Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

24 May 2017

aspirasidiri : Doa Persaraan




Teks Doa Persaraan
Disusun dan dibacakan oleh admin 
sempena majlis persaraanCg Zaimah
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
الحمد لله رب العالمين ، حمدا يوافي نعامه ويكافئ مزيده ،
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجحك وعظيم سلطانك
. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والأفات
، وتقضى لنا جميع الحاجات وتطهرنا بها من جمبع السيئات
وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات
. سبحانك لا نحصي ثناء عليك كما أثنيت على نفسك
، فلك الحمد حتى ترضى ولك الحمد إذا رضيت ولك الحمد بعد الرضى .
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد فى الأولين ، وصل وسلم على سيدنا محمد فى الأخرين
، وصل وسلم على سيدنا محمد فى الملاء الأعلى إلى يوم الدين ،
وصل وسلم على سيدنا محمد حتى ترث الأرض ومن عليها وأنت خير الوارثين.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
يا الرحمن يا عزيز يا الغفر
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada .......................yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang ................ Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
اللهم يمنز الرحمه ويالفاتح البراكه
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatannya. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan organisasi. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong dan contoh untuk kami .
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat
اللهم ياعليم و يقاضياالحجت
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


22 May 2017

aspirasidiri : Jangan Hampiri Zina

PAPARAN visual dan fizikal kesan jangkitan HIV dan Aids melalui media sosial ialah medium terbaik untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda dalam usaha menjalankan kempen kesedaran penyakit merbahaya ini.
Pakar sosial yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menggesa agar badan berwajib yang menjalankan kempen kesedaran HIV dan Aids tidak malu mendedahkan kebenaran.
Menurutnya, dalam konteks penyakit bahaya ini mereka sekadar mendedahkan jangkitan berpunca daripada perkongsian jarum dadah sedangkan faktor utama ialah transmisi seksual sama ada heteroseksual atau homoseksual.
“Dedahkan kepada masyarakat, penyebaran penyakit ini melalui hubungan seks, jika hanya diceritakan secara dasar mereka tidak faham. Paparkan secara terperinci bagaimana hubungan seks rambang dan hubungan sejenis dapat memindahkan virus ini kepada pasangannya. Sebaiknya, kongsi kaedah, langkah pencegahan dan kesan jangkitan ini di media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan medium lain.
“Selari peredaran teknologi, umum maklum golongan muda kurang gemar membaca bahan cetakan seperti risalah, surat khabar, buku yang mendedahkan bahana HIV dan Aids, jadi maklumat itu tidak sampai kepada golongan sasaran,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyarankan agar kempen kesedaran di media sosial berkongsi maklumat secara visual dengan memaparkan contoh fizikal dan impak masa depan kesan  hubungan seks rambang dan homoseksual agar masyarakat mendapat maklumat lengkap dan tepat.
[ARTIKEL BERKAITAN: AIDS, HIV golongan remaja semakin teruk?]
“Apabila melihat sendiri gambar dan bukti fizikal ini akan membuatkan kesedaran meningkat. Memandangkan masyarakat hari ini 24 jam membelek media sosial jadi ia merupakan medium terbaik memberi pendedahan dan kesedaran,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai jalinan hubungan seks sejenis, Mohammad Shatar berkata, berdasarkan situasi biasanya seseorang lelaki hanya percayakan lelaki berdasarkan pengalaman silamnya dengan perempuan.
“Contohnya seorang lelaki pernah dikecewakan oleh seorang perempuan membuatkan dia trauma untuk mengenali perempuan lain. Susulan daripada kekecewaan itu dia mempunyai senarai panjang kriteria pasangan idaman kerana orang begini mencintai dengan penuh komitmen kerana harapannya sebelum ini tidak kesampaian.
“Sampai satu tahap, dia tidak percayakan sesiapa lagi terutamanya perempuan. Jadi hanya lelaki memahami lelaki kerana antara lelaki dan perempuan tidak akan faham sampai kiamat jika tiada toleransi dan tolak ansur. Apabila situasi ini berlaku, individu itu akan lebih selesa bergaul sesama jantina. Keakraban yang terjalin itu sehinggakan beranggapan tiada jurang pemisah antara mereka dan hal ini terjadi kepada sesetengah lelaki dan wanita,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mohammad Shatar juga mengupas isu lelaki lembut dan sopan santun yang digelar pondan atau mak nyah. Golongan minoriti ini sering dihakimi masyarakat menyebabkan mereka tersisih dan berada dalam kelompok yang sama.
“Keadaan pengasingan ini tidak sepatutnya wujud, mereka perlukan sokongan dan penerimaan masyarakat. Beri mereka tunjuk ajar dan peluang untuk berubah,”katanya.







17 May 2017

aspirasidiri : Selamat Hari Guru


SEMPENA Hari Guru ini, rasanya yang paling layak menerima ucapan penghargaan adalah baginda Nabi Muhammad SAW. Dia adalah guru kepada semua guru kita. Baginda bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik dan membimbing. Baginda bukan sahaja menunjuk jalan, tetapi memimpin kita ke jalan itu. Baginda bukan sahaja memberi amaran dari terjebak kepada jalan binasa, tetapi turut mengorbankan dirinya semata-mata menghalang kita dari terjerumus.
Firman Allah SWT:
ويعلمهم الكتاب والحكمة
Dialah Rasul yang mengajarkan kamu al-Kitab san segala kebijaksanaan.
[Al-Jumuah:2]
Sabda Rasulullah SAW:
إنما بعثت معلما
Sesungguhnya aku diutus sebagai guru
[HR Ibn Majah]
Kata Saidina Muawiyah RA:
ما رأيت معلما قبله ولا بعده أحسن تعليما منه
Aku tak pernah lihat seorang guru yang lebih baik cara didikannya selain dari Rasulullah SAW.
[Riwayat Muslim]
Dr Abdul Fattah Abu Ghudah menulis sebuah buku bertajuk الرسول المعلم (Rasul Pendidik). Di dalamnya beliau gariskan 40 cara didikan baginda SAW. Saya sebutkan secara ringkas di bawah. Anggaplah ia sebagai hadiah buat semua yang bergelar guru.
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu:
1.  Mendidik dengan akhlak bukan setakat lisan.
2. Mendidik secara berperingkat.
3. Sederhana, mengambil kira masa agar tidak bosa.
4. Meraikan kepelbagaian tahap kemampuan murid.
5. Mendidik melalui dua hala.
6. Mendidik dengan perbahasan dan mengajak akal berfikir.
7. Menguji minda dan pengetahuan murid.
8. Mendidik dengan berkias dan berbidalan.
9. Mendidik dengan mendatangkan contoh.
10. Mendidik dengan lakaran visual.
11. Menggabungkan antara lisan dan body language.
12. Mengangkat tangan bagi menggambarkan keseriusan sesuatu.
13. Mendidik setiap masa yang sesuai tanpa ditanya terlebih dahulu.
14. Sentiasa menjawab soalan.
15. Menjawab lebih dari yang ditanya.
16. Kadang-kadang menjawab lain dari soalan.
17. Menjawab soalan dengan soalan.
18. Memberi peluang sahabat lain menjawab.
19. Memberi pujian kepada yang jawab betul.
20. Mendidik dengan berdiam diri.
21. Memberi pengajaran bertepatan dengan peristiwa dan situasi yang berlaku.
22. Mendidik dengan lawak jenaka.
23. Menyokong ilmu yang diberi dengan bersumpah.
24. Mengulang sehingga tiga kali.
25. Mengubah-ubah kedudukan semasa mengajar.
26. Menarik perhatian dengan kata-kata seru sebelum menyampaikan isi.
27. Memegang tangan murid.
28. Meninggalkan persoalan sementara membuatkan sahabat tertanya-tanya.
29. Memulakan dengan gambaran kasar, kemudian baru menghuraikan.
30. Menyebutkan jumlah sesuatu dahulu baru disebut satu persatu.
31. Sentiasa beri pesanan dan peringatan.
32. Menggunakan cara memberi semangat atau menakut-nakutkan.
33. Suka bercerita kisah-kisah.
34. Menyampaikan mukaddimah sebelum mengajar perkara-perkara aurat/aib.
35. Berbahasa lapik dalam perkara-perkara dalam melibatkan aurat/aib.
36. Mementingkan pendidikan terhadap kaum hawa.
37. Menyampaikan dengan penuh perasaan/emosi.
38. Mementingkan penulisan sebagai wasilah penyebaran ilmu.
39. Menyuruh sahabat belajar bahasa lain.
40. Menjadikan dirinya sebagai role model setiap yang disampaikan.
Kalau orang selalu datangkan pepatah:
لو لا مربي ما عرفت ربي
"Tanpa guru tidakkan ku kenal rabb-ku."
Hari ini saya ingin sampaikan satu lagi pepatah
لو لا نبينا ما وجدنا مربينا
"Tanpa Nabi kita, tiadalah guru kita."
SELAMAT HARI GURU, NABIKU DAN SEMUA GURUKU..
..اللهم صل على نبينا ومربينا محمد وبارك عليه وسلم..
(Alang Ibn Shukrimun)

05 May 2017

aspirasidiri : Fakta Statistik Kesalahan Jenayah (Rogol) KDN


Lebih 600 juvana terlibat dalam kesalahan rogol setiap tahun, demikian menurut statistik jenayah yang disediakan oleh Kementerian Dalam  Negeri.
Menurut statistik itu, 751 juvana terlibat dalam kesalahan rogol pada tahun 2014; 674 pada 2015 dan 691 pada 2016.
Data itu dipecahkan kepada empat kumpulan umur, iaitu mereka yang berumur antara tujuh hingga 10 tahun, 11 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun dan 16 hingga 18 tahun.
Pada tahun 2014, 588 daripada mereka yang disyaki melakukan kesalahan rogol berumur 16 hingga 18 tahun, 160 berumur 13 hingga 15 tahun dan tiga yang berumur 11 hingga 12 tahun.
Pada tahun 2015, sebanyak 525 daripada mereka yang disyaki melakukan kesalahan rogol, berumur 16 hingga 18 tahun, 144 berumur 13 hingga 15 tahun, empat berumur 11 hingga 12 tahun dan seorang yang berumur tujuh ke 10 tahun.
Tahun lepas, mereka yang berusia 16 hingga 18 tahun terlibat dalam rogol berjumlah 540 orang, diikuti dengan 142 untuk mereka yang berusia 13 hingga 15 tahun, tujuh untuk mereka yang berusia 11 hingga 12 tahun dan dua yang berumur tujuh hingga 10 tahun.
Data tersebut tidak menyatakan secara khusus sama ada kesalahan rogol termasuk rogol berkanun.
Statistik itu disediakan dalam jawapan bertulis Parlimen dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah mengenai penglibatan kanak-kanak dalam jenayah.
Secara keseluruhan, 2,907 juvana terlibat dalam jenayah ganas, termasuk rogol, pada tahun 2014, diikuti 2529 pada tahun 2015 dan 2,526 kes pada 2016.

19 April 2017

aspirasidiri : Guru Yang Disenangi Pelajar

SUMBER SH

PELAJAR suka pada guru yang mudah tersenyum. Lebih menyenangkan lagi jika senyuman guru itu diselangi dengan sapaan 'Awak apa khabar?'; 'Sakit perut dah ok?'; 'Kalau ada masalah, boleh datang jumpa cikgu'; 'Mak ayah sihat ke? Lama cikgu tak jumpa diorang'.
Guru yang sering bertanya khabar dan suka berbual-bual dengan pelajar dikatakan menjadi kesayangan murid dan pelajar. Ia akan menjadi 'guru favourite' sekiranya guru itu tepati masa, komited dengan tugas, kecindan (suka berjenaka), kurang membebel, ajar sampai faham, ambil berat dan sebagainya.
Pakar Motivasi, Jumat Mat Salleh berkata, bukan mudah untuk memenangi hati pelajar dan bukan sesuatu yang sukar untuk membuatkan mereka suka pada kita.
"Saya melihat, seorang guru itu bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi faktor luaran seperti penampilan diri, berkelakuan sopan dan menjaga tingkah laku sahaja, sebaliknya guru juga perlu mempelajari pedagogi alaf baru yang sesuai dengan keperluan pelajar masa kini," katanya.
Merupakan Pengarah Eksekutif Richmind Legacy Sdn Bhd, Jumat atau lebih dikenali Cikgu Jumat berkata, warga guru perlu 'buang' beberapa sikap yang menyebabkan mereka tidak disukai pelajar.
"Kikis sikap 'moody' anda, jangan membebel, suka merajuk, malas mengajar, penting diri, selekeh, tak masuk kelas dan macam-macam ciri buruk lain. Jika anda masih kekalkan sikap sebegini, pelajar tidak dapat rasai keseronokan belajar dalam kelas," jelasnya.
Cikgu Jumat berkongsi lima tip untuk menjadi guru disukai pelajar di sekolah...

Tip 1 : Kenal pasti jenis pelajar

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis pelajar yang terdapat dalam kelas kita. Kita perlu mengenali mereka agar mudah merancang pedagogi pengajaran dalam kelas. Di samping itu, ia membantu guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas. Bagaimana caranya?
Saya kongsikan anda dengan satu cara yang mudah untuk mengenal jenis pelajar menggunakan ‘Personaliti VAK’.
Bagaimana yang dimaksudkan dengan personaliti VAK? Seorang guru tidak perlu meminta pelajar untuk mengisi borang ujian personaliti, cuma melalui pemerhatian anda dalam kelas sahaja.
(V) merupakan kategori pelajar VISUAL
(A) merupakan kategori pelajar AUDITORI
(K) merupakan kategori pelajar KINESTETIK
Pelajar kategori VISUAL (V) ini adalah pelajar yang mudah tertarik dengan perkara yang mampu dilihat misalnya bergambar, berwarna dan paparan video. Ciri-ciri pelajar ini seperti memakai pakaian dengan kemas, selalu ingin kelihatan cantik, sering menggunakan perkataan “Saya Nampak, Saya Tengok, Saya Perhati”, dan suka perhatian.
Manakala, pelajar kategori AUDITORI (A) ini adalah pelajar sangat sensitif dengan bunyi. Lazimnya merupakan pelajar pendiam dan pemalu. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang tak banyak cakap, fokus ketika cikgu sedang mengajar dan selalu menggunakan perkataan “Saya dengar”.
Pelajar kategori KINESTETIK (K) pula merupakan pelajar paling aktif dalam kelas, dan kebiasaannya sukar duduk di satu tempat sahaja. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang suka menggerak-gerakkan kaki, suka bermain dengan pen dan suka menggunakan perkataan “Saya rasa, saya suka”.
Setiap pelajar mempunyai ketiga-tiga kategori di atas, namun pasti ada kategori yang lebih dominan dan mampu anda kenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang saya jelaskan di atas.
Dengan mengenal pasti jenis pelajar, ia memudahkan cikgu untuk tackle atau menarik minat mereka berdasarkan cara pendekatan sesuai mengikut jenis pelajar. Pengaruh anda sebagai guru akan lebih terserlah apabila mampu menarik minat kesemua pelajar itu nanti.

Tip 2 : Guna alat bantu mengajar sesuai

Zaman persekolahan zaman dahulu berbeza dengan masa kini. Zaman dulu, guru hanya baca buku dan pelajar salin semula apa yang guru baca, dalam erti kata lain guru tidak menggunakan alat bantu mengajar selain buku teks.
Namun hari ini, zaman pemodenan telah menghakis minat pelajar untuk belajar kerana belajar tidak seseronok bermain video games atau menonton televisyen dan melayari Internet.
Justeru, guru harus berusaha keras mengajar secara kreatif, misalnya membawa alat bantu mengajar sesuai ketika sesi pembelajaran dalam kelas bagi menarik minat mereka.
Pada tip pertama tadi saya telah menjelaskan bagaimana mengenal pasti jenis pelajar anda. Ini akan memudahkan kerja anda sebagai guru dengan memilih alat bantu mengajar yang sesuai mengikut jenis pelajar masing-masing.
Pelajar VISUAL (V), alat bantu yang sesuai adalah sesuatu yang boleh dilihat misalnya kadbod bergambar, tayangan video dan pembelajaran di luar kelas.
Manakala pelajar AUDITORI (A) lebih tertarik kepada muzik latar yang boleh dimainkan untuk menarik minat mereka. Namun perlu  berhati-hati kerana pelajar ini tidak suka suasana yang terlalu bising.
Seterusnya, pelajar KINESTETIK (K), pelajar jenis ini sukakan pergerakan jadi anda kena berikan tugasan kepada mereka agar mereka sendiri yang selesaikan misalnya minta pelajar lukiskan, lakarkan, bentuk kumpulan, membuat pembentangan atau membina menara.
Alat-alat bantu ini sangat sesuai untuk meningkatkan pengaruh anda kerana ia memang menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang mereka belajar. Pedagogi ini sangat sesuai dengan sistem pembelajaran abad ke-21 (Teacher Centered to Student Centered Learning).
Namun, ini bukan bermakna anda kena buat semua perkara di atas setiap kali mengajar. Saya cadangkan, sebaik-baiknya sebulan sekali mesti ada aktiviti yang menarik minat pelajar dengan alat bantuan mengajar tadi.

Tip 3 : Masukkan elemen mengajar yang unik

Pelajar mempunyai satu sifat umum iaitu sukakan perkara yang baru. Justeru itu, setiap guru haruslah sentiasa cuba membawa benda-benda baru yang unik dalam sesi pembelajaran.
Saya berikan contoh, mungkin kalau anda ingin mengajar tentang sejarah Hang Tuah di Melaka, maka mungkin anda boleh berpakaian seperti seorang pendekar yang lengkap dengan tengkolok ataupun replika keris.
Jika anda hendak mengajar tentang Sains, mungkin anda boleh bawa kiub ais dalam bekas untuk pelajar rasai, dan perhatikan bagaimana ais tersebut boleh mencair (Learning Experience).
Dalam erti kata lain, jangan mengajar hanya bergantung kepada satu sumber sahaja iaitu buku teks, kerana apa yang ada dalam buku teks adalah sesuatu yang pegun, tak boleh dilihat atau dirasai.
Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, pasti akan lebih menarik minat pelajar untuk sentiasa ternanti-nantikan kelas akan datang kerana mereka akan tertunggu-tunggu keunikan yang bakal anda bawa. Pada ketika itu,  sebenarnya rasa suka pelajar terhadap guru sudah berada pada tahap yang cukup tinggi.
Jadi guru yang disukai
Variasi sikap guru menjadikan sekolah itu 'cantik', harmoni  

Tip 4: Komunikasi Dua Hala

Ilmu komunikasi adalah salah satu elemen penting untuk menjadi guru yang disukai pelajar. Komunikasi tidak terbatas kepada apa yang kita tuturkan sahaja, ia termasuklah cara berpakaian, tingkah laku atau bahasa badan, eye contact, lantunan suara, bahasa isyarat dan kesediaan kita mendengar.
Sebab itu seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi sangat digemari pelajar, kerana mereka selesa berinteraksi dengan guru tersebut.

Tip 5 : Berhenti saat mereka ingin tahu

Apabila pelajar tidak minat dengan subjek yang mereka belajar, mereka sering lewat masuk kelas, selalu nak ke tandas dan tidur dalam kelas. Jadi, jika anda mahu mereka sentiasa datang awal ke kelas, anda perlu masukkan tip kelima ini. Berhenti saat mereka ingin tahu.
Misalnya lima minit terakhir ketika anda mengajar, masukkan sedikit previu topik yang anda ingin ajar di kelas akan datang.  Jadi, selepas anda ceritakan sedikit mukadimah yang menarik minat mereka, sila berhenti saat itu. Katakan kepada mereka, 'kalau nak tahu apa yang berlaku dan apakah proses seterusnya, datang awal ke kelas akan datang'.
Kaedah ini sangat berkesan untuk melatih pelajar agar terus bersemangat datang kelas pada awal waktu sebab anda tinggalkan mereka dengan persoalan. Ini kerana, secara semula jadinya pelajar mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
Konklusinya, seorang guru yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa pasti berusaha agar disukai pelajar. Ia bukanlah untuk meraih populariti mahupun didorong oleh dasar lain, melainkan hendak melihat generasi ini menjadi insan cerdik pandai dan bersahsiah murni.

'Cikgu jangan garang'

Sisipan GPSBestari.com berpeluang menemu bual pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor, Muhammad Syukri Abdullah, 18, mengenai topik kali ini.
Muhammad Syukri berkata, guru-guru Malaysia perlu sporting dan bijak mengendalikan kelas ketika pembelajaran berlangsung.
"Kalau cikgu bijak kawal kelas, student nak belajar pun semangat. Ini tidak...asyik-asyik masuk kelas nak marah, denda itu, denda ini, boringlah.
"Lagi satu, penampilan seorang guru juga penting. Bila tengok baju cikgu cantik, beg tangan dan kasut pun cantik...barulah sedap mata memandang. Belajar best, pelajar pun senang hati," ujarnya.
Untuk bakal guru, Muhammad Syukri mengharapkan mereka membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran.
"Ada juga cikgu yang masuk kelas, minta student buka buku teks, lepas itu salin apa yang cikgu cakap. Cara ini dah ketinggalan zaman dan agak membosankan. Saya rasa cikgu dan bakal cikgu kena kreatif dan cari 'sesuatu' untuk ceriakan kelas. Barulah best," katanya yang cukup mengagumi Cikgu Nor Hidayah Lukman yang dianggap guru sporting, kelakar dan terbaik pernah ditemui.       
Sementara itu, Cikgu Nor Hidayah ketika ditemui berkata, dia memang seorang guru yang suka buat lawak. Lawaknya bukan lawak 'bodoh' tetapi lawak yang ada isi.
"Pelajar sekarang dah lain. Mereka dah semakin bijak dalam segala aspek. Sebab itu setiap guru perlu selalu berinovasi dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
"Jika cikgu blur, jangan malu untuk tuntut ilmu dengan yang senior. Sedia untuk terima teguran dan bersedia untuk berubah, insya-ALLAH cikgu itu akan disegani ramai," katanya.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Nor Hidayah berkata, memang pelajar lebih suka dan sayang kepada cikgu yang sporting, baik, peramah dan mudah senyum. Namun, dalam sesebuah sekolah, karakter seorang guru perlu pelbagai.        
"Dalam satu sekolah, tak boleh semua guru sporting. Kena ada guru bersifat keibuan, tegas, garang, lemah-lembut dan sebagainya. Variasi ini tentunya akan menjadikan sebuah sekolah itu 'cantik', cemerlang dan harmoni," jelasnya.

14 April 2017

aspirasidiri : Jangan Meremehkan Sekecil Apapun Sesuatu Amalan Itu



Jangan meremehkan berbuat baik sekecil apa pun walau hanya dengan senyum manis tatkala bertemu, begitu pula walau hanya membantu urusan saudara kita yang ringan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata pada Jabir bin Sulaim,
وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ
Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.” (HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahwa hadits ini shahih).
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah ketika menjelaskan penggalan hadits di atas mengatakan,
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan pada Jabir bin Sulaim agar tidak meremehkan kebaikan sekecil apa pun. Setiap kebaikan hendaklah dilakukan baik itu ucapan maupun perbuatan. Kebaikan apa pun jangan diremehkan. Kebaikan itu adalah bagian dari berbuat ihsan. Allah mencintai orang-orang muhsin (yang berbuat baik).
Jika engkau menolong seseorang untuk menaikkan barang-barangnya ke kendaraannya, itu adalah suatu kebaikan. Jika engkau membantu dalam perkara yang ia butuh, maka itu termasuk kebaikan. Bila engkau memberi pena pada saudaramu agar ia bisa terbantu dalam menulis, maka itu adalah suatu kebaikan. Meski pula engkau hanya meminjamkan, maka itu adalah bagian dari kebaikan. Jadi jangan remehkan kebaikan sedikit pun, sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik.
Ada suatu kaedah yang bisa mengingatkan seseorang untuk terus berbuat baik pada orang lain, yaitu hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ
Siapa yang menolong saudaranya dalam kebutuhannya, maka Allah pun akan menolongnya dalam kebutuhannya” (HR. Bukhari no. 2442 dan Muslim no. 2580, dari Ibnu ‘Umar).
Cobalah renungkan bagaimana jika sampai Allah menolongmu? Apakah suatu urusan jadi sulit ketika Allah langsung yang menolong? Jawabnya tentu saja tidak. Hadits itu maksudnya, jika engkau menolong saudaramu, maka Allah juga akan menolongmu. Suatu urusan yang sulit akan jadi mudah tanpa ragu lagi. Jadi yakinlah bahwa jika engkau menolong saudaramu, maka Allah pasti akan menolongmu pula dalam urusanmu. Karenanya, perbanyaklah kebaikan dan bantulah terus orang lain.
Jangan remehkan satu kebaikan sedikit pun walau itu sepele. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam katakan,
يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
Wahai para wanita muslimah! Janganlah salah seorang di antara kalian meremehkan pemberian tetangganya walau pemberiannya hanyalah kaki kambing.” (HR. Bukhari no. 2566 dan Muslim no. 1030, dari Abu Hurairah). Walau itu sesuatu yang sedikit jangan dianggap remeh.
Bentuk kebaikan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam katakan pada Jabir bin Sulaim adalah berbicara dengan saudaramu dalam keadaan wajah yang tersenyum. Seperti itu adalah bagian dari kebaikan. Jadi ketika bertemu saudara kita hendaklah dengan wajah yang tersenyum, bukan cemberut. Karena sikap seperti termasuk pula dalam memberikan kebahagiaan pada orang lain. Membuat orang lain bahagia adalah bagian dari kebaikan dan termasuk bentuk berbuat baik pada orang lain. Allah pun menyukai orang yang demikian.
Catatan, tidak setiap waktu kita mesti bermurah senyum pada orang lain. Kadang seseorang melakukan sesuatu yang tidak terpuji, maka saat itu tentu saja kita tidak berwajah senyum di hadapannya dalam rangka untuk mengingatkan kesalahannya. Tujuannya, agar orang tersebut lebih baik dan lebih beradab. Ingatlah, li kulli maqom maqool, setiap tempat punya penyikapan yang berbeda.” (Syarh Riyadhus Sholihin, 4: 294-295).
Baca pula artikel Rumaysho.Com: Bermuka Manis di Hadapan Orang Lain.
Mulai saat ini, marilah kita belajar untuk bermurah senyum dan tidak meremehkan kebaikan sedikit pun. Hanya Allah yang memberi taufik.
Bahasan hadits Jabir bin Sulaim masih terus dilanjutkan pada tulisan lainnya. Moga Allah mudahkan.

Referensi:

Syarh Riyadhis Sholihin, Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin, terbitan Madarul Wathon Riyadh, cetakan ketiga, tahun 1427 H.
Sumber : https://rumaysho.com/7598-jangan-meremehkan-berbuat-baik.html

15 March 2017

aspirasidiri : Engkau Imam, Akulah Makmummu.



ALLAH berfirman:
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨ الأحزاب.
67. “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”
68. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.(Al-Ahzab: 67-68)
Al-Quran melaporkan betapa pemimpin dan pengikut yang sesat di dunia menerima akibat di Hari Kiamat.
Allah berfirman menyatakan secara terperinci:
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨  الزلزلة.
7. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
8. “Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.” (Al-Zalzalah: 7-8)
Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya, menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang berakal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله - عز وجل - ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.
“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyuk bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”
Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.
Perhitungan adil itu mengikut hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran RasulNya S.A.W dihuraikan oleh firman Allah:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.
58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan  Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisa’:58-59)
Kesimpulannya:
1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah.
2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W.
3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.
4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.
Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.
PAS terus beristiqamah sehingga sampai ke wawasannya dari dunia sehingga hari akhirat, bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.
Maka konsep kemenangan bagi PAS ialah:
Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi disamping percaya adanya kemenangan di dunia. Apabila terdapat pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka ia berlakunya dengan tiga keadaan:
Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain, Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung, menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna.  
Kedua: Kumpulan Islam menolong kerajaan yang adil atau menjadi penasihat kepada kerajaan yang zalim dengan penuh kesabaran, berpandukan firman Allah:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢  المائدة.
2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah:2)
Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.
Konsep kemenangan ini berpandukan janji Allah di dalam Al-Quran:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .
10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”
13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (As-Soff:10-13)
Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.
Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan.
Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.
Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.
PAS tetap memilih konsep demokrasi aman dan damai, serta  Politik Matang dan Sejahtera dengan hikmah.
Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Oportunis yang mencari kemenangan mi segera atau cauvinis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk.  
Allah telah menetapkan jaminan terhadap bukan Islam sehingga dikaitkan dengan konsep takwa:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .
8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).” (Al-Maidah:8)

Tuan Guru HH15.3.2017

Tidak timur tidak barat.... Islamlah nescaya KAMU selamat

10 January 2017

aspirasidiri : Mohd Faiz Subri, Inspirasi Rakyat Malaysia






KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi. Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian. Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu. Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar. Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2009: Cristiano Ronaldo 2010: Hamit Altintop 2011: Neymar 2012: Miroslav Stoch 2013: Zlatan Ibrahimovic 2014: James Rodriguez 2015: Wendell Lira




KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469





JERLUN: Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Helmi Baharom, 25, berkata, kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu. "Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di Zurich, Switzerland, awal hari ini. Beliau berkata selain itu, Mohd Faiz disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walaupun dia sebenarnya seorang pemalu. Bagi Mohd Adha Salleh, 35, beliau percaya Mohd Faiz akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di peringkat antarabangsa. "Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya. Mohd Faiz adalah finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela. Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas. Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232466


KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi. Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian. Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu. Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232452
UALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
UALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri