Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

29 December 2009

aspirasidiri : Salam Perpisahan

Assalamnurabadimualaikum
Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, serta Para Sahabat Sekaliannya.
Sesungguhnya sesuatu perjalanan itu sudah pasti akan sampai ke penghujungnya.  Namun itulah lumrah yang pasti akan kita semua tempuh. "PERPISAHAN".
Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa syukur saya ke Hadrat Allah SWT kerana sepanjang saya berada di sini (tahun 2006 hingga tahun 2009), Alhamdulillah warga SKUP dapat menerima saya seadanya.
Kepada Tuan Guru Besar dan barisan GPK, sidang  2006-2009  terima kasih di atas segala bentuk teguran,  bimbingan, tunjuk ajar serta  bantuan dan kerjasama yang telah diberikan kepada saya.

Buat rakan-rakan saya, guru-guru SKUP terima kasih di atas segala sokongan serta dokongan semasa bersama-sama bertugas di SKUP ini. Segala tunjuk ajar kalian serta bimbingan yang diberikan kepada saya amatlah saya hargai.
Kepada YDP PIBG dan AJK PIBG serta seluruh ibu bapa dan penjaga murid SKUP mohon maaf di atas segala kekurangan semasa saya membimbing anak-anak  tuan puan sekalian. Juga kepada pihak pengurusan FELDA FUP terima kasih di atas hubungan erat yang terjalin.
Kepada murid-murid SKUP tersayang, rajin-rajinlah belajar,  maafkan cikgu di atas sebarang ketidaksempurnaan dan kekurangan ketika cikgu membimbing kamu sekalian. Teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh. Kejarlah kecemerlangan sementara peluang masih berada di hadapan kita. Sekiranya ianya berlalu, tiada siapa yang dapat mengembalikannya semula kepada kita.
Akhirnya, buat  seluruh WARGA SKUP saya dengan rasa rendah diri memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan diri saya, kesilapan ketika bertutur, keterlanjuran ketika berkata-kata, berlebih-lebihan ketika bertingkah laku.
Saya berdoa agar WARGA SKUP terus memacu ke hadapan demi mengejar kecemerlangan. Doakan saya berjaya di dalam usaha mengatur langkah seterusnya. Wassalam.
Mohamad Amin Hj Ahmad Basri (nurabadi)
Menjana Aspirasi Diri, Tekad Menggenggam Impian, http://aspirasidiri.blogspot.com

25 December 2009

aspirasidiri : Warna Warni Kecemerlangan Sekitar Pengumuman PMR 2009



Ucapan Tahniah Dan Syabas
Kepada Pelajar Yang Telah Berjaya
Dengan Cemerlang Dalam PMR 2009
Kepada Yang Kurang Cemerlang
Ayuh Bangkit, SPM Sedang
Menanti Di Hadapan

daripada :
http://aspirasidiri.blogspot.com

aspirasidiri : Kemiskinan Bukan Halangan , Cemerlang PMR 09

sumber > utusan <

Kemiskinan jadi perangsang

PASIR MAS 24 Dis. - Anak penoreh getah dan pemandu lori merupakan antara calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di luar bandar yang mencatat pencapaian cemerlang di negeri ini.
Nurul Shafika Ayub, 15, yang memperoleh 9A dan Muhammad Afnan Hamdan, 15, yang mendapat 8A tidak membiarkan soal kemiskinan menghalang mereka daripada berjaya dalam pelajaran yang bakal mencorak masa depan lebih baik.
Nurul Shafika, anak sulung daripada lima beradik itu melihat kepayahan hidup keluarga yang bergantung hidup pada torehan getah dengan purata pendapatan RM500 sebulan, sebagai pendorong untuk berjaya.

aspirasidiri : Cacat Bukan Penghalang Cemerlang PMR 09

sumber > utusan <

Cacat: Ahmad Fajrul buktikan dapat 5A

PASIR MAS 24 Dis. - Pencapaian 5A, 1B dan 1E dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 sudah cukup besar maknanya bagi Ahmad Fajrul Adha Mohamad Kamil, 15, jika melihat pada keterbatasan fizikal dan kesihatannya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu itu berdepan dengan kesukaran menjalani kehidupan harian termasuk bagi mengikuti pelajaran ekoran penyakit tulang rapuh sejak lahir yang tidak membolehkannya berjalan.
Bagi Ahmad Fajrul, pencapaiannya dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini banyak terjejas kerana sukar untuk menulis ekoran tangan kanannya sudah tidak boleh berfungsi.
''Saya bersyukur memperoleh keputusan tersebut, mengatasi pencapaian sebilangan pelajar lain setelah memberi tumpuan pada pelajaran sejak dari awal.

aspirasidiri : 2A Percubaan, 8A PMR 09

sumber > utusan <

2A masa percubaan, PMR 8A




Firdana Ahmad (kiri), Vivian Selamat (tengah) dan Bibee Marnie gembira mendapat keputusan 8A PMR di SMK Sains Kota Kinabalu, semalam.




KOTA KINABALU 24 Dis. - Pada peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu, Vivian Selamat, 15, hanya memperoleh 2A.
Namun bangkit daripada kekecewaan, anak pesawah dari Kota Belud itu berjaya mencatat keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh 8A pada peperiksaan PMR yang diumumkan hari ini.
Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, kejayaan tersebut merupakan hadiah istimewa buat ibu bapanya yang amat berharap dia mencatat keputusan cemerlang pada peperiksaan itu.
"Bapa saya hanya seorang pesawah dan ibu pula suri rumah tangga. Merekalah yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya.
"Inilah hadiah yang dapat saya berikan kepada mereka yang selama ini banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan PMR Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu di sini hari ini.
Selain Vivian, rakannya yang turut berasal dari Kota Belud, Firdana Ahmad, 15, turut mendapat 8A dalam peperiksaan PMR kali ini.

aspirasidiri : Elak Makanan Ringan, 8A PMR 09

sumber > utusan <

Petua elak makanan ringan

PULAU PINANG 24 Dis. - Seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George di sini percaya amalannya yang mengelak mengambil makanan ringan seperti keropok menjadi antara 'resipi' kejayaannya memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Nur Najaa Mastura Mohamad Jamil berkata, hampir setahun dia mengelak mengambil makanan ringan walaupun ia menjadi kegemarannya sebelum ini.
''Emak saya selalu mengingatkan makanan itu tidak bagus untuk otak terutama bagi mengingati pelajaran.

aspirasidiri : Saling Mencabar Pembakar Kejayaan PMR 09

sumber > utusan <

Saling mencabar rahsia kejayaan kembar

KEPALA BATAS 24 Dis. - Sikap saling mencabar antara satu sama lain menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar sehingga mereka muncul sebagai antara pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini.
Nur Fatehah Md. Shakur, 17, dan adiknya, Nur Faten Nadirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini masing-masing memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut.
Dikurniakan dengan kelebihan dan kecenderungan dalam mata pelajaran yang berbeza, Nur Fatehah dan Nur Faten Nadirah mengakui sering berlumba untuk memperoleh keputusan paling cemerlang.
Nur Fatehah dikenali rakan-rakannya sebagai 'genius' bagi mata pelajaran matematik manakala Nur Faten Nadirah pula terkenal dengan kehebatannya dalam subjek Sejarah.

aspirasidiri : Anak Peniaga Roti Canai Cemerlang PMR 09

Sumber > utusan <

Anak kembar peniaga roti canai membanggakan

KANGAR 24 Dis. - Tiada yang lebih menggembirakan seorang peniaga roti canai di Taman Kemajuan di sini selain melihat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) anak kembarnya yang diketahui hari ini.
Hajamohideen Abdul Razak, 40, sebak seketika apabila melihat slip keputusan peperiksaan anaknya itu yang menunjukkan kedua-dua mereka mendapat 8A.
Sebelum itu, anak sulungnya, Nur Izzati Najwa, 15, dan kembarnya, Nur Izzat Najmi, 15, hanya mendiamkan diri apabila ditanya tentang keputusan peperiksaan tersebut sewaktu tiba di warung roti canai Hajamohideen.

aspirasidiri : Pelajar TAHFIZ juga Cemerlang Dalam PMR 09

sumber > utusan <

Pelajar tahfiz Pahang cemerlang




Sebahagian pelajar cemerlang PMR, Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang mendapat keputusan 9A gembira menerima keputusan peperiksaan itu di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/Mahathir Ali




KUANTAN 24 Dis. – Berpegang kepada prinsip untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, seramai 19 bakal hafiz Sekolah Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur di sini mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Bagi mereka, kesibukan menghafal al-Quran seharian bukan penghalang untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik.
Lebih membanggakan, kebanyakan ‘ustaz muda’ yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum terutama sukan menunggang kuda, memanah dan reka cipta robotik apabila ada di kalangan mereka pernah mewakili negeri di peringkat kebangsaan.
Seorang pelajar, Mohd. Nazmi Nordin, 15, yang berasal dari Kampung Tok Sira di sini berkata, daya ingatan yang tinggi dalam penghafalan al-Quran mungkin antara rahsia kejayaannya mendapat 9A dalam PMR.

aspirasidiri : Anak Penjual Sayur 7A, PMR 09

Sumber > utusan <

Anak penjual sayur dapat 7A






Elyssa Heinzie Josin (dua dari kiri) menunjukkan slip keputusan PMR kepada ibunya, Nancy Lanchang (kiri) sambil diperhatikan oleh tiga adiknya Evelyn Marie Anyie (tiga dari kanan); Alex Desmond (dua dari kanan) dan Monica Serani di rumahnya di Batu Kawa, Kuching, semalam.






KUCHING 24 Dis. - Kecemerlangan anak penjual sayur yang muncul antara pelajar terbaik Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) merupakan hadiah terbaik kepada keluarganya yang akan menyambut Krismas esok.
Elyssa Heinzie Josin, 15, anak sulung daripada empat beradik dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini memperoleh 7A dalam peperiksaan tersebut yang diumumkan hari ini.
Bagaimanapun dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya kerana tidak dapat berkongsi kejayaan dengan mendiang ayahnya kerana telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada Julai tahun lalu.
''Saya berasa terkilan sedikit kerana tidak dapat meraikan kejayaan ini bersama pendorong kuat iaitu ayah yang telah menanamkan cita-cita ke dalam dirinya untuk menjadi seorang jurutera pada satu hari kelak.

24 December 2009

aspirasidiri : Sekitar Pengumuman PMR 2009

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru, gembira setelah mendapat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009, pagi ini. Keputusan PMR diumumkan hari ini di seluruh negara.


CALON Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari kiri, Rizal Abd Razak, Noor Diana Ahmad Nordin, Fatin Najihah Mohd Nasir dan Nabinah Sehu Allavudin meraikan kejayaan mereka mendapat 9A selepas mengambil slip keputusan dan sijil di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

Tahniah dari admin blog aspirasidiri atas kejayaan cemerlang, kepada yang kurang berjaya.... segala-galanya bukan noktah.  ada yang sedang menenti dihadapan. SPM, ya SPM...

aspirasidiri : Titipan Buat Mu Ibu

sumber    < evonet >


Orang kata aku lahir dari perut Ibu...
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku, Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, orang yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luahkan pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuu..."
Bila sakit, orang yang paling risau adalah.. Ibu
Bila exam, orang yang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, orang yang marah aku dulu.. Ibu
Yang masih peluk cium aku sampai hari ini.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selal berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, orang pertama yang aku tunjuk dan rujuk adalah.. Ibu

Sekarang aku dah punya pasangan hidup sendiri..
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut Velentine, aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
"Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kirimkan wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah...(sekadar renungan)

Ingatlah bahawa Syurga kita di bawah telapak kaki Ibu.. Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Ibu terlalu besar dan tidak mungkin terbalas seperti mana yang telah mereka curahkan pada kita sejak kita kecil sehingga ke hari ini. Kasihnya Ibu hingga ke Syurga. Tiada apapun yang dapat menggantikannya.

22 December 2009

aspirasidiri : Prof Dr Yusuf Al Qardhawi

Yusuf Al-Qaradawi gesa pertahankan perpaduan umat Islam



PUTRAJAYA 21 Dis – Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi berharap kefahaman mengenai agama dan perpaduan umat Islam di negara ini yang berada dalam keadaan baik, dapat dipertahankan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia


Pada akhir pertemuan itu, Dr. Yusuf menghadiahkan buku karangan terbaru beliau yang bertajuk Fiqh Jihad kepada Najib.
Buku itu mengenai jihad yang perlu dimainkan oleh umat Islam di seluruh dunia dalam menghadapi isu dan masalah umat Islam semasa.

21 December 2009

aspirasidiri : Pendidikan Pencegahan Dadah


Adaptasi dari kosmo 21-12-2009
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
lutfi.abdulrahim@kosmo.com.my
ADA sisi keinsafan di dalam diri Jalil Johari, 42, ketika ditemui di Ibu Pejabat Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) di Putrajaya minggu ini.
Malah beliau rela nama serta gambarnya disiarkan supaya menjadi pengajaran kepada penagih tegar yang lain.
Mengimbas kembali sejarah hitam dahulu, Jalil memberitahu beliau merupakan seorang penagih tegar. Beliau pernah keluar masuk pusat pemulihan sama ada milik persendirian mahupun pusat serenti untuk membuang ketagihannya.

aspirasidiri : Persaingan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2010

SBP jadi pilihan utama pendidikan berkualiti tinggi (BH 21.12.2009)



LULUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memilih sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai pilihan utama meneruskan pengajian di peringkat menengah dengan jumlah permohonan mencecah 100,000 bagi sesi persekolahan 2010.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata berdasarkan angka itu, pihaknya mendapati pelajar dan ibu bapa menjadikan SBP sebagai pilihan mendapatkan pendidikan berkualiti dalam sistem sekolah berasrama.


Beliau berkata, sistem SBP yang terbukti berjaya itu sudah melahirkan pemimpin negara dan tokoh korporat ternama dalam bidang diceburi. Katanya, sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan di semua SBP itu memberi pendekatan kaedah pembelajaran berkesan menerusi kelas persediaan setiap hari, selain menekankan kecemerlangan kokurikulum.

“Kami di SBP menyediakan pendidikan berkualiti selain memastikan pelajar membentuk sahsiah dan peribadi seimbang dalam memastikan kecemerlangan dilengkapi jati diri,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Alimuddin berkata, sistem pendidikan SBP yang diambil daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kolej Melayu dilaksanakan sejak 1905 turut menerapkan semangat patriotik supaya pelajar mempunyai rasa sayangkan negara dan sedia berkhidmat sebaik menamatkan pengajian.

Kesimpulan : (oleh admin aspirasidiri)  :  Persaingan untuk SBP amat tinggi, kepada yang berjaya patut bersyukur dan yang tidak berjaya teruskanlah berusaha di sekolah menengah yang telah ditempatkan.

14 December 2009

aspirasidiri : Tekad Menggenggam Impian








SITI Norfarah Hanim Azman yang memperolehi 5A didukung oleh ibunya, Norhaida Harun setelah pulang dari mengambil keputusan UPSR di Besut, semalam.




Impian Seorang Pelajar di bangku sekolah adalah memenuhi harapan ibu bapa. Impian menjadi pelajar yang cemerlang adalah fitrah. Keinginan semula jadi bagi insan yang berfikiran selaras dengan aspirasi diri, keluarga dan masyarakat. Tekad ini perlu diasuh dan diasak sejak kita terlintas untuk menjadi cemerlang. Cemerlang yang bersifat sempurna dalam akademik dan akhlak perlu dijana dengan bersungguh-sungguh dengan menjadikan agama sebagai panduan dan rujukkan utama.Bukankah "agama itu nasihat " ya dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi ada dinyatakan. Untuk menjadikan tekad itu benar-benar mantap ianya perlu bermula dari yang paling asas iaitu MATLAMAT. Hidup bermatlamat, berkawan punya matlamat, berinteraksi punya matlamat apatah pula dalam kita mengejar impian tentulah kita perlu bermatlamat. Kata imam Hassan Al-Banna,  Allah Matlamat kami....






13 December 2009

aspirasidiri : Tekad Menggenggam Impian_Tahun Hijrah 1431

Menjana Aspirasi Diri, Tekad Menggenggam Impian, adalah Tema Blog Aspirasi Diri Bagi Tahun Hijrah 1431H (2009-2010M). Sempena dengan Tibanya Tahun Hijrah 1431. Masa Untuk Mentajdid Azam....

Menyorot ABSTRAK aspirasidiri......... apa yang masih belum tercapai ?

Salam sanjungan dan penghargaan kepada semua pengunjung kerana sudi mengunjungi blok Menjana Aspirasidiri Terbilang sebuah blog PERKONGSIAN ilmu berkaitan bimbingan psikologi. Sesungguhnya tanpa kunjungan para tetamu saya sekalian, maka tiada  ertinya blog ini. Untuk pengetahuan semua, sesungguhnya penulisan blog ini adalah sebahagian besarnya merupakan kutipan mutiara ilmu yang bertaburan di sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang insan.  Mutiara Ilmu yang digarapkan oleh tokoh-tokoh terdahulu yang tidak pernah kenal erti penat lelah  serta jemu yang juga lebih mahir  dalam ilmu-ilmu bidang perkhidmatan bimbingan. Apatahlagi ianya juga ada yang bersumberkan Al-Quraan, Hadis Nabi dan para ahli hikmat yang lebih muktabar dan mampu memberikan pedoman. Ingatlah ilmu bimbingan yang benar ialah ilmu yang selamamana ianya tidak bertentangan dengan Islam. Sayugialah, mutiara yang saya kumpul ini saya paparkan semula di sini mamandangkan saya hanyalah manusia kerdil yang begitu dhoif untuk membincangkan serta menulis ilmu-ilmu berkaitan bimbingan. Ilmu adalah ibarat mutiara yang tercicir di jalanan, sesiapa yang mampu mengutip dan memanfaatkannya, maka natijahnya adalah untuk dirinya dan persekitarannya, begitulah tamsil yang sering kita dengar dan kita baca. Hanya mereka yang bijak dapat memanfatkannya.

08 December 2009

aspirasidiri : Hati Sakit Siapa Doktornya

 sumber <> norish

Setiap keluarga menginginkan dia dan keluarganya bahagia.Ada banyak ciri dan penafsiran tentang keluarga bahagia. Salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mana tiada ahli keluarganya terlibat gejala penagihan dadah, dengan kata lain keluarga bebas dadah.


Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini.

Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri