya daripada empat beradik ini," ujarnya.
BHarian
Murid istimewa tetap semangat masuk bilik ujian
2010/09/22
KUALA LUMPUR: Pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, 12, yang sebelum ini dilahirkan dalam keadaan bercantum dari dada hingga punggung dan mendapat liputan meluas media tempatan serta antarabangsa semalam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 27-2 Shah Alam, Selangor itu memasuki bilik peperiksaan dengan penuh bersemangat walaupun menggunakan tongkat bagi menduduki kertas Bahasa Melayu dan Matematik. Bapa mereka, Rosli Abdul Rahim, berkata kedua-dua anaknya itu sangat rajin mengulangi pelajaran selain sering belajar dan berkongsi ilmu . Guru serta rakan juga banyak membantu mereka dalam pelajaran sebagai persiapan untuk UPSR memandangkan kedua-dua anak saya ini tidak pernah menghadiri kelas tuisyen.
Ahmad amat meminati seni lukis, manakala Muhammad bijak menggunakan komputer. Saya juga sering mengingatkan mereka supaya rajin bersembahyang, katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui, semalam.
Kedua beradik itu menjalani pembedahan pemisahan yang berlangsung hampir 23 jam pada September 2002 di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh.
Di KOTA BHARU, Kecacatan kekal akibat `selebral palsi, bukan penghalang kepada murid Tahun Enam, Ahmad Faiz Ibrahim, menduduki UPSR walaupun terpaksa menulis dengan pensil disepit pada dua jari yang ditolak dengan dagu.
Anak sulung kepada empat beradik itu yang menduduki UPSR di SK Kubang Kerian 1, kelihatan tenang menjawab soalan, walaupun hakikatnya beliau berdepan kesukaran menggerakkan pensil yang digunakan.
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan begini, saya berazam untuk mengalahkan murid lain yang lebih pintar di sekolah ini dalam pelajaran. Sebab itu saya belajar bersungguh-sungguh sejak Tahun Satu lagi, katanya yang berazam mencatatkan keputusan 5A dalam UPSR supaya menjadi contoh kepada adik-adiknya dalam pelajaran.
Ahmad Faiz antara 37,759 calon UPSR di seluruh Kelantan yang mula menduduki peperiksaan mulai semalam dengan kertas pertama Bahasa Melayu Penulisan dan Pemahaman bermula jam 9.45 hingga 11 pagi.
Di ALOR GAJAH, Kecacatan tidak menghalang seorang murid OKU, SK Masjid Tanah dekat sini, Syazril Hafiz Azahar, 12, yang mengalami penyakit Osteogenesis iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang sejak berusia lapan mengambil peperiksaan UPSR di Hospital Alor Gajah, di sini.
Penyakit berkenaan menyebabkan kedua-dua kakinya mudah mengalami kepatahan teruk walaupun hanya tersentuh.
Syazril mengakui terpaksa menanggung kesakitan namun soalan peperiksaan tetap dijawab dengan bersemangat dan tekun disamping berharap beliau memperoleh keputusan yang cemerlang.
Di KUALA TERENGGANU, Seramai tujuh calon UPSR terpaksa menduduki peperiksaan awam itu di tiga hospital di negeri ini.
Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Mohd Zuber Embong, berkata tiga calon menduduki UPSR di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dua di Hospital Dungun sementara dua lagi di Hospital Kemaman.
Beliau berkata, di HSNZ masing-masing dua calon adalah perempuan dan seorang lelaki terpaksa menduduki peperiksaan di Wad 4 kerana demam dan terbabit kemalangan jalan raya.
Katanya, seramai 23,533 calon UPSR di negeri ini menduduki peperiksaan awam itu di 371 pusat peperiksaan seluruh negeri
22 September 2010
aspirasidiri ; UPSR, anakanda sebenarnya tidak bersendirian,
Menduduki UPSR 2010
Anakanda tidak bersendirian, ibunda sentiasa di sisimu |
Amanat akhir |
Bersarapan |
Melangkah tenang |
Zon Peperiksaan |
Menanti penuh debaran |
Di luar bilik peperiksaan |
Melangkah masuk ke bilik peperiksaan |
Menanti |
Beberapa detik sebelum UPSR 2010 bermula |
Sebelum peperiksaan, setibanya di perkarangan sekolah
(Berpuasa sunat di hari-hari peperiksaan)
1. Mengambil cuti
2. Menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.
3. Bersalaman dan berdoa
Semasa peperiksaan sedang berlangsung.
Elok dilakukan amalan berikut
1. Solat sunat duha
2. Solat sunat hajat
3. Membaca surah yasin
Selepas peperiksaan selesai
1. Terus pulang ke rumah
2. Berehat seketika
3. Dalam waktu yang sesuai mulakan persiapan untuk menghadapi Peperksaan hari berikutnya
Perkara yang perlu dielakkan
1. Kata-kata rangsangan berbentuk desakkan
2. Pesanan yang kurang sesuai
3. Marah dalam hal yang remeh.
4. Bertanya tentang keadaan yang dilalui pada hari pertama
5. Bertanya tentang soalan yang dijawab
6. Tidak terus pulang ke rumah.
Apalah ruginya meluangkan masa bersama-sama anak-anak, memberikan sokongan moral, membangkitkan keyakinan anak-anak. Di dalam meraikan kejayaan atau berhadapan dengan kegagalan mereka. Hari ini kita menemai mreka, esok-esok, merekalah pula yang akan menemani kita di hari tua. Insya Allah
20 September 2010
aspirasidiri: UPSR bertamu di aidil fitri
Selamat Menduduki UPSR
UPSR 2010 : 21-23.10.2010
Saya doakan calon UPSR di seluruh pelusuk tanah air dapat menghadapinya dengan tenang. Seterusnya dapat memahami kehendak soalan dan dapat menjawab dengan tepat.
Jawablah dengan tenang, jangan tergesa-gesa. jangan over confident kerana ianya akan mengundang berlakunya kecuaian.
aatkan tips berkaitan peperiksaan di ruangan tips menghadapi peperiksaan di blog ini.
Link berkaitan tips menghadapi peperiksaan.
1. Pagi peperiksaan
2Apabila soalan telah diberi
3.Apabila masa menjawab telah bermula
4.Apabila masa menjawab tamat
5.Kesilapan yang tidak disedari
Doa kejayaan yang cemerlang buat Calon UPSR 2010
UPSR 2010 : 21-23.10.2010
Saya doakan calon UPSR di seluruh pelusuk tanah air dapat menghadapinya dengan tenang. Seterusnya dapat memahami kehendak soalan dan dapat menjawab dengan tepat.
Jawablah dengan tenang, jangan tergesa-gesa. jangan over confident kerana ianya akan mengundang berlakunya kecuaian.
aatkan tips berkaitan peperiksaan di ruangan tips menghadapi peperiksaan di blog ini.
Link berkaitan tips menghadapi peperiksaan.
1. Pagi peperiksaan
2Apabila soalan telah diberi
3.Apabila masa menjawab telah bermula
4.Apabila masa menjawab tamat
5.Kesilapan yang tidak disedari
Doa kejayaan yang cemerlang buat Calon UPSR 2010
19 September 2010
aspirasidiri : Refleksi Menjelang Pepeiksaan
<> Link <> Warkah Pengarah JPNJ Buat Calon UPSR 2010 <>Link<>
48 Jam masa yang tinggal, UPSR kian menggamit kehadirannya.
1. Tidak perlu berasa cemas.
48 Jam masa yang tinggal, UPSR kian menggamit kehadirannya.
1. Tidak perlu berasa cemas.
2. Rancang waktu ulangkaji dengan teliti. Semalam adalah (Sabtu) waktu mengulangkaji hari ke tiga UPSR , (23hb), Hari ini (Ahad) waktu ulang kaji hari kedua UPSR (22hb) dan esok adalah hari ulang kaji untuk hari pertama UPSR (21hb). Walaupun strategi ini nampaknya janggal, tetapi ada bukti yang ianya berkesan. Namun begitu kepada calon-calon UPSR yang tidak terbiasa dengan cara mengulangkaji cara ini, kemungkinan ianya akan menimbulkan masalah lain. JANGAN praktikkannya.
Namun begitu kepada calon UPSR yang tidak mengamalkan / tidak pernah / selalunya belajar secara rambang / tidak mempunyai perancangan cara belajar di saat akhir, saya syorkan cara begini. Mudah-mudahan ianya dapat membantu.
3. Buat latihan "menderaf ". Drafkan penulisan berformat (BM). Jangan panik jika kamu terlupa sesuatu format di dalam penulisan. Kadang-kadang kamu bukan lupa cuma panik.
4. Buat "tinjauan" latihan yang lalu. Lihat latihan-latihan yang telah dibuat dan telah ditanda oleh guru. Baca semula latihan tersebut. Lihat komen yang telah dibuat oleh guru kamu, ingat jangan ulangi kesalahan yang telah ditegur. Biasanya kita boleh lihat komen guru kita di dalam mata pelajaran BI Sec C, BM Penulisan, MT kertas 2, SC sec C. Ianya sangat membantu di saat-sat akhir. Komen guru adalah nasihat sebenarnya.
5. Hubungi guru segera sekiranya ada masalah.
6. Jangan terpengaruh dengan rakan yang tidak bervisi.
7. Jangan buat perbandingan tentang persiapan yang kamu buat dengan rakan-rakan kamu, kerana ianya membangkitkan rasa panik.
8. Kamu perlu yakin dengan usaha bersungguh-sungguh kamu selama ini.
9. Cuba serap tekanan yang hadir dari setiap sisi kita dengan tenang untuk mengelakkan diri kita tertekan.
10 Jangan terlalu yakin. Over Confident. Yakin perlu ada tetapi tidak keterlaluan untuk mengelakkan kecuaian.
11. Biasakan tidur waktu yang bersesuaian. jangan terlalu lewat. kamu perlukan rehat yang secukupnya. Otak perlu segar. Tubuh badan perlu cergas. Tidak cukup tidur akan meletihkan otak dan mengurangkan kecergasan tubuh badan.
12. Teruskan berdoa.
13. Bertawakal di atas segala usaha yang telah dilakukan. Insya Allah.7. Jangan buat perbandingan tentang persiapan yang kamu buat dengan rakan-rakan kamu, kerana ianya membangkitkan rasa panik.
8. Kamu perlu yakin dengan usaha bersungguh-sungguh kamu selama ini.
9. Cuba serap tekanan yang hadir dari setiap sisi kita dengan tenang untuk mengelakkan diri kita tertekan.
10 Jangan terlalu yakin. Over Confident. Yakin perlu ada tetapi tidak keterlaluan untuk mengelakkan kecuaian.
11. Biasakan tidur waktu yang bersesuaian. jangan terlalu lewat. kamu perlukan rehat yang secukupnya. Otak perlu segar. Tubuh badan perlu cergas. Tidak cukup tidur akan meletihkan otak dan mengurangkan kecergasan tubuh badan.
12. Teruskan berdoa.
18 September 2010
aspirasidiri : Refleksi Menjelang Peperiksaan
Refleksi Persiapan Buat Ibu Bapa
1. Memahami Perubahan
Perubahan Tingkah Laku
Tidak selera makan
Terlalu selera makan
Tidak boleh tidur
Terlalu kuat tidur
2. Tingkatkan Perhatian
Memaklumi tarikh peperiksaan
Menyatakan harapan dengan jelas berdasarkan kemampuan
Diamkan diri apabila mereka tertekan
Tanamkan keyakinan
Bersama-sama merancang masa
Mengawal Pergerakkan keluarga
Sentiasa mengambil bahagian di dalam akativiti yang dianjurkan
Mewujudkan suasana tenang di rumah
nurabadi |
3.Persiapan akhir
Malam Sebelum Peperiksaan :
Tingkatkan amalan kerohanian
Semak jadual peperiksaan
Sediakan semua keperluan peperiksaan
Tidur Awal
Ibu Bapa Solat hajat Sebelum subuh
Mandi Air Suam
Bersarapan
Merestui Anak
Terlalu yakin dengan kebolehan anak-anak
Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
Anak-anak bersendirian di dalam mengatur persiapan
Tiada sokongan ahli keluarga
Tiada penghormatan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan
Doa kami, doa kecemerlangan buat anak didik yang bakal menghadapi UPSR 2010 seluruh malaysia
Tiada sokongan ahli keluarga
Tiada penghormatan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan
Doa kami, doa kecemerlangan buat anak didik yang bakal menghadapi UPSR 2010 seluruh malaysia
aspirasidiri : Seminggu Sebelum UPSR
1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri
12 September 2010
aspirasidiri : Be Fokus di Zon Peperiksaan
be fokus |
Ketika ini kita perlu :
1. Lebih bersemangat.
2. Latihan perlu menumpukan kepada subjek-subjek yang masih lemah, namun begitu jangan over confident jika ada subjek-subjek yang memang telah mendapat A secara konsisten.
3. Dalam konteks semasa, (hari raya) Jika ada tetamu yang datang ke rumah kita, terutama saudara terdekat, layanlah seperti biasa, jangan abaikan mereka, mohon diri secara sopan jika kita tidak dapat mengelak dari membuat ulang kaji. Maklumkan kepada mereka bahawa kamu akan menghadapi peperiksaan. Tentu mereka akan rasa lebih bangga dengan sikap kamu, bahkan mereka akan mendoakan kamu pula.
4. Sentiasa meminta bantuan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang difikirkan boleh membantu kamu jika kamu menghadapi sebarang masalah,
5. Sediakan jadual belajar dan sesuaikan dengan keadaan semasa kerana kita berada di awal aidil fitri.
6. Jika ada rakan-rakan yang mengajak untuk berhari raya dan kamu tidak berminat, tolaklah ajakkan mereka dengan sopan untuk mengelakkan salah tanggapan. Ini kerana setiap individu mempunyai perpektif yang berbeza tentang peperiksaan.
7. Jika ada juga yang menzahirkan dengan menganggap apa yang kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan adalah dalam bentuk yang negatif, hadapilah dengan tenang dan sabar.
Sentiasa memohon dari Allah agar dikuatkan semangat dan kesungguhan dalam mengulang kaji, terutama di musim-musim perayaan.
8. Tingkatkan amalan kerohanianm Ambil peluang berpuasa sunat Syawal. Teruskan berdoa.
Menyedari cabaran di sekeliling dan hadapi dengan tenang, antaranya :
1. Rancangan televisyen yang mempunyai tarikan tersendiri,
2. Rakan-rakan yang tidak mempunyai fokus.
3. Peluang untuk mengulangkaji yang semakin singkat.
4. Ahli keluarga yang terdekat yang tidak memahami inspirasi seorang pelajar
5. Alat-alat komunikasi yang mencuri ruang masa yang semakin terhad. SMS, Game,
6. Desakkan ibu bapa yang terlalu tinggi.
7. Kelas tambahan dilaksanakan di saat orang lain berhari raya
Kamu terlebih dahulu perlu cemerlang untuk menghadapi cabaran ini sebelum kamu mampu menggenggam kecemerlangan sebenar.
08 September 2010
aspirasidiri : Salam Kemaafan di Aidilfitri
nurabadi |
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin terutama kepada
Kedua ayah dan bonda, bonda mertua dan seluruh ahli keluarga.
Isteri tercinta Zalinda Mod Ali (nuristiqomah) juga anakanda tersayang Ahmad Mujahid Huda (nurjihad), Terima kasih di atas sokongan kalian.
Saya berdoa agar selepas melalui tarbiah di madrasatur ramadan ini kita lahir sebagai manusia yang bertaqwa.
Kepada tokoh-tokoh yang menjadi sumber kepada penulisan blog ini di doakan agar berbahagia di hari lembaran ini di samping keluarga tersayang.
Kepada rakan-rakan guru, sahabat handai, semoga pertemuan di alam maya ini mengukuhkan ikatan ukhuwah.
Kepada para tetamu yang berbilang latar belakang yang sudi berinteraksi dengan saya melalui bimbingan online saya doakan agar saudara dan saudari bertemu dengan apa yang diinginkan dengan kudrat dan iradat Allah.
Kepada rakan-rakan blogers yang sudi meletakkan link di dalam blog dan website tuan-tuan dan puan-puan saya amat terharu di atas kesudian tersebut. Terima kasih.
Tidak lupa kepada sekolah-sekolah yang menjemput saya menjadi tetamu di dalam program mereka selamat maju jaya saya ucapkan.
Kepada rakan guru bimbingan Kluang,
Kepada rakan seperjuangan di SK Seri Taman Kluang Barat,
Kepada rakan-rakan dan ex-studens , ex-neram, Sahabat handai di PPD Kemaman Terengganu,
Kepada semua murid, pelajar dan belia yang pernah mengikuti ceramah saya,
Kepada rakan-rakan facebook,
Kepada sobat Norish terima kasih segalanya, Ustaz Yazid di sebalik tamplete blog ini,
Kepada guru saya Tuan Guru Hj Abdul Rahman Jabur, Ustaz Baharuddin M Yunus selamat hari raya maaf zahir dan batin. Halalkan ilmu yang diajarkan kepada saya.
Akhirnya sekali lagi ku pohon kemaafan yang tidak terhingga di atas segala kesilapan samada zahir mahupun batin disengajakan ataupun tidak. Minal aidin Wal Faizin. Allahhu Akbar Walillahilhamd.
06 September 2010
aspirasidiri : Akan Lengangnya Dunia Ini
Sumber : Tinta Norish
http://norish77.blogspot.com/2010/09/akan-lengannya-dunia-ini.html
http://norish77.blogspot.com/2010/09/akan-lengannya-dunia-ini.html
Noorhisham Hamzah |
Hari ini masjid-masjid dan surau dibandar mulai lengang.Masyarakat mulai balik kampung dek cuti yang panjang. Taman-taman perumahan pun mula sunyi. Balik kampung sesungguhnya satu hal yang menyeronokkan. Walaupun perjalanan beribu batu.Sama hal keadaannya dengan anak-anak di sekolah, bunyi loceng terakhir setiap hari amat dinanti-nantikan. Pokoknya, balik adalah suatu hal yang mengembirakan.
Bagaimana gembiranya orang balik kampung, macam mana suka nya sang anak pulang ke pangkuan keluarga,sepatutnya begitulah kita pulang ke kampung abadi kita dengan penuh kegembiraan dan dinantik-nantikan saatnya."Wujuu hun yaumaizin musfirah, wujuuhun yauma izin naa imah" wajah-wajah manusia pada hari itu,(kiamat) berseri-seri dan bergembira.Lantaran pertemuaannya dengan Sang Khaliq, pencipta dan penjaga dirinya selama ini.
Ada kisah, seorang askar yang mabuk berjalan-jalan dek sesat didalam hutan, dia mencari dimana letaknya bandar,bertemulah dia dengan Ibrahim Adham, seorang sufi yang sangat agung.Bertanya ia pada sufi itu, sedang dia tidak kenal siapa yang ditanya.Dimana jalan arah ke bandar? Ibrahim menunjuk pada suatu tempat.
Askar itu pun kesana, makin jauh dia berjalan makin tak nampak bandar, yang ada hanyalah kawasan tanah perkuburan.Lalu dia kembali ke tempat tadi dan mencari manusia Ibrahim Adham. Dipukulnya Ibrahim bertalu-talu kerana telah mempermainkannya.Kejadian ini dilihat orang ramai, lalu di tegur, kenapa kamu memukul seorang wali Allah? Dia adalah Ibrahim Adham. Ibrahim lalu menjelaskan, tadi kamu bertanya dimana bandar, bandar ialah dimana tempat manusia bertambah ramai,maka kuburlah tempatnya. Setelah menyedari dia adalah seorang wali yang besar, askar tadi meminta ampun, lalu rasa keinsafan membenam dalam jiwanya.
Tuan-tuan dapat mesej tak? Coretan saya kali ini ingin mengingatkan kita semua, bahawa perkampungan abadi yang akan kita pulang ialah akhirat. "wal akhiratu khairun wa abqo" dan akhirat itu jauh lebih baik dari dunia dan kekal abadi selama-lamanya. Sedangkan kampung dunia hanyalah sementara, semipermanent, tiada kekal akan ia.So, carilah yang kekal, carilah cinta yang abadi. cinta sama suami, dia akan mati, cinta pada isteri, dia akan pergi. Cinta pada pada benda, ia akan sirna, cinta pada dunia, bagaikan fatamorgana
TK sobat... teruskan berkarya..
Tuan-tuan dapat mesej tak? Coretan saya kali ini ingin mengingatkan kita semua, bahawa perkampungan abadi yang akan kita pulang ialah akhirat. "wal akhiratu khairun wa abqo" dan akhirat itu jauh lebih baik dari dunia dan kekal abadi selama-lamanya. Sedangkan kampung dunia hanyalah sementara, semipermanent, tiada kekal akan ia.So, carilah yang kekal, carilah cinta yang abadi. cinta sama suami, dia akan mati, cinta pada isteri, dia akan pergi. Cinta pada pada benda, ia akan sirna, cinta pada dunia, bagaikan fatamorgana
TK sobat... teruskan berkarya..
aspirasidiri : Televisyen, oh televisyen
Pencuri Imaginasi |
Jika anda meletakkan televisyen di dalam kamar anak anda tetapi anda tidak mengenakan apa-apa peraturan mengenai program yang dia boleh tonton, dan anda juga tidak menghadkan tempoh masa menonton yang dibolehkan, maka anda tidak berhak untuk merungut kesan negatif televisyen kepada tingkahlaku anak anda. (dalam Anakku Bijak Belajar, sentuhan Ibu Bapa : Dr Sukri Abdullah Ms 152)
Natijah menonton televisyen tanpa kawalan :
1. Televisyen pencuri agung masa,
2. Televisyen pencuri agung minat
3.Televisyen pencuri agung masa
4. Televisyen pencuri agung tumpuan
5.Televisyen pencuri agung Imaginasi
6. Televisyen pencuri agung pergerakkan fizikal.
7.Televisyen pencuri agung akhlak.
8. Televisyen pencuri agung Emosi.
9. Televisyen pencuri agung wang
Adakah kita kehilangan sesuatu apabila menonton televisyen ?, Rasanya tidak. Kerana kita tidak merasai adanya sesuatu kekurangan telah berlaku kepada diri kita. Tetapi kesan yang berlaku adalah akibat menonton televisyen. Cemas apabila .........
1. Apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
2. Apabila kita merasa cemas dengan kehadiran tarikh peperiksaan yang semakin hampir.
3. Apabila kita merasa cemas apabila terlewat bangun tidur.
4. Apabila kita meraca cemas apabila keputusan peperiksaan anak kita semakin merosot..
5. Apabila anak kita kelihatan pasif dan tidak boleh berinteraksi dengan baik.
6. Apabila kita berasa cemas apabila televisyen kita rosak.
Namun tidak kurang ada juga yang positifnya.
04 September 2010
aspirasidiri : Peranan Ibu Bapa Membentuk Pola Menonton Televisyen
Masa depan adalah segala-galanya |
Ada dalam kalangan ibu bapa merungut mangatakan anak-anak mereka terlalu kuat menonton televisyen.
Antara keluhan yang sering kedengaran :
Setiap kali balik dari asrama anak saya tak pernah berenggang dengan TV. Anak saya kalau di hujung minggu terutama hari tidak sekolah, dia akan tengok tv dari pagi sampai malam, kartun, kartun, kartun tak de kerja lain. Hari periksa semakin dekat, tak de kerja lain asyik tv, tv, tv aje...... bimbang saya dibuatnya...
Sebenarnya televisyen merupakan pencuri profesional kepada masa berharga di dalam kehidupan seseorang. Tanpa disedari kadang kala televisyen telah membentuk satu corak kehidupan sesorang. Mungkin sebahagian dari kita berpendapat ianya tidak ada kena-mengena dengan apa yang dipaparkan oleh akhbar setiap hari. Menurut kajian sarjana tempatan televisyen di rumah berperanan membentuk personaliti sesorang samada negatif atau positif.
Menurut Dr Shukri Abdullah dalam bukunya bertajuk Anakku Bijak Belajar, Sentuhan Ibu Bapa bermula ms 163 mengutarakan 14 langkah mengawal aktiviti menonton televisyen dalam jangka mas panjang dan jangka masa pendek.
Jangka Panjang
1. Kawalan sejak kecil
2. Menonton melalui tauladan
3. Pupuk budaya ilmu di rumah.
Jangka Pendek
4. Kawal masa menonton televisyen
5.Hari tanpa televisyen
6. Tiada televisyen pada malam-malam persekolahan
7. jangan beri televisyen berasingan untuk anak.
8. Letakkan televisyen ditempat yang menarik.
9. Menonton televisyen bersama anak
10. Jangan menonton televisyen semasa makan
11. Mari kita tutup televisyen supaya kita boleh....
12. Gunakan yuran televisyen kabel untuk membeli buku
13. Kawal televisyen bukan televisyen kawal kita
14. No televisyen
Tentu besar cabarannya bukan..... jikalau ingin kita boleh mengaawal anak-anak... mulakan dari sekarang... kerana satu masa nanti terlalu sukar untuk kita meremotcontrolkan mereka sekiranya tangan mereka telah ter biasa dengan remotcontrol televisyen.... lebih negatif dari positifnya...
03 September 2010
aspirasidiri : Doa Dimudahkan Segala Urusan
Buat calon Peperiksaan Awam..... ...
Sumber : Facebook Al Fadhil Ustaz Hj. Zahazan b Mohamed
http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/ustaz-zahazan-mohamed/doa-agar-dipermudahkan-urusan/442008888456
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]
Petua Beramal
Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا(7)
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]
Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]
Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .
[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886
[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51
[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni
Sumber : Facebook Al Fadhil Ustaz Hj. Zahazan b Mohamed
http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/ustaz-zahazan-mohamed/doa-agar-dipermudahkan-urusan/442008888456
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]
Petua Beramal
Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا(7)
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]
Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]
Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .
[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886
[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51
[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni
02 September 2010
aspirasidiri : Memahami Profil Anak Elak Tekanan
Sangat Positif, Belajar Tidak Kira di Mana |
UPSR/PMR semakin hampir. Antara harapan dan kemahuan ibu bapa perlulah disesuaikan dengan kebolehan anak-anak. Ibubapa tentu makluam dengan kelebihan, kecerdasan , kemampuan dan keterbatasan anak-anak. Keinginan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka cemerlang kadangkala mengundang perkara yang tidak dijangka. Kemurungan stress, bad mood, lari dari rumah, bercakap kasar. Ini adalah kerana tekanan tehadap untuk cemerlang tidak setara dengan kebolehan anak-anak. Anak-anak yang berada di tahun 6A tentu berbeza dengan anak-anak yang berada di tahun 6E. Secara tidaklangsung matlamat dalam peperiksaan untuk kedua-dua profil tersebut tentunya berbeza.
Anak-anak tidak menerima apabila teguran :
1. Memperkecilkan dengan cara membuat perbandingan prestasi antara individu yang berbeza profil " Abang kau tak perlu disuruh... dia tahu bukak buku sendiri....
2. Kurang tegas terhadap arahan
3. Banyak beri belaian negatif " tak pelah kalau dah mengantuk, pergi tidur dulu ye sayang"
4. Menegur secara negatif "nak cemerlang macamana, bukak buku pun setahun sekali"
5. Tidak menunjukkan penghargaan ke atas kejayaan yang kecil. "tulisan cantik dan kemas"
Elakkan pertuturan yang boleh salah anggap sebagai negatif oleh anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Tingkatkan usaha agar anak-anak lebih fokus.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Modul Guru Penyayang
Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)
Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Labels: Doa
Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)
aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)
19.5.12 | Entry by nurabadi | Edit Post
Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.
Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah
Jadual Waktu Sekolah
Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah
Modul PRS
Modul RIMUP 2011
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.
++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++
++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++
Modul BDK Utk Download
"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download
++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++
Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8
++klikdownload++ PERASA++klikdownload++
Modul Kajian Tindakan
++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++
Modul Program 5 Minit Benci Zina
Modul Kepimpinan 2011
++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++
"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download
++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++
e-Pengurusan UBK untuk download
Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......
Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'