Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

27 December 2014

aspirasidiri : Profesor Dr Yusuf Qaradhawi



 Doa Keselamatan Dan Kesejahteraan Untuk
Profesor Dr Yusuf Qaradhawi

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan langkah dan pendirian kamu.” (Muhammad, 47: 7)

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ

“Orang-orang yang apabila berhadapan dengan penganiayaan dan kezaliman, mereka bertindak membela diri (secara setimpal dan tidak melampaui batas).” (al-Syura, 42: 39)

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“Memang menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (al-Rum, 30: 47)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ رَأَى مَظْلُومًا, فَلَمْ يَنْصُرْهُ
“Allah melaknat orang yang melihat orang yang teraniaya (dizalimi) tetapi dia tidak bertindak membantunya.” (Riwayat al-Dailami)

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ
“Jika orang ramai melihat orang yang zalim melakukan penganiayaan dan mereka tidak bingkas menghalangnya, maka hampir-hampir Allah akan mengenakan azab kepada mereka semuanya.” (Riwayat Abu Daud)

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ يَفْعَلْ
“Allah ‘Azza wa jalla berfirman: “Aku pasti menuntutbela ( membalas) terhadap orang yang zalim; samaada dalam hidupnya masa kini atau di akhirat nanti. Aku juga akan menuntutbela terhadap orang yang melihat orang yang dizalimi tetapi ia tidak membantunya; pada hal dia mampu membantu.” (Riwayat Imam Ahmad)

25 December 2014

aspirasidiri : Banjir

saya admin aspirasidiri berdoa agar saudara-saudara di mana sahaja mereka berada,  yang sedang menghadapi ujian berupa banjir agar tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

15 November 2014

aspirasidiri : Doa Jamuan Akhir Tahun / Persaraan MGKK Kluang

Disusun oleh admin aspirasidiri.


إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَإِلى كَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ واَلْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ ...

الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لولا أن هدانا الله ، والصلاة والسلام على سيد الأنام بلغ الرسالة ونصح الأمة وكشف الغمة .
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
                                                         
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri …………………………………………………………………..
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kluang di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai  murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat. Amin Ya Rabbal’alamin
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ;
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi ,  sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami ,
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan  bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.
اللَّهُمَّ بَاِركْ صَاحِبَ هَذَا الطَّعَامِ ، وَأَتْمِمْ نِيَّتَهُ وَتَقَبَّلْ ضِيَافَتَهُ ،
 وَارْزُقْهُ مِنَ الْحَلاَلِ وَجَنِّبْهُ عَنِ الْحَرَامِ  .

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

12 November 2014

Program (Instrument) Penganlisaan Ujian Apptitud Psikometrik Tahun 3, 2014 (Oktober)


Instrumen (pemudahcaraan) ini berfungsi sebagai penganalisa keputusan Ujian Aptitud yang dilaksanakan kepada Murid tahun 3, Ujian Aptitud LPM Oktober 2014.

Intrumen ini amat membantu GBSM (R) untuk menyediakan laporan yang kemas dan lengkap. 

Hasil  Instrument Pemudahcaraan.
1. Profil Individu dlm bentuk "SIJIL"
2.Rumusan Kelas


Langkah kerja
1. Menjalankan Ujian
2. Penandaan
3. Keyin kedalam Instrumen Pemudahcaraan

Hasil Kerja 
1. Profil Individu
2. Rumusan Kelas 

Kepada yang berminat : 
0197764178 (admin),  
0127817195 Programmer



23 September 2014

aspirasidiri : Resetting Your "Mind" That 5A's is Comming

30 September 2014, Terbaru 09 Oktober 2014
Tarikh Ulangan BI, SN & MT UPSR


Teruskan Fokus bagi menghadapi hari mendatang.
Ikhlas Untuk Keberkatan
Teruskan Usaha
Positifkan Tingkah Laku
Hindarkan Kecendrungan Negatif
Usaha Berterusan Tanpa Henti
Menfokuskan Minda
Berikan Keceriaan Kepada Aktiviti Harian
Berkongsi Perasaan
Tingkatkan Perspektif kerohanian

 Terima Kasih Allah
Kerana Memberiku Peluang ke-2

22 September 2014

aspirasidiri : Manfaatkan Peluang ke-2, 30.09.2014 Aku Tunggu Mu Datang

Apa yang berlaku pada 9.9.2014 hingga 11.9.2014 memang ada hikmahnya.  Allah maha mengetahui atas segala kejadian.

Maksud Firman Allah :

"Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.” (ath-Thalaaq: 12)

Rumusannya, kita telah diberi PELUANG ke-2 oleh Allah.  Melakukannya buat kali kedua. Menduduki kertas BI dan SC kali kedua. Memang memeritkan. Ada dalam kalangan Calon UPSR 2014 mengambil peluang menyertai Program Motivasi yang tidak dirancang.

Ada yang mengatakan semua ini berlaku kerana terlalu mengejar 'A'. Buat apa sahaja asal dapat 'A'. Ini benar bagi yang tidak ikhlas di dalam menuntut ilmu. Adakah kita tidak pernah membaca maksud Firman Allah :

“Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dan diberikan ilmu di antara kalian beberapa derajat. Allah Maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al Mujadilah [58] : 11). Al Hafizh menjelaskan, “Ada yang mengatakan tentang tafsirannya adalah : Allah akan mengangkat kedudukan orang beriman yang berilmu dibandingkan orang beriman yang tidak berilmu. Dan pengangkatan derajat ini menunjukkan adanya sebuah keutamaan…” (Fathul Bari, 1/172). SUMBER

Bukankah usaha untuk mencapai pencapaian tahap tertinggi itu sebagai matlamat dalam belajar ? Benarlah mereka yang berusaha untuk kejayaan melalui pintu belakang tiada kebaikannya. Malahan jauh dari keberkatan. Berkat ? (Barokah). Apa itu keberkatan ? Keberkatan ialah kebaikkan yang Allah berikan kepada seseorang insan samada di dunia atau pun di akhirat kelak. Bagi mereka yang menyedari menuntut ilmu ada kaitan dengan darjat dan keberkatan akan sentiasa berusaha menuntut ilmu dengan penuh hikmah (bijaksana) Bukan belajar hanya semata-mata untuk 'A'.

Semua dalam kalangan kita menyedari sukarnya akibat dari kejadian ini  "klik **baca : Kisah Siti Naziatul tetap ke Makkah"

 
NAMUN hikmahnya ialah kita memperolehi PELUANG ke-2. Jika pada kali pertama kita ada beberapa kelemahan dan kekurangan. Maka inilah peluang untuk memperbaikainya. Ya kita lihat ianya sebagai satu PELUANG yang lebih bernilai dari emas. (Peluang keemasan). Peluang yang Allah beri kepada kita. Peluang mencipta kecemerlangan melalui peluang ke-dua. Jarang-jarang sekali seseorang itu mendapat peluang kedua. Ya inilah masanya.... tunaikan. 30.9.2014, Aku Tunggu Mu Datang. 

Terima kasih Allah. Kerana telah memberikan kepada Aku pelung ke-2 ini.

 







25 August 2014

Amalan SOLAWAT MUNJIYYAT Boleh Membantu Anak Ketika Menghadapi Peperiksaan "Satu Perkongsian"



Maksudnya :

Wahai Allah, Berilah SelawatMu atas Penghulu kami, Nabi Muhammad, Salawat yang dengannya Engkau selamatkan kami dari segala perkara yang menakutkan dan kebinasaan dan Engkau tunaikan bagi kami segala hajat. Engkau sucikan kami dari segala kejahatan. Engkau angkat kami di sisi Mu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan kami pada kesudahan segala kebajikan di dalam hidup kami dan selepas mati.
Dari Hasan bin Ali al-aswani ia telah berkata : “Barang siapa membaca selawat ini dalam perkara yang penting, atau bala yang menimpa sebanyak seribu kali  Allah akan melepaskan darinya. Faedahnya melapangkan kesempitan dan penderitaan, menghasilkan cita-cita. Amalkan 11 kali, 40 kali, 100 kali, 313 kali tiap-tiap hari. Ada hajat besar, kerjakan sembahtang sunat tengah malam dan baca selawat ini 1000 kali. Hajat akan berhasil secepat kilat (dipetik dari kitab Himpunan Selawat)

Sember :
Dari kitab himpunan Salawat Berijazah ( Susunan Al Marhum Kiyayi Haji Samsuddin)
Dari Kitab Rahsia ke jalan Allah Ratib Al Atas  (Susunan Tuan Guru HJ Abdul Ghani b A Samad Pemimpin Ratib Al Atas )

Perkongsian :
admin juga pernah diberitahu oleh pengamal Salawat Munjiyyat ini bahawa ia amat membantu sekiranya kita mempunyai hajat. Khusus bagi anak yang menghadapi peperiksaan. Selawat Munjiyyat ini dibacakan untuk mrmbantu anak-anak ketika menhadapi peperiksaan. Alhamdulliah anak pengamal Selawat Munjiyyat berjaya dan telah ada yang di menara gading. Bila saya bertanya macam mana nak lakukan. Beliau menjawab, bangun tengah malam solat hajat, kemudian baca Selawat Munjiyyat ini seribu kali TANPA SEBARANG kesalahan. Jika ada kesalahan semasa membaca, ulang semula dari awal (dari kosong). Beliau membaca selawat ini bersama isterinya setiap kali anak-anak beliau menduduki peperiksaan sama di peringkat sekolah, pepriksaan awam maupun peperiksaan universiti.
 


05 August 2014

Program Pemudahcaraan Analisa Ujian Aptitiud Psikometrik SR

Satu Program Pemudahcaraan Penganalisaan Ujian Aptitud Psikometrik Telah di bangunkan oleh 
En Ab Rahman GBK Kluang.

Ianya amat membantu GBK bagi menganalisa dengan mudah :

Selepas Ujian Aptitud data mentah (jawapan)  di masukkan ke Program Pemudahcaraan untuk generik dan dianalisa

 
 Data (jawapan) yang telah dianalisa secara generik 


Hasil analisa secara generik terus boleh dicetak sebagai Sijil

In Sha Allah , 
Perisian ini amat membantu GBK 
bagi menganalisa Ujian Aptitud Psikometrik 

Berminat dengan perisian ini hubungi ; SMS

En Abdul Rahman : 012 7817195
admin aspirasidiri : 0197764178

03 August 2014

Mengulangkaji Untuk Peperiksaan Sewaktu Musim Perayaan

Amatlah sukar untuk mengulangkaji di hari raya. Namun memandangkan tarikh peperiksaan semakin hampir, tepaksa juga perlu digagahkan diri demi mengejar impian untuk cemerlang.

Dalam situasi ini mengulangkaji lebih bersifat taktikal. Satu senggang masa, satu matapelajaran.
Bila waktu senggang yang boleh di manfaatkan :

Waktu Senggang. (Dalam perjalanan)

1. Sewaktu di dalam perjalanan. Sewaktu di dalam kenderaan. Ambil buku yang mengandungi contoh soalaan dan sekema jawapan. Baca soalan dan baca contoh jawapan.
2. Soalan berbentuk mekanis. Jawab soalan matematik kertas 2. Sains bahagian C.
3. BM pemahaman. Baca petikan, cuba cari jawapan

Waktu Senggang (Petang : selepas Asar )
1. BM Penulisan (Bahagian A) Lihat gambar, bina ayat secara lisan, kemudian bandingkan jawapan yang diberikan oleh skema.
2. BI SeC A ; Lihat gambar, bina ayat secara lisan, ulang-ulang ayat secara lisan, lihat skema, bandingkan dengan ayat yang kita bina.

Waktu Senggang (Maghrib-Isya')
1. Mengaji
2. Sains : Lihat gambarajah, ujikaji sains dsb, imbas kebali teknik menjawab bahagian berkaitan.

Banyak lagi waktu senggang yang lain..... 

Sukarnya mengulangkaji pelajaran sewaktu sambutan aidil fitri...  calon UPSR 2014 saja yang tahu
kebimbingan ibu bapa bukan kepalang lagi

Ingat sahaja my mind is setting.... that  5's is comming... ins ha Allah...

23 June 2014

aspirasidiri : Sukar di Cari Ganti "Al-Fatihah"

Al-Fatihah
Moga Allah Mincucuri Rahmat ke atas Rohnya


Ketika di Zaman Remaja, Saya (admin) Pernah Bersama 
Al Marhum Ustaz Abu Bakar Chik

Firman Allah SWT:

 مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً
Maksudnya: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”. (Surah At-Taubah: 23)

22 June 2014

aspirasidiri : Kesiapsiagaan Terhadap Jenayah Membabitkan Kanak-kanak

Posting Copyright Control

MENDIDIK anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.
Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih

2. Menaiki kenderaan

3. Mangsa di kalangan kanak-kanak

4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam

5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Nasihat

• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak
menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.

• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.

• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.

20 June 2014

aspirasidiri : Aurat Wanita Islam

Copyright Control

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.
Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)

Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.

Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.

Tak tutup kaki

Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.

Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.

Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.

Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.

Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)

Sanggul bonggol unta

Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:

“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”

Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.

Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”

Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan

03 June 2014

aspirasidiri : Jenayah Membabitkan Kanak-kanak

 
Kanak-kanak adalah insan yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada golongan dewasa. Malangnya, terdapat segelintir golongan dewasa yang cetek akal yang memperlakukan kanak-kanak sebagai alat untuk melepaskan nafsu.
Tindakan yang tidak bermoral ini akan mendatangkan banyak kesan negatif terhadap diri kanak-kanak itu sendiri dan jika tidak dibendung, ia dikhuatiri akan terus mengancam keselamatan golongan harapan negara ini. Trend terkini penderaan seksual menunjukkan mangsa bukan hanya didera secara seksual, bahkan mereka juga dibunuh dengan kejam

Pembunuhan dilakukan oleh pendera bagi menutup perbuatan mereka. Pada 2004 menyaksikan kes kekejaman ini. Pada 17 Januari 2004, mangsa, Nurul Huda Ghani berumur 10 tahun dibunuh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Gelang Patah, Johor.

Seterusnya, kes adik Siti Syazwani Ahmad Dusuki dari Sungai Petani, Kedah yang dirogol dan dibunuh. Mayat mangsa ditemui di dalam parit sedalam dua meter dengan seluruh badannya sudah dipenuhi serangga.


Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Mohd Nor, gangguan seksual kanak-kanak didefinisikan sebagai satu perlakuan individu iaitu pemangsa memaksa atau cuba mempengaruhi serta mengugut mangsa sama ada melakukan hubungan seksual atau gangguan seksual dengan pelbagai cara termasuk memasukkan objek ke dalam mulut, tubuh, dubur dan kesakitan fizikal.

Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, dalam tempoh 2007 hingga 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat sehingga 21 peratus atau 501 kes daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) dengan 56 peratus daripada keseluruhan 2,780 kes berlaku di kawasan padat di Lembah Klang, meliputi 949 kes di Selangor dan 595 di Wilayah Persekutuan.

Daripada jumlah itu, gangguan seksual mencatat bilangan tertinggi dengan 863 kes dan 95 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak perempuan. Penderaan seksual yang berlaku terdiri daripada dua kategori hubungan iaitu melalui hubungan tanpa membabitkan fizikal dan hubungan dalam bentuk fizikal.

Namun penderaan seksual yang dilakukan tanpa kontak fizikal sukar dibuktikan kerana ia tidak meninggalkan kesan yang nyata pada tubuh badan melainkan kesan emosi dan mental yang berkekalan (Ann Wan Seng & Khadijah, 1997).

Kebiasaannya, penderaan seksual kanak-kanak yang berlaku merujuk kepada aktiviti seksual yang tidak dikehendaki dan dipersetujui.

Penderaan seksual berlaku sama ada melalui sentuhan sehinggalah membabitkan hubungan seksual. Disamping itu, penderaan seksual juga berlaku secara lisan, visual, audio atau sebarang cara yang memaksa mangsa untuk terbabit dengan konteks seksual. Ini termasuklah rogol dan cubaan merogol, pencabulan (molestation), penyakit intai, exhibitionism dan sumbang mahram.

Menurut Crosson-Tower (2002) pula, penderaan seksual yang membabitkan penggunaan kanak-kanak adalah untuk kepuasan individu. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak.

Penderaan seksual membabitkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur.

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terbabit dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu.

Kronologi kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak menunjukkan kes penderaan seksual perlu diberi perhatian serius.

Mangsa bukan hanya didera secara seksual, malah mereka juga dibunuh dengan kejam. Pembunuhan dilakukan oleh pendera bagi menutup perbuatan mereka.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan terjadinya kes seperti ini. Penderaan seksual kanak-kanak berlaku apabila terdapat segelintir golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab menyeksa kanak-kanak secara seksual tanpa belas kasihan. Kes penderaan kanak-kanak seperti ini semakin berleluasa di Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca tajuk utama di dada akhbar tempatan mengenai kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan kerana kes ini menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun.

Akibat perkembangan teknologi moden dan media terkini seperti televisyen, CD, video, sistem audio dan Internet mempunyai kesan yang besar terhadap masyarakat dan ia menjadi salah satu penyumbang terhadap faktor gangguan seks terhadap kanak-kanak.

Di Malaysia, berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (2008), pengguna Internet di rumah saja sudahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Di samping itu, kecanggihan alat komunikasi seperti telefon yang memiliki kamera juga menjadi salah satu penyebab ketagihan seks boleh berlaku dan kebanyakan mangsa terhadap ketagihan ini adalah golongan kanak-kanak.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah terdapat segelintir masyarakat yang kurang didikan agama. Masyarakat yang kurang didikan agama akan kerap melakukan perkara yang zalim dan keji di sisi agama.

Selain itu, kegagalan mengawal nafsu seks oleh orang dewasa mengakibatkan kanak-kanak menjadi mangsa melepaskan nafsu mereka.

Menurut Abdullah (1990), yang menyatakan peminggiran terhadap pendidikan agama menyebabkan ibu bapa hilang panduan dalam mengurus keluarga.

Faktor ayah tiri yang menganggap kanak-kanak sebagai stimulasi seksual juga menjadi penyumbang terhadap kes seperti ini. Selain itu, masalah ketagihan dadah dan arak menjadikan golongan dewasa bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Pengaruh kisah silam seseorang yang pernah mengalami penderaan seksual yang menyebabkan mindanya telah meninggalkan kenangan silam yang tidak baik, maka kanak-kanak lain pula menjadi mangsa mereka yang ingin mengulangi perkara itu.

Selain itu, dalam sesetengah kes kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual di dalam keluarga seperti sumbang mahram atau bagi upacara ritual tertentu. Faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku, bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa mengizinkan perlakuan itu, umur mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan itu atau kejadian terhadap kanak-kanak berkenaan.

Beberapa ahli psikologi berpendapat, bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseorang kanak-kanak. Mangsa juga akan berasa kemerosotan dalam harga diri, reaksi emosi seperti marah, rasa bersalah, sedih atau tiada sebarang perasaan, kemurungan, masalah cemas, rasa terpinggir, rasa tidak selesa untuk rawatan perubatan, gangguan fizikal dan banyak lagi.

Penderaan serta gangguan seksual juga menyebabkan kesan trauma kepada perkembangan kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan, kanak-kanak mangsa dera tidak mempunyai rakan yang ramai, kurang bercita-cita dan rendah penghargaan kendiri dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak mengalami penderaan yang sama umur, jantina, kumpulan etnik, sekolah dan kelas sosial.

Masalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak haruslah dibendung kerana gejala seumpama ini akan meruntuhkan institusi sesebuah masyarakat. Pelbagai langkah yang perlu diambil seperti mengadakan pelbagai kempen kesedaran pentingnya institusi kekeluargaan.

Kempen seperti ini penting bagi golongan yang sudah berkeluarga mahupun yang belum berkeluarga. Kempen seperti ini akan mengajar ibu bapa betapa pentingnya anak-anak kepada mereka kerana anak-anaklah yang akan menjaga kita pada hari tua. Kempen ini juga penting kepada masyarakat supaya penderaan seksual terhadap kanak-kanak tidak terus meningkat.

Program seperti ini penting kepada sesebuah negara kerana perancangan seperti ini mampu membuka mata rakyat sedunia tentang kesan yang akan berlaku sekiranya kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat dan kesan yang ketara adalah pelancong akan berasa negara yang dikunjungi tidak selamat untuk dikunjungi bersama keluarga.

Pihak yang berkaitan seperti pertubuhan sukarela dan khidmat masyarakat serta Kementerian Pendidikan, sekolah dan universiti haruslah memainkan peranan yang penting. Program keselamatan diri serta mendidik masyarakat mengenai kesedaran dan kaedah menangani kes penderaan perlu diadakan.

Selain itu, pihak berwajib juga perlu menyediakan pusat perlindungan untuk kanak-kanak mendapat perlindungan daripada kes penderaan seksual ini. Pelbagai kursus juga disediakan seperti kursus praperkahwinan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda yang bakal mendirikan rumah tangga.

Mereka akan lebih jelas mengenai cara mengatasi tekanan serta cara melayan pasangan dengan baik. Hal seperti ini sudah semestinya akan mengurangkan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Selain itu, masyarakat haruslah menanamkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terbabit dengan gejala negatif seperti penderaan seksual terhadap kanak-kanak ini. Sebaiknya, masyarakat haruslah membabitkan diri dengan aktiviti yang berfaedah yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman, bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan ini. Isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah perbuatan yang cukup keji terutama di sisi agama Islam.

Hal ini seolah-olah ingin merosakkan warisan sebuah negara kerana anak-anaklah yang akan mewarisi negara ini. Anak-anak juga adalah anugerah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam menjaga amanah Allah ini. Anak-anak seumpama kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sehingga mereka meningkat dewasa.

17 May 2014

aspirasidiri : Doa Hari Guru




Doa sambutan Hari Guru
Copyright Control
Dibacakan oleh admin sempena Sambutan Hari Guru 18-05-2014




 

 َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.



 
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2014 peringkat SK Seri Taman Kluang Barat pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata . 
 اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

 Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ ,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat..

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
  
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

{رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ  وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ  

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri